Bab penjagaan betul rambut perlu diberikan perhatian khusus agar ia sentiasa sihat dan nampak menarik. Ingat, rambut merupakan antara aspek penting penampilan anda kerana ia merupakan antara anggota badan yang menjadi fokus komunikasi secara langsung.
MASKULIN kongsikan beberapa tip penjagaan rambut yang boleh anda amalkan.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
KERINGKAN DENGAN BAIK
Ads
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN
Ads
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ads
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Lelaki pun malu jika bahagian badan gelap dan berdaki terutamanya lutut, siku, buku lali dan kaki. Selain boleh buat anda hilang keyakinan diri, bahagian badan yang gelap dan berdaki ini juga menggambarkan kebersihan dalam diri anda.
Jika anda nak cerahkan bahagian badan yang gelap dan berdaki, sabun saja tidak mencukupi. Perkongsian tip mudah menerusi akaun Twitter Ama Azmi ini boleh anda tiru untuk cerahkan bahagian badan yang gelap dan berdaki.
Yang penting, kena rajin dan barulah nampak hasilnya.
Tip cerahkan lutut, siku, buku lali dan kaki berdaki, gelap, berkerak sangat
Berus kayu untuk kawasan kulit tebal
Body wash boleh pakai apa-apa jenama
Losen untuk cerahkan kawasan yang gelap
Tidur pakai stoking
Pakai coffee scrub atau liquid/gel scrub
Testimoni lepas buat tip ini
Berus tak semestinya beli kat Body Shop
Ramai yang bermasalah tapi segan nak tanya
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini anda tak perlu susah nak buang whitehead sebab ada cara mudah yang boleh anda buat. Menggunakan dua bahan bermodalkan serendah RM0.40, anda boleh buang whitehead tanpa perlu memicitnya.
Tidak dinafikan, kehadiran whitehead yang bermaharajalela di celah-celah hidung dan dagu membuatkan kita rasa rimas. Bimbang jika dipicit boleh menyebabkan hidung dan dagu menjadi merah.
Cara mudah dan murah ini anda boleh ikuti menerusi perkongsian Facebook Yanie Rosdi. Kini anda tak perlu lagi bersusah payah nak membeli pore patches sebab dua bahan ini boleh mengatasi masalah whitehead anda.
Masalah ketiak berdaki dan basah tentu sahaja mengganggu penampilan diri. Nak pakai singlet pun tak adalah rasa malu kalau ketiak dan leher berdaki. Kawasan-kawasan yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau disebabkan penggunaan krim yang kurang sesuai.
Sebelum rasa malu akibat ditegur orang, baik atasi segala masalah ini. Sebelum nak tahu cara-cara untuk menghilangkan kesan hitam di ketiak, celah paha dan juga leher, anda harus ketahui dahulu mengapakah kawasan-kawasan ini menjadi hitam.
Ini merupakan 5 punca-punca berlakunya ketiak berdaki.
1. Guna bahan yang tak sesuai
Deodoran yang tidak sesuai dan penggunaan tidak tepat boleh menjadi antara punca berlakunya masalah ketiak hitam sehingga tona kulitnya menjadi tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan yang ada di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit kerengsaan dan sebagainya. Sisa-sisa deodoran yang tidak dibersihkan sepenuhnya akan bercampur dengan peluh. Akibatnya boleh mengundang bakteria sehingga menyebabkan ketiak korang menjadi hitam.
2. Perubahan hormon
Masalah ketiak dan leher ini juga boleh disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik terutamanya bagi orang hamil.
3. Kaedah bercukur yang tidak betul
Mencukur dengan kaedah yang tidak salah boleh menyebabkan kulit terluka lalu meninggalkan parut dan lama-kelamaan akan menjadi hitam.
4. Guna alat pencukur yang kotor
Elak menggunakan alat pencukur yang tidak bersih kerana ia dikatakan menjadi faktor penggalak pembiakan bakteria sehingga menyebabkan ketiak menjadi gelap.
5. Guna pakaian yang ketat
Memakai pakaian yang ketat dikenalpasti menjadi antara penyebab ketiak dan celah paha menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dengan baju, begitu juga di celah kaki membuatkan bahagian-bahagian ini tidak selesa.
Ini antara 3 petua tradisional yang boleh anda amalkan untuk atasi ketiak berdaki.
1. Kapur sireh dan limau nipis
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi. Amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Lakukan tiga kali seminggu. Jika dilakukan secara konsisten, ia bukan setakat mengurangkan kesan hitam malah boleh mengatasi masalah ketiak berbau. Sapukan sedikit di kawasan leher dan celah paha. Jangan pakai terlalu banyak kerana ia mungkin meninggalkan rasa panas tetapi tidaklah sampai melukakan kulit korang.
2. Buah betik
Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga menjadi halus. Letakkan ramuan ini di bawah lengan selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Lakukan secara kerap sehingga korang berpuas hati dengan hasilnya.
3. Sirih dan beras
Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, anda lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutamanya di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosokkan dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumurkan itu tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.