Mengendalikan sesuatu perniagaan di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih lagi jika menerajukan perniagaan arwah ibunda tercinta.
Kisah hidupnya pernah hangat diperkatakan di media sosial, kerana kes kemalangan arwah ibu, namun dia tetap bangkit dan meneruskan legasi ibunda tercintanya.
Iqbar Hakim Jasman, 22, anak kepada pengasas D’Nars, Faziani Rohban Ahmad ketika ditemui di majlis Nona Top Beauty Entrepreneur Award sempat memberikan update terkininya
“So far so good, saya mengharapkan tahun ini 2020 walaupun keadan ekonomi kurang stabil tetapi saya harap D’Nars akan terus megah dan berjaya.” Kongsi Iqbar Hakim Jasman.
Mengimbau kembali kenangan pahit yang dilaluinya dahulu bersama ibu tercinta, membuatkan dia bersemangat untuk meneruskan hidup.
“Saya ingat lagi,ibu membesarkan saya secara ibu tunggal tetapi ibu tetap kuat sebab mahu besarkan anak-anaknya. Akhirnya dia jumpa dengan ayah tiri saya, masa itu mereka sama-sama build up, bina brand ini dan dalam masa yang sama dia turt mengheret saya dalam bidang ini untuk tahu selok belok bidang kosmetik ini.
“Sebenarnya bidang ini, bukanlah minat saya. Saya lebih kepada perniagaan yang lebih ‘kelakian’. Tetapi apa yang diaturkan oleh Allah ini cantik, dalam 5 ke 6 bulan dia ajar dan didik saya tentang industri dan akhir sekali saya ddi bidang ini juga.”
Umum tahu arwah tinggalkan beberapa orang anak bersama seorang suami. Malah Iqbar memikul tanggung jawab yang besar sebagai sorang abang dan dipertangungjawabkan untuk mengurus D’Nars berkata semuanya masih dalam keadaan terkawal.
“Bagi saya, dah banyak benda dia jinakkan saya. Bila ketiadaan ibu, saya terkejut dengan kehilangan dia tetapi saya tidak terkejut untuk mengambil alih perniagaan. Kerana saya rasa itu adalah tanggungjawab saya serta cabaran yang baru yang perlu saya hadap.
“Memula agak kekok, tetapi lama-kelamaan dia agak menarik. Datuk Sri Aliff Syukri juga lelaki, tetapi dia berjaya. Jadi tiada masalah.
“Untuk menjaga adik beradik pula Alhamdulillah semuanya memahami. Biasalah, ada kalanya mereka banyak ragam lagi pula mereka perempuan dan saya akui nak jaga mereka bukan senang. Tetapi papa ada, dia yang pikul lebih tanggungjawab.” katanya sebelum menghabiskan perbualan.
Iqbar akui sehingga kini dia masih rindukan ibunya, gambar-gambar lama dan perbualan di Whatsapp mashi di menjadi tatapannya setiap hari. Malah, sedekah Al-Fatihah menjadi pengubat rindu.
Bila ditanya apakah strategy pemasarannya, dia berkata sejak ibunya menguruskan D’Nars tiada sebarang gimik dipraktikkan dan begitu juga denganya, biarlah dia dengan caranya yang smooth dan profesional atau bukan dengan cara populariti murahan.
Apa yang diharapkan tahun ini, dia akan diberi kesihantan yang baik dan dapat megawal emosinya. Serta diberi kekuatan yang maksima.