Isi Kandungan
ToggleDalam satu kereta, bilangan penumpang biasanya boleh mencapai 4 hingga ke 5 orang dan jika berlaku kemalangan, boleh dikatakan hampir semua akan menjadi mangsa.
Sehubungan itu amat penting bagi pemandu untuk berehat jika berjalan jauh. Paling kurang pun, tidurlah selama 20 minit tanpa sebarang gangguan.
Jika penumpang lain sudah nampak pemandu mulai menggosok-gosok mata dan menguap lebih 10 kali dalam masa 5 minit, anda harus cepat-cepat :
1. Minta tukar tempat duduk dengan pemandu
Bagi pemandu rehat dan anda gantikan untuk setengah perjalanan. Bergilir-gilir adalah bagus kerana fokus ketika memandu memang sangat memenatkan.
2. Minum kopi
Pemandu yang mengantuk boleh minum kopi untuk segarkan biji mata. Jangan paksa mata untuk terbuka kerana ia amat berbahaya.
3. Cuci muka
Minta pemandu berhenti di R&R dan cuci muka. Ini kerana dengan cuci muka boleh membuatkan pemandu terasa sejuk dan kembali fokus memandu.
Jangan biarkan pemandu tersengguk-sengguk dan menguap beberapa kali. Ini kerana itu adalah petanda yang sering disedari penumpang lain tetapi semuanya diam sahaja.
Banyakkan berborak dengan pemandu kerana jika suasana dalam kereta sunyi sepi, tidak mustahil pemandu boleh terlelap dan sepanjang Aidilfitri ini, elakkan kemalangan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jika Kenderaan Alami Petanda-Petanda Ini, Tukarlah Brek Dengan Segera!
Isi Kandungan
ToggleMemiliki kenderaan memang akan menyenangkan kerja kita dalam kehidupan seharian. Selain membawa kita dari poin A ke poin B, kereta juga menjadi ruang peribadi di mana di situlah banyak ilham tercipta.
Tapi ramai orang yang hanya tahu bawa kereta sahaja dan tak berapa peduli tentang ‘kesihatan’ kenderaan mereka. Sikap sambil lewa inilah yang akhirnya membawa kerugian kepada diri sendiri bila kereta mula rosa akibat tidak diservis.
Selain itu tindakan tak mempedulikan kondisi semasa kereta boleh menyebabkan kemalangan. Tak percaya? Cuba fikir tentang brek kereta. Sudoah banyak kejadian kemalangan berlaku disebabkan brek tidak berfungsi dengan baik.
BACA: Jangan Ambil Ringan 20 Perkara Tentang Kereta Ini Agar Tak Mudah ‘Dicekik’ Pomen!
Dan ini disebabkan oleh kecuaian pemilik kenderaan yang memandang perkara ini sebagai remeh sedangkan ia boleh meragut nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.
Brek memainkan fungsi keselamatan paling penting bagi kenderaan. Jadi lakukanlah servis dari semasa ke semasa. Tapi bagaimanakah kita boleh tahu bila nak tukar atau servis brek?
Komponen brek yang perlu ditukar biasanya brek pad. Ini kerana lama-kelamaan selepas digunakan ia akan mula menipis dan perlu ditukar. Berikut merupakan tanda-tanda brek pad perlu ditukar atau diservis.
MENGELUARKAN BUNYI
Sesetengah kereta model terkini dilengkapi dengan sensor yang akan memberitahu kita bahawa brek pad perlu diganti. Namun tak semua kereta terbina dengan sensor tersebut. Oleh itu anda perlu peka dengan kenderaan sendiri. Jika ada bunyi keluar ketika anda membrek itu bermakna brek pad sudah semakin menipis.
Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada nahagian yang rosak.
KENA TEKAN DENGAN KUAT
Antara kondisi paling ketara ialah anda perlu tekan brek dengan kuat untuik pastikan kereta berhenti. Kadangkala perlu tekan brek rapat ke lantai kereta.
Ini kerana ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.
SIMBOL PERINGATAN
Ya, kalau anda nak tahu kebanyakan memang dilengkapi lampu peringatan brek yang menyala seketika apabila enjin dihidupkan. Namun jika ia menyala ketika sedang memandu, ia bermakna bendalir pada brek rendah. Ini mungkin disebabkan ada kebocoran atau masalah silinder brek.
Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
BMW Group Financial Services Sumbang Dana Program Bantuan Makanan Dengan Setiap Kontrak Kenderaan Elektrik
BMW Group Financial Services Malaysia telah memulakan inisiatif baharu untuk mengumpul dana bagi membantu Refuge for the Refugees dan Empire Project.
Ia merupakan pertubuhan tempatan yang giat menyalurkan bantuan makanan kepada warga komuniti yang tersisih dan yang kurang bernasib baik di Malaysia di kala wabak COVID-19. Pertubuhan-pertubuhan ini turut disokong oleh BMW Group Malaysia dari segi keperluan logistik dan bantuan penghantaran.
Danielle Maassen, Ketua Unit Jualan & Pemasaran BMW Group Financial Services Malaysia berkongsi, “Ketika detik yang mencabar ini, kita haruslah berpadu tenaga untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan pertolongan kita.
“Meskipun kita sedang beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara yang seterusnya, kami ingin melanjutkan sokongan kepada organisasi-organisasi bukan bermotifkan untung ini yang sedang membanting tulang agar tiada keluarga atau insan kurang bernasib baik yang terpaksa berkelaparan.
“Kami telah berpeluang untuk mengambil bahagian sebagai sebuah organisasi bersama Refuge for the Refugees dan Empire Project sepanjang 18 bulan yang lalu, dan dengan rasa rendah hati kami bersyukur kerana dapat melanjutkan lagi sokongan kami kepada inisiatif mereka.”
Inisiatif ini sekali lagi akan menyalurkan sumbangan bernilai RM100 bagi pihak pelanggan BMW dan MINI, iaitu menerusi setiap kontrak yang dibiayai bagi model-model berikut:
BMW 330e, BMW 530e, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e, MINI Cooper SE serta MINI Cooper SE Countryman. Kesemua kontrak yang dibiayai dari 1 September hingga 31 Disember 2021 bagi model-model yang dinyatakan tadi layak menyertai inisiatif ini.
Sumbangan tersebut akan memberi dukungan kepada program bantuan makanan oleh Refuge for the Refugees yang mensasarkan lebih daripada 700 buah keluarga dalam kategori B40, termasuk komuniti migran dan pelarian pada setiap minggu.
Di samping itu, pelbagai bantuan makanan dan barangan keperluan yang dibekalkan oleh Empire Project ketika pandemik untuk golongan masyarakat yang tersisih di seluruh negara.
Dapatkan maklumat lanjut BMW Engage di https://www.bmwfs.my/, serta mengenai Refuge for the Refugees di https://rftr.super.site/ dan https://www.instagram.com/refugefortherefugees/.
Bagi maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti terkini oleh Empire Project, sila layari https://www.facebook.com/empireprojectwecareweshare/
Semoga usaha murni ini berterusan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
[FOTO] Belanda Dahului Keluarkan Kereta Terbang, 75 Unit Sudah Pun Ditempah!
Isi Kandungan
Toggle“Dah nak masuk tahun 2020 ni.. dah ada ke belum kereta terbangnya dekat dunia ni?” soal seorang pemuda.
“Dah ada.. Belanda dah keluarkan dulu. PAL-V Liberty nama kereta terbang tu. Harga mula dari 300,000 euro,” balas rakannya.
Itulah perbualan ringkas seorang pemuda dan rakannya yang cakna tentang perkembangan semasa dan juga kemajuan teknologi.
Syarikat Belanda terajui industri kereta terbang
Pameran Motor Antarbangsa Geneva 2019 (GIMS 2019) menyaksikan sebuah syarikat dari Belanda, PAL-V buat julung kalinya mendedahkan kereta terbang ciptaan mereka.
Proses pembangunan itu bermula sejak 2008 dan ujian pemanduan serta menerbangkan gyroplane itu berjaya dibuat pada tahun 2012.
Menariknya lagi, kereta terbang yang juga dikenali sebagai gyroplane itu bukan sahaja diberi nama PAL-V Liberty malah ia merupakan ciptaan sepenuhnya dari negara Belanda.
Perlu ambil masa lama
Syarikat pengeluar kereta terbang itu berkata, mereka bukan saja perlu memikirkan mengenai pembinaannya malah perlu mengadakan perbincangan berterusan dengan kerajaan (Belanda) dan Kesatuan Eropah (EU).
Ia memakan masa yang agak lama lebih-lebih lagi dalam mewujudkan garis panduan dan undang-undang khusus untuk menerbangkan kenderaan tersebut dengan lebih selamat.
Tambahan pula, tujuan PAL-V Liberty diperkenalkan adalah bagi menawarkan kelainan dan pengguna yang inginkan jentera yang boleh mendarat di depan rumah, PAL-V Liberty dijangka mampu memenuhi kriteria yang diimpikan.
Tampilkan dua model
Menurut syarikat itu, model yang ditayangkan pada GIMS 2019 adalah edisi terhad dinamakan sebagai PAL-V Liberty Pioneer.
Bagi versi ini, hanya 90 unit saja dibangunkan berdasarkan model asal, PAL-V Liberty, yang pernah diperkenalkan sejak GIMS tahun lalu.
Model terbaharu ini juga dilengkapi kokpit dwi kawalan dan sistem instrumen penerbangan elektronik.
Kemasan karbon dan dua tona warna yang terdapat pada model tersebut antara ciri-ciri yang membezakannya daripada model standard Liberty.
Seberat 664 kilogram
Melihat kepada spesifikasi, kereta terbang itu adalah seberat 664 kilogram dan ia hanya mampu membawa dua orang termasuk pemandu/juruterbang.
Kenderaan itu mengambil masa kira-kira tiga hingga lima minit untuk pertukaran mod pemanduan ke mod terbang atau sebaliknya.
Pada mod pemanduan, ukuran kenderaan itu adalah sepanjang empat meter, dua meter lebar dan 1.7 meter tinggi.
Sebaik bertukar kepada mod terbang, ia menjadi 6.1 meter panjang, dan ketinggian bertambah kepada 3.2 meter selain mempunyai kipas rotor berdiameter 10.75 meter.
Kelajuan maksimum
Apabila dipandu, ia mampu menghasilkan 100 kuasa kuda (hp) dengan jarak perjalanan 1,315 kilometer dengan mencatatkan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) serta melakukan pecutan 0 hingga 100 km/j kurang dari sembilan saat.
Bagi mod terbang pula, ia mampu mencatat jarak perjalanan 400 hingga 500km dengan mencapai kelajuan maksimum 180km/j.
Kenderaan itu memerlukan jarak 180 meter untuk berlepas dan 30 untuk mendarat. Ia juga mampu terbang ke paras ketinggian maksimum 3,500 meter serta mencatat kelajuan cruise 160km/j.
75 unit sudah dijual
Sebanyak 75 unit kenderaan itu sudah berjaya dijual dan penyerahan pertama akan dilaksanakan pada Disember tahun ini.
Ujar jurucakap syarikat berkenaan, tempahan dibuka sejak 2018 dan pelanggan perlu memiliki lesen memandu dan lesen juruterbang untuk membeli kenderaan ini.
Selain perlu menghadiri program khusus oleh PAL-V tentang garis panduan dan undang-undang yang perlu dipatuhi kebanyakan pelanggan adalah dari Eropah, diikuti Asia Barat dan China.
Info
*Harga: PAL-V Liberty (300,000 euro), PAL-V Liberty Pioneer (500,000 euro)
*Kapasiti: 2 orang
*Masa pertukaran: 3-5 minit
*Jarak pemanduan: 1,315km
*Jarak penerbangan: 400-500km
Sumber : Berita Harian & Media Sosial
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI