Selepas kisah penyokong Harimau Malaya, Derrick Gan menjual motosikal demi menyaksikan Piala Asia menjadi tular, segelintir warga maya mula mempersoalkan adakah benar dia merupakan orang susah.
Susulan itu, Derrick tampil menegaskan yang dia tidak pernah sama sekali mengakui yang dia berasal daripada keluarga yang susah malah tidak pernah meminta apa-apa daripada mana-mana pihak
“Pernah ke saya kata saya orang susah? Adakah saya yang suruh jurukamera rakam saya (ketika perlawanan)? Adakah saya yang minta motosikal tersebut?” kata Derrick menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.
Derrick tampil mempertahankan dirinya selepas terdapat komen dari warga maya yang mempertikaikan tindakan beberapa pihak menghadiahkan motosikal kepadanya.
“Siapa yang sangka saya akan tular? Sesetengah orang sangat mahu jadi popular atau tular tetapi tidak berjaya, tapi awak fikir saya akan berjaya kalau saya cuba?,” soalnya.
Bagaimanapun Derrick menganggap situasi itu adalah harga yang perlu dibayar selepas meraih populariti secara tidak sengaja.
Ads
“Saya terima apa sahaja yang dikatakan kepada saya sama ada positif ataupun negatif,” katanya.
Boleh Tumpang Popular, Asalkan Bermanfaat Kepada Masyarakat
Tambahnya , Derrick bersedia menerima jika ada mana-mana pihak mahu bekerjasama atas popularitinya itu namun ia mestilah bermanfaat kepada masyarakat.
“Ambil kesempatan ini bukan sahaja untuk promosi jenama, syarikat tetapi untuk bantu orang yang amat memerlukan.
Ads
“Kita mungkin boleh bantu orang yang lebih memerlukan daripada saya,” ujarnya.
Terdahulu, kisah Derrick yang sanggup menjual motosikalnya untuk membeli tiket penerbangan bagi menyaksikan perlawanan akhir Kumpulan E antara Malaysia menentang Korea Selatan saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Qatar menjadi buah mulut warga maya.
Kisahnya itu mencungkil perhatian beberapa pihak yang tampil mahu menghadiahkan motosikal baharu kepadanya termasuk pemain sayap negara, Faisal Halim.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Awal pagi tadi, peminat bola sepak di seluruh dunia disajikan dengan empat lagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah. Namun, perlawanan yang paling epik dan mendebarkan adalah antara dua gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Atletico Madrid.
Sebagai musuh setempat, pertembungan ini bukan sekadar perlawanan biasa tetapi turut menyaksikan satu insiden luar biasa yang menjadi bualan hangat peminat bola sepak.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-0 kepada Atletico Madrid, menjadikan agregat keseluruhan 1-1. Keputusan ini memaksa kedua-dua pasukan ke masa tambahan, namun tiada tambahan jaringan yang dihasilkan.
Foto: Alvaro Medranda/Quality Sport Images/Getty Images
Akhirnya, perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti, dan inilah detik di mana sesuatu yang jarang berlaku telah terjadi.
Ketika penentuan sepakan penalti, Julian Alvarez, bekas pemain Manchester City, bersedia mengambil sepakan bagi Atletico. Penalti ini sepatutnya memberikan kelebihan kepada Atletico apabila Alvarez berjaya menewaskan Thibaut Courtois.
Namun, kegembiraan penyokong Atletico bertukar menjadi kekecewaan apabila pengadil Poland, Szymon Marciniak, membatalkan jaringan tersebut selepas tinjauan Video Assistant Referee (VAR).
Apa yang Sebenarnya Berlaku?
Alvarez, yang tergelincir ketika melakukan sepakan, tanpa disedari menyentuh bola dua kali. Rakaman ulang tayang menunjukkan bahawa kaki kiri Alvarez terkena bola sebelum bola itu masuk ke gawang Real Madrid.
Keputusan ini mencetuskan kekeliruan, terutama apabila papan skor di dalam stadium sempat memaparkan kedudukan 2-2 selepas sepakan Alvarez.
Foto: Getty Images
Namun, pada hakikatnya, Real Madrid masih mendahului 3-1 ketika itu. Walaupun Atletico sempat mendapat harapan apabila Jan Oblak menyelamatkan sepakan penalti Lucas Vazquez, namun Marcos Llorente gagal menyempurnakan percubaannya.
Akhirnya, Antonio Rudiger memastikan kemenangan Real Madrid dengan jaringan terakhirnya, sekaligus menghantar pasukan itu mara ke pusingan seterusnya.
Peraturan Penalti: Apa Kata Undang-Undang?
Berdasarkan Peraturan 14.1 IFAB (International Football Association Board), pemain yang mengambil sepakan penalti tidak boleh menyentuh bola kali kedua sebelum bola disentuh oleh pemain lain.
Undang-undang ini sama seperti peraturan yang melarang pemain menjaringkan gol daripada pantulan penalti sendiri sekiranya bola hanya terkena tiang atau palang tanpa disentuh pemain lain.
Jika situasi ini berlaku dalam perlawanan biasa, pihak lawan akan diberikan sepakan percuma tidak langsung.
Dalam kes Alvarez, peraturan ini terpakai dalam penentuan penalti, dan akibatnya, golnya dibatalkan serta-merta.
Reaksi Jurulatih dan Pemain
Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, meragui keputusan itu tetapi berharap pegawai perlawanan telah membuat keputusan yang betul.
“Pengadil berkata Alvarez menyentuh bola dengan kaki kirinya, tetapi bola tidak bergerak. Saya tidak pernah melihat penalti yang dipanggil semula melalui VAR sebelum ini,” kata Simeone.
Sebaliknya, jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, bersetuju bahawa keputusan itu tepat.
“Kami menyedari ada sesuatu yang tidak kena. VAR telah mengesannya lebih awal. Saya melihatnya sendiri dan jelas Alvarez menyentuh bola dua kali,” katanya.
Penjaga gol Real Madrid, Courtois, turut mengesahkan perkara tersebut.
“Saya merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku, jadi kami terus memberitahu pengadil. Setelah disahkan oleh VAR, memang ada sentuhan dua kali, dan ia menyebabkan penalti itu terbatal. Ia memang nasib malang untuk Atletico, tetapi itu adalah peraturan,” ujar Courtois.
Walaupun keputusan ini amat mengecewakan buat Atletico Madrid, ia juga menjadi peringatan kepada semua pemain tentang pentingnya memahami dan mematuhi peraturan permainan.
Real Madrid akhirnya mara ke pusingan seterusnya, manakala Atletico terpaksa akur dengan kekalahan yang pastinya sukar diterima oleh peminat mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lakukan teknik senaman dumbbell jika anda inginkan lengan yang padu dan sasa. Tak perlu ke gym, hanya sediakan dumbbell dan anda boleh buat teknik senaman dumbbell ini di rumah.
Teknik senaman dumbbell ini juga mudah untuk diikuti. Ini 4 teknik yang boleh amalkan.
1. HAMMER CURL
Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini juga ialah otot di bahagian forearm.
Cara senaman:
Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Pegang dumbbell dalam posisi menegak.
Luruskan tangan ke bawah, seiring dengan kaki dan angkat dumbbell sambil tetapkan lengan bahagian atas dan siku agar kekal lurus.
Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
2. BICEPS CONCENTRATION CURL
Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.
Cara senaman:
Berada dalam posisi duduk.
Letak sebelah siku di atas paha sambil memegang dumbbell.
Angkat dumbbel sambil siku di paha dan mulakan gerakan dari bawah sehingga dumbbell berada lebih tinggi daripada paha.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
3. DUMBBELL RENEGADE ROW
Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps, selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.
Cara senaman:
Ambil posisi seperti keadaan push up tetapi dengan memegang dumbbell di kedua belah tangan.
Mulakan gerakan dengan mengangkat dumbbell sehingga siku berada pada posisi selari dengan badan.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
4. STANDING BICEPS CURL
Cara senaman:
Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Pegang dumbbell pada posisi tapak tangan menghadap ke hadapan.
Mulakan gerakan dengan posisi tangan lurus dan gerakkan tangan sehingga ke paras dada.
Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).
Ramai orang mahu menurunkan berat badan dari digelar gemuk hingga kurus. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang berbadan kurus hingga sukar untuk dia menaikkan berat badan ke tahap yang ideal sepertimana lelaki sihat yang lain.
Kita kena tahu bahawa, jika terlalu gemuk anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan namun, jika terlalu kurus sama juga anda tidak sihat kerana badan kekurangan zat.
Dalam badan manusia, terdapat 2 jenis lemak, iaitu lemak sihat dan lemak tidak sihat serta merbahaya kepada manusia. Lemak yang baik memainkan peranan yang penting untuk perkembangan otak untuk mencegah inflamasi serta pembekuan darah.
Terpanggil dengan isu tersebut, seorang pengguna twitter Syam berkongsi melalui twitter thread bagaimana untuk menambahkan berat badan dengan ideal & sihat. Posting tersebut mendapat 6540 ulang kicau, serta 7769 tanda suka.