Bagi anda yang suka tidur dalam keadaan lampu terbuka, nampaknya anda kena ubah tabiat tidur anda bermula hari ini.

Menurut kajian, tabiat membiarkan lampu terbuka ketika tidur boleh menambahkan lima kilogram berat badan sekali gus meningkatkan obesiti.

Sudah pasti anda tidak mahu berat badan anda bertambah lima kilogram bukan? Jadi malam ni pastikan tidur tutup lampu!

Tidur Dalam Keadaan Lampu Terbuka Meningkatkan Penambahan 5Kg Berat Badan – Kajian

Ads

Adakah anda lebih suka tidur dengan lampu terbuka atau televisyen dipasang? Fikirkan semula.

Kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita di US mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan

✅ Peningkatan 5kg berat badan atau lebih
✅ Peningkatan risiko 10% BMI
✅ Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Ads

Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock” yang mengawal masa tidur- sedar manusia.

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan, pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama obesiti.

Ads

Sumber:

Park YM, White AJ, Jackson CL, Weinberg CR, Sandler DP. Association of Exposure to Artificial Light at Night While Sleeping With Risk of Obesity in Women. JAMA Intern Med. Published online June 10, 2019. doi:10.1001/jamainternmed.2019.0571

Sumber: Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI