Ternyata trend berjambang di kalangan lelaki kembali menular. Sudah pasti ia rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki tampil untuk berjambang.
1-Ada yang kata, seseorang lelaki yang berjambang sangat cool. Ia berikan satu aura misteri dan classy pada lelaki tersebut.
2-Dengan menyimpan jambang menyerlahkan kelelakian seseorang lelaki. Watak-watak aktor dalam filem seperti Russell Crowe (Maximus), Hugh jackman (Wolverine) menyerlahkan sifat sebenar lelaki.
3- Daya tarikan kepada kaum wanita walaupun mungkin tidak semua wanita menyukai lelaki berjambang. Cuba anda berjambang dan tanya pasangan anda. Adakah mereka suka?
KEMAS DAN RAPI SELALU
Jika anda ingin bermisai, pastikan ia digunting atau dikemas dengan rapi. Untuk yang berjanggut pula, janggut perlu digunting lalu dicukur sehinggalah tumbuh dan raut wajah akan berkumis di kemudian hari. Begitu juga untuk individu yang memiliki jambang.
Ads
Tidak menjadi masalah jika ingin bermisai, berjanggut mahu pun berjambang. Pastikan anda tahu kepentingan memiliki jambang, kesesuaiannya di bahagian muka dan ketahui beberapa kaedah penting untuk memastikan ia dipelihara dengan rapi.
APA PERLU ANDA LAKUKAN?
– Gunting, gunting, gunting! Jangan sesekali lupa untuk amalkan tabiat ini setiap kali berada di bilik mandi terutamanya pada waktu pagi.
– Sebelum bercukur, pastikan misai, janggut dan jambang digunting terlebih dahulu. Ia penting agar tidak menjejaskan mata pisau cukur.
– Gunakan pisau cukur yang bersih dan tajam. Sekiranya tumpul, gantikan dengan segera untuk mengelakkan bakteria.
– Jika perlu, gunakan krim buih cukur. Ratakan ia di bahagian zon cukur. Bilas sehingga bersih dan lengkapkan prosedur ini dengan cecair ‘aftershave.’
– Seperti rambut, jambang juga perlu dibersihkan dengan syampu agar kelihatan rapi selepas mandi.
-Gunakan sikat atau tangan untuk merapikan jambang dengan baik.
Ads
APA PERLU ANDA ELAK?
– Jangan sesekali bercukur dengan pisau cukur yang lama. Pastikan ia tidak berkarat agar bakteria tidak merebak di bahagian muka yang boleh menyebabkan kulit gatal.
– Elakkan bercukur dengan kulit yang kering kerana ia boleh menyebabkan luka. Cuci muka terlebih dahulu.
– Sekiranya alahan terjadi apabila bercukur menggunakan krim cukur dan ‘aftershave’, jangan gunakan produk tersebut. Rujuk pakar untuk mengetahui produk yang bersesuaian untuk digunakan.
Ads
– Jangan gunting atau trim sesuka hati setelah sekian lama menyimpan jambang. Kunjungi salun rambut dan dapatkan nasihat tukang gunting.
BERJAMBANG IKUT KESESUAIAN
– Jika pertama kali ingin menyimpan jambang, teliti sepenuhnya kesesuaian berjambang kerana tidak semua lelaki boleh memiliki jambang dengan baik apatah lagi jika ia disimpan untuk jangka masa yang panjang.
– Memiliki jambang juga berkait rapat dengan pekerjaan setiap individu. Tidak semua syarikat membenarkan pekerja mereka menyimpan jambang walaupun berjambang sudah pun menjadi trend terkini.
– Tanyakan pendapat kenalan atau mereka yang lebih pakar jika kurang berkeyakinan untuk membela jambang. Zon kelakian diri dapat ditingkatkan melalui pendapat dan nasihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PAKAR KESIHATAN JUGA TURUT MENJELASKAN BAHAWA ADA BANYAK FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN PERUT MENJADI BUNCIT. ANTARANYA IALAH FAKTOR KETURUNAN YANG DIWARISI DARIPADA ORANG TUA, FAKTOR PENUAAN DAN JUGA BERKAITAN DENGAN PENJAGAAN MAKANAN HARIAN DAN DISIPLIN KETIKA MENJAMAH MAKANAN. SELAIN ITU, PENYAKIT JUGA TURUT BERSELINDUNG DI SEBALIK PERUT BUNCIT YANG MANA SAIZNYA TIDAK SEPADAN DENGAN BENTUK TUBUH SESEORANG.
