Foto: Runtastic adidas

Bagi anda yang mempunyai bajet lebih memiliki threadmill sendiri di rumah merupakan satu kelebihan besar. Manakala bagi anda yang mempunyai keahlian gimnasium, gunakanlah sebaiknya kemudahan threadmill yang disediakan.

Melakukan larian di atas threadmill memang mudah dan menyeronokkan. Namun ia sebenarnya sedikit berbeza berbanding melakukan larian di atas trek atau pun jalan raya. Apa yang pasti aktiviti kecergasan menggunakan threadmill mampu membantu anda membakar kalori dan membina kecergasan diri dengan baik.

Tapi ada beberapa perkara perlu anda tahu untuk melakukan larian di atas trheadmill dengan efisien dan berkesan.

Berikut merupakan 6 tip penting ketika melakukan senaman treadmill.

SESUAIKAN DIRI

Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.

Ads

Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan senaman tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan yang lain pula.

KESEIMBANGAN BADAN

Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan keseimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan dengan perlahan.

Ads

Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan menggunakan treadmill. Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan ini mampu untuk membakar kalori anda dengan cepat.

Tidak Sama Seperti Di Atas Trek Atau Jalan Raya, Ini Tip Melakukan Larian Di Atas Threadmill
Foto: Runtastic adidas

KADAR KELAJUAN

Kelajuan treadmill mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.

Ads

Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5-10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang ditetapkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.

RUTIN HARIAN

Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.

TAK PERLU LAMA

Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. Tempoh masa 20-30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman aerobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baharu sahaja memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5-10 minit.

https://www.youtube.com/watch?v=Bls5l7d0cVQ

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI