
Rata-rata kaum lelaki kurang menghiraukan kepentingan selepas bercukur. Produk pencukur yang kurang bersesuaian boleh mneyebabkan kulit luka dan berdarah. Apabila berdarah, jangkitan bakteria akan mudah berlaku dan menyebabkan keradangan kulit seperti jerawat, gatal, kemerahan ataupun parut. Ayuh hindari masalah ini dengan menggunakan 5 produk ini untuk kekalkan kulit yang cantik walaupun lepas bercukur.
1. Deodorant
Kebanyakan antiperspirants mengandungi aluminum chloride yang berfungsi untuk mengecutkan kalenjar peluh serta mengecilkan saluran darah dan mempercepatkan proses pembekuan darah
2. Lip Balm
Percaya atau tidak, lip balm atau Vaseline mampu menghalang pembentukan luka (darah beku) pada kulit.
3. Ice Cubes
Ia membantu untuk mengecutkan saluran darah dan membentuk dengan pantas gumpalan darah beku dari terus mengalir. Ini juga membantu untuk menghalang dari terjadinya tompok hodoh pada muka.
4. Mouthwash
Bahan pembersih mulut seperti Listerine bertindak sebagai astringent, iaitu ia befungsi untuk menghentikan aliran darah dan menyebabkan tisu mengecut.
5. Eye Drops
Ubat mata ini bisa menghasilkan kombinasi yang bagus untuk luka. Ia melambatkan pendarahan dan sekali gus mengecutkan saluran darah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
‘Steroid’ Bukan Saja Boleh Akibatkan Lelaki Mandul & Mati Pucuk, Ini 11 Kesan Buruk Yang Kamu Perlu Tahu

Steroid selalu dikaitkan dengan lelaki yang berbadan sado dan sasa. Steroid juga merupakan sejenis hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan mengawal fungsi badan.Namun ubat ini juga punya kesan sampingan jika di salah gunakan.
Penggunaan steroid bukan merupakan jalan terbaik dalam mendapatkan badan yang cantik kerana ia akan memberi kesan yang teruk kepada seseorang individu itu dalam masa yang panjang. Banyak lagi kesan buruk dalam penggunaan steroid ini sebenarnya. Bukan sahaja boleh membawa kepada kemandulan atau mati pucuk, malah ada kesan sampingan yang lain.
1. Agresif
Pengguna berubah tingkah laku menjadi agresif. Seorang pengguna steroid yang tidak boleh mengawal dirinya, cenderung untuk bertindak luar biasa seperti memukul isteri, anak-anak. Mudah naik angin. Menjadi seorang yang panas baran. Keagresifan seseorang mungkin berguna jika digunakan dalam latihan atau kerja seharian tetapi berapa ramai yang dapat mengawalnya?
2. Renjatan Anaphylaktik
Renjatan anaphylaktik adalah reaksi alahan terhadap kehadiran protein asing dalam badan. Ia seperti yang biasa berlaku pada seseorang yang mempunyai alahan pada ubat tertentu, makanan tertentu dan sebagainya. Dengan masalah ini, kadang-kadang otot licin diransang untuk kontrak yang boleh menyekat seseorang daripada bernafas.
3. Kecacatan Lahir
Steroid anabolik boleh memberi kesan mendalam kepada pembangunan janin. Sindrom adrenal kemaluan adalah yang paling membimbangkan di mana janin perempuan boleh membangunkan organ pembiakan lelaki. Wanita tidak seharusnya menggunakan steroid anabolik atau ubat lain yang boleh memudaratkan janin dan sentiasa melakukan pemeriksaan doktor.
4. Pembekuan Darah
Penggunaan steroid anabolik meningkatkan masa prothrombin atau masa yang diambil untuk darah beku terbentuk. Ini dapat dilihat pada seseorang yang mengambilnya, jika berlaku pendarahan atau luka akan mengambil masa lama sedikit untuk darah berhenti.
5. Penyakit Kardiovaskular
Penggunaan steroid anabolik boleh memberi kesan kepada tahap LDL (low density lipoprotein), HDL (high density lipoprotein) dan paras kolestrol. LDL membantu dalam pembetukan kolestrol atau plak pada dinding arteri. Pengguna steroid anabolik menurunkan kepekatan HDL dan meningkatkan LDL.
6. Kanser
Ada jenis steroid boleh menyebabkan kerosakan pada hati. Antaranya sebatian alfa alkylate seperti anadrol 50. Steroid jenis cucuk kurang memberi tekanan pada hati berbanding jenis makan. Penggunaan steroid anabolik biasa dikaitkan dengan peningkatan aktiviti plasma oleh enzim hati seperti aspartate aminotransferase, alanine aminotransferase, alkaline phosphatase, lactate dehydrogenase, and gamma glutamyl transpeptidase. Kes kanser kurang dilaporkan tetapi kerosakkan hati merupakan perkara biasa bagi pengguna steroid anabolik.
7. Kemurungan
Penggunaan steroid jelas akan memberi kesan kepada paras hormon dalam badan yang seterusnya mengakibatkan perubahan pada perasaan. Kemurungan berlaku apabila peningkatan androgen atau estrogen yang ketara. Ini adalah biasa bagi pengguna lelaki. Dalam tempoh menghentikan penggunaan steroid, paras estrogen mungkin ketara tinggi dengan tahap testosteron yang rendah.
8. Gynecomastia
Kesan Gynecomastia adalah pembangunan tisu payudara wanita dalam badan lelaki. Ini berlaku apabila paras estrogen meningkat disebabkan pengguaan androgen kuat seperti testosteron, dianabol (love), anabol (bintang) dan sebagainya. Estrogen berlebihan bertindak ke atas reseptor di dalam payudara dan merangsang pertumbuhan tisu buah dada.
9. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan penggunaan steroid yang melibatkan penukaran estrogen seperti testosteron dan sebarang metabolic blocker. Peningkatan estrogen meningkatkan paras air dan garam dalam badan dengan ditambah tekanan pada latihan bebanan juga penambahan berat badan yang mendadak.
10. Keguguran Rambut
Kehilangan rambut dikaitkan dengan tahap androgen khususnya DHT metabolite lebih kuat testosteron. Istilah teknikal untuk rambut gugur jenis ini adalah androgenik alopecia yang merujuk kepada interaksi kedua0dua hormon lelaki androgenik dan kecenderungan genetik.
11. Sistem Imunisasi
Pengguna steroid anabolik menunjukkan penurunan sistem imunisasi. Jika terdedah pada virus, bakteria merbahaya, senang mendapat jangkinan. Sekiranya demam, akan demam teruk.
Terlalu banyak kesan negatif yang kita nampak dari penggunaan steroid ini. Jadi, apakah anda masih ingin menggunakan steroid atau bersenam dengan cara semula jadi? Sudah tentu pembinaan otot secara semula jadi lebih baik dari menggunakan bahan kimia lain. Masalah kesihatan anda pada masa akan datang lebih penting berbanding keinginan otot yang secara mendadak yang boleh memberi banyak masalah.
Sumber: Strengthsifoo.com ,Via : Gempak.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Akui Masih Ada Peminat, Senario Tunggu Tawaran Stesen TV

