Selepas seminggu kejadian banjir yang cukup besar berlaku dibeberapa buah lokasi di Selangor, Pahang, Melaka dan beberapa negeri lain kini semakin kerosakan semakin nampak dengan begitu jelas.
Bantuan demi bantuan dari pelbagai pihak terutamanya NGO serta sukarelawan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa banjir. Proses mencuci dan membersihkan rumah satu tugas yang cukup mencabar dengan keadaan lumpur yang tebal serta kerosakan harta benda yang sangat besar.
Fokus utama kita sekarang adalah membantu mangsa banjir dan keluarga mereka untuk membina kehidupan baharu selepas berdepanc abaran yang sangat hebat ini.
Antara cadangan yang bertiup kencang ialah cadang memberikan kebenaran untuk melakukan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dilakukan ketika negara berdepan wabak Covid-19 baru-baru ini.
Namun perkara tersebut tidak akan diperkenalkan oleh kerajaan biarpun ada permintaan untuk ia dipertimbangkan bagi meringankan beban mangsa terjejas.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta mengumumkan bantuan yang mencukupi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara pada ketika ini.
Beliau juga bekata pihak kerajaan juga bimbang dengan jumlah simpanan dalam akaun pencarum KWSP kerana susulan dua kalipengeluaran menerusi program sebelum ini iaitu i-Sinar dan i-Citra, akan ada risiko menjadi miskin tegar selepas persaraan.
“Ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menawarkan pinjaman mudah RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun.
“Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, insya-ALLAH ia boleh membantu mangsa banjir,” katanya pada sidang akhbar di Masjid Al-Muttaqin di sini pada Ahad.
Perdana Menteri juga menjelaskan kerajaan berkeberatan meluluskan pengeluaran khas ketiga kerana ramai pencarum kini memiliki jumlah simpanan yang terlalu sedikit untuk persediaan hari tua mereka.
“Tujuan KWSP adalah untuk simpanan hari tua selepas pencen. Selepas pengeluaran khas dua kali sebelum ini, 20 peratus pencarum hanya tinggal baki RM1,000.
“Kalau RM1,000, apabila pencen nanti, automatik mereka akan jadi miskin tegar. Ini yang saya risaukan.
“Malah hampir 95 peratus daripada pencarum yang miliki baki simpanan RM1,000 itu adalah dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera. Kita kena sedar perkara ini,” katanya.
Semoga dengan insentif dan pengenalan beberapa kemudahan yang telah dan akan diperkenalkan oleh kerajaan mampu membantu mengasa-mangsa banjir meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas ini.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Sumber: Sinar Harian