Definisi Maskulin
Seorang lelaki tidak semestinya bersifat agresif, egois dan ‘arrogant’ untuk menjadi maskulin. Bagi saya, lelaki maskulin adalah lelaki yang berpersonaliti menarik dan yakin diri. Tidak salah sekiranya lelaki memiliki sifat sensitif. Paling penting, dia tahu apa yang dia buat dan apa yang dia mahu.
Bila bermula?
Kira-kira dua tahun lepas. Ketika baru mula bekerja, badan terasa lesu setiap kali saya pulang ke rumah. Tambah pula badan saya kurus dan saya rasa saya mempunyai keyakinan diri yang rendah. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bersenam di gimnasium. Selain menghilangkan stres dan lesu, hasilnya saya lebih yakin dan percaya diri serta badan lebih sihat, aktif dan produktif.
Lagi pula, ketika zaman persekolahan, saya seorang yang tidak gemar bersukan. Saya hanya menumpukan perhatian pada akademik dan pelajaran. Kawan-kawan menggelarkan saya ‘kaki bangku’ kerana tidak aktif bersukan. Sekarang saya sudah menjumpai alternatif lain selain bersukan iaitu workout atau bersenam di gimnasium. Saya juga mula menghadiri kelas Yoga untuk fleksibiliti.
Rutin harian
Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Senaman kardio tiga kali seminggu dan Yoga sekali seminggu. Saya lebih gemar melakukan bodyweight training berbanding heavyweight training.
Idola dan inspirasi
Adi Gillespie. Dia seorang fitness influencer, peragawan dan juga jurulatih kecergasan. Saya mula mengikuti perkembangan Adi di akaun Instagram miliknya. Dia juga merupakan bekas tentera Amerika Syarikat. Adi banyak melakukan aktiviti kecergasan yang melibatkan bodyweight training sama seperti saya. Beliau juga mempraktikkan pengambilan diet pemakanan yang natural dengan supplements dan Whey Protein serta tidak sesekali mengambil sebarang dadah atau steroid. Dia juga seorang usahawan yang menjual persalinan dan barang-barang sukan dan kecergasan, Admire yang berbasis di London, England, Adi Gillespie bukan sahaja memiliki otot yang kekar malah otak yang geliga kerana dia menggunakan bakat kecergasannya ke arah perniagaan. That inspired me the most.
Tip kecergasan untuk usahawan
Untuk usahawan di luar sana, harus selalu ingat, kehidupan mesti seimbang. Ketika kamu sedang sibuk mencari wang, badan dan diri juga perlu kamu berikan perhatian. Jangan sampai kesihatan diri terabai. Jadikan senaman sebagai gaya hidup. Jangan hanya terperap di hadapan komputer atau pergi ke hulu-hilir tanpa arah. Mulakan senaman, tak kira di gimnasium atau pun hanya di taman-taman. Keluarkan peluh.
Selain itu, kesihatan dan kecergasan sebenarnya bermula dengan diet dan pemakanan yang seimbang. Ketika memakan nasi, makan lah secara sederhana. Pada masa yang sama, kurangkan pengambilan gula pada minuman. Minum air putih dan hindarkan minum air berkarbonat.
Bagi anda yang bukan usahawan, ceburlah diri dalam bidang ini. Get yourself a proper fitness or a business certifications. Bincang dan dalami selok belok perniagaan dan kecergasan. Banyak aktiviti kecergasan yang boleh dijadikan perniagaan sekarang. Contohnya, health talk, mengajar kecergasan, membekal barangan gimnasium/supplements atau membuka sebuah gimnasium fizikal.
Harapan dan perancangan
Saya merancang untuk mendapatkan sijil jurulatih kecergasan. Saya mahukan aspek kecergasan dapat dirasai dan dilakukan segenap lapisan masyarakat, terutamanya pelajar. Saya berharap agar kerajaan menambah lebih banyak gimnasium rakyat ke serata pelosok negara dengan kelengkapan-kelengkapan gimnasium setaraf gimnasium komersial. Saya amat berharap kerajaan menambah bajet yang besar untuk kecergasan dan aktiviti-aktiviti seumpamanya untuk remaja kita. Akhir sekali, jangan hanya sekadar berharap, lakukan ia sehingga anda mendapat hasilnya!