Sejak penubuhannya pada tahun 1996 melalui sitkom terbitan TV3, kumpulan pelawak Senario telah mencipta fenomena yang luar biasa.
Jenaka mereka, yang menggabungkan unsur-unsur kisah rakyat dan disampaikan oleh barisan pelawak berbakat seperti Wahid, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang, dan Allahyarham Hamdan Ramli, telah memahat memori indah dalam hati peminat.
Senario kemudiannya disertai oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya, yang turut menambah warna dalam perjalanan mereka.
Selama lebih satu dekad, dari tahun 1996 hingga 2013, sitkom Senario berjaya menceriakan kehidupan penonton di rumah dengan jenaka yang mencuit hati. Kumpulan ini bukan sahaja menghibur, tetapi juga membuka jalan kepada genre komedi untuk mengisi slot perdana di televisyen.

Namun, selepas era keemasan mereka, populariti Senario sebagai kumpulan pelawak tersohor mula pudar. Kebangkitan pelawak generasi baharu dan kurangnya kemunculan dalam program komedi televisyen sebagai satu kumpulan mungkin menjadi antara faktor penurunan ini.
Menurut Azlee Jaafar, walaupun populariti mereka mungkin menurun, sambutan peminat terhadap Senario masih hangat seperti dulu. “Sebenarnya, Senario masih ada ramai peminat. Kami harap ada stesen TV yang memberi peluang dan ruang kerana ramai peminat meluahkan rindu terhadap kami,” katanya.