STRES
Keadaan psikologi seseorang seperti stres juga mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadaman. Stres boleh menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya perut anda kelihatan lebih mengembang daripada saiz yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu belajar untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan. Golongan wanita kebiasaanya lebih mudah dilanda stres, oleh itu mereka lebih cenderung memiliki lemak berlebihan di bahagian perut.
PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon terutamanya ketika menopaus juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata yang boleh menyebabkan orang bertubuh kecil mengalami perut buncit. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Menurut pakar, keadaan ini juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan yang berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepat di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
Perut buncit memang tidak selesa kerana ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan apa-apa pergerakan walaupun sekadar berjalan, bahkan ia turut menjejaskan penampilan seseorang kesan daripada bentuk tubuh yang kelihatan tidak seimbang.
SUKA TIDUR SELEPAS MAKAN
Menurut pakar kesihatan, tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik. Penampakan lemak-lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh dalam diri seseorang.
LEMAK DI SEKELILING PERUT
Menurut pakar kesihatan, lemak yang menyebabkan perut buncit sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Pertama ialah lemak subkutaneus iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit. Kedua ialah lemak viseral iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut. Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal. Lemak viseral nyata lebih berbahaya kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah. Menurut pakar kesihatan, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahan insulin. Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah hinggap seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin yang lebih serius ialah kanser.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit! Mana tidaknya, setiap senyuman mempunyai aura istimewa kerana lekukan ini berupaya menambah ‘kemanisan’ dalam wajah.
Setiap kali tersenyum, terserlahlah aset anda dan ini menambah daya penarik yang cukup besar bagi mereka yang memandangnya. Biasanya lesung pipit akan terlihat pada kedua-dua belah pipi, tetapi ada juga yang memiliki lesung pipit hanya pada sebelah bahagian pipi.
Ini 5 fakta menarik tentang lesung pipit ini.
1. Hanya 20% manusia memilikinya
Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui.
2. Ramai yang tertarik dengannya
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara punca menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.
Kalau bergambar pula, bagaimana pun rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Untung!
3. Kelihatan lebih muda
Betul kan? Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.
4. Penyebar aura keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.
5. Ramai selebriti jadi lebih popular
Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Kerana itu, ada sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BARANGKALI MENTALITI SESETENGAH MASYARAKAT YANG MENGAMBIL MAKANAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK KETIKA BERSAHUR SUDAH SEBATI DENGAN KEHIDUPAN MEREKA MENJELANGNYA RAMADAN. MUNGKIN BIMBANG AKAN MERASA LETIH DAN LAPAR MENGHERET MEREKA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. SEDANGKAN AMALAN BERIKUT BOLEH MENGUNDANG KEMUDARATAN KEPADA KESIHATAN.
1.KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN GULA, MINYAK SERTA LEMAK
Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit. Di sebalik tuntutan menahan nafsu lapar dan dahaga, ibadah berpuasa membantu meningkatkan keupayaan sistem dalaman dengan berkesan. Usah bebani tubuh anda dengan jumlah makanan yang banyak tetapi tidak diperlukan oleh badan. Sewajarnya, aturlah pelan diet secara bijak dengan memilih makanan yang sesuai.
2.HADKAN PENGAMBILAN AIR MANIS SEPERTI AIR SIRAP ATAU KORDIAL
Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
3.BERI PERHATIAN PADA SAIZ HIDANGAN ANDA
Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
Kekalkan corak pemakanan yang ringkas dan seimbang dalam diet Ramadan anda. Sebagai contoh, ambil makanan yang lambat dihadam atau makanan berserat tinggi yang berupaya menyokong keperluan badan selama 8 hingga 12 jam. Antara makanan yang lambat dihadam seperti barli, gandum, kekacang dan oat yang turut dikenali sebagai karbohidrat kompleks.
4.LEBIHKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda. Banyakkan makanan yang tinggi kandungan seratnya dengan mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam, bijirin, kekacang dan buah-buahan seperti kurma, apricot kering dan prun. Pastikan sajian berbuka anda mengandungi setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, roti dan produk tenusu.
5.JANGAN LUPA UNTUK MELAKUKAN SENAMAN RINGKAS. BERPUASA BUKAN ALASAN UNTUK ANDA TIDAK MELAKUKAN SENAMAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.