Azlee mendedahkan bahawa usaha untuk berbincang dengan stesen TV bagi menghidupkan kembali sitkom Senario sedang giat dilakukan. “Kami ada berbincang dengan stesen TV, tetapi masih belum ada kata putus. Kami tidak kisah tawaran itu datang daripada mana-mana stesen TV. Apa yang penting, sitkom Senario dapat diwujudkan semula,” tambahnya.
Selain itu, Azlee dan anggota lain sudah lama berbincang mengenai hasrat untuk kembali aktif. “Kami hendak buat kemunculan semula. Kami harap ada yang sudi ambil atau berminat untuk merealisasikan hasrat ini. Rata-rata peminat yang membesar dengan sitkom kami sememangnya berharap,” katanya.
Azlee percaya Senario masih memiliki aura kuat dan mampu memberi pengaruh positif kepada masyarakat. Mereka juga bersedia untuk membuat penambahbaikan bagi menambat hati audiens masa kini. “Mungkin akan kekalkan konsep lama, cuma diperbaharui dengan beberapa elemen tambahan seperti persembahan muzik secara ‘live’ atau pelbagaikan jalan cerita. Kami fikir masih banyak perkara boleh dibuat mengenai isu semasa,” jelasnya.
Jika diberi peluang, Senario merancang untuk menghimpunkan semua anggota yang masih ada, termasuk Yassin, Wahid, Lan, Saiful Apek, dan Ilya. Posisi Allahyarham Hamdan pula mungkin akan digantikan oleh anaknya. “Kami mungkin akan ambil anak arwah sebagai tetamu jemputan bagi memperkenalkan wajah dan menonjolkan bakatnya kepada khalayak,” ujar Azlee.
Senario mungkin telah mengalami penurunan populariti, tetapi dengan sokongan peminat dan peluang daripada stesen TV, mereka berpotensi untuk kembali mencipta kegemilangan dalam dunia komedi Malaysia.
Sumber: Berita Harian
BACA: Penutup Kerjaya Solo Tiga Dekad, Awie Pentaskan Konsert Solo Terakhir
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Inspirasi Buat Lelaki Bersukan & Ke Gym, Ini 9 Atlet Wanita Cantik & Popular Di Instagram

Lelaki mana yang tak tertarik dengan wanita yang cantik dan pandai jaga kesihatan dan badan kan. Tidak ramai sebenarnya golongan wanita yang melibatkan diri dalam bidang sukan jika dibandingkan dengan lelaki. Dan selalunya masyarakat akan kaitkan wanita yang menceburi dan aktif dengan sukan ini sebagai wanita kasar, tomboy dan tak menarik?
Tapi jangan tak tahu, ramai je wanita cantik dan gojes yang aktif dalam bidang sukan ini. Ini 8 atlet wanita Malaysia yang bukan saja cantik tapi juga mempunyai ramai pengikut di Instagram.Ini buktinya walaupun bersukan mereka masih boleh tampil anggun dan bergaya ketika bersukan. Cair terus hati abang-abang sado semua!
Kami senaraikan 9 atlet wanita kebangsaan yang paling cantik dan ramai pengikut di Instagram.
1. FARAH ANN
Baru saja berusia 23 tahun, atlet gimnastik negara ini bukan sahaja cantik malah seorang yang berbakat besar dan sudah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
2. JANICE WOON
Orangnya kecil molek tapi sangat tangkas dalam sukan badminton. Wanita cantik berusia 27 tahun ini bersama rakan sepasukannya Vivian Hoo Kah Mun, kini berada di tangga ke 13 ranking dunia.
3. NUR IZWANI AZMAN
Dengan rupa paras yang cantik dan berambut panjang, pasti ramai tidak menyangka bahawa wanita ini merupakan penjaga gol bola sepak wanita Malaysia. Mesti ramai lelaki stalk lepas ni.
4. LEONG MUN YEE
Atlet terjun kebangsaan ini memang cukup cantik. Setiap kali acara terjun mesti ramai yang akan melihat aksi hebat wanita berusia 32 tahun ini.
5. SYAIDATUL AFIFAH
Atlet boling kebangsaan ini buatkan ramai lelaki terpikat dengan raut wajahnya. Gadis berusia 26 tahun bukan saja cantik malah cukup hebat menjatuhkan semua pin.
6. SHAHIDATUN NADIA
Atlet lompat jauh dan lompat kijang negara berlesung pipit ini sentiasa menjadi perhatian. Mana taknya, orangnya tinggi lampai dan wajahnya cukup manis.
7. FARAHIYAH RIDZUAN
Pemain bola sepak Malaysia kecil molek ini memang cukup comel. Raut wajahnya seperti baby face memang menjadi perhatian di kalangan peminat bola sepak. Walaupun orangnya kecil dan comel, tapi sangat lincah di padang.
8. GOH LIU YING
Berusia 28 tahun, merupakan seorang pemain badminton Malaysian dalam acara beregu. Beliau berganding dengan Chan Peng Soon pernah menduduki Kedudukan Dunia BWF No. 3 di acara beregu campuran.
9. Tanalaksiumy Mahenthiran
Jangan terkejut kalau kami beritahu bahawa atlet olahraga yang pernah mewakili negara dalam acara 4×400 meter ini merupakan antara finalis Miss Universe Malaysia 2017. Padanlah dia mendapat perhatian semasa sukan SEA 2017 lalu kerana ramai yang cair dengan penampilannya yang cantik dan tinggi lampai walaupun tengah berpeluh di balapan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI