
Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.43 pagi.
Perkara itu dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.
Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Terdahulu, Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.
Beliau memeluk agama Islam dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah pada 31 Mac 2003.
Sumber: Buletin TV3
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Boleh Maut Kalau Malas Berus Gigi

Tabiat malas menggosok gigi terutama selepas makan dan sebelum tidur boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahaya yang mengancam kesihatan serta nyawa.
Ini termasuklah penyakit jantung, pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan strok, pneumonia, gangguan pernafasan, radang pada rahang serta menyebabkan selulit pada wajah.
Bakteria yang terkumpul di dalam mulut yang tidak dibersihkan akan masuk ke dalam salur darah dan melekat pada organ seperti jantung.
“Sekiranya seseorang itu ada masalah gusi atau gigi tidak dibersihkan, terdapat bakteria yang dikenali sebagai bakteria bergred rendah berkumpul di situ.
“Apabila ia masuk ke dalam salur darah, seterusnya ke jantung di mana keadaan jantung yang memang sudah lemah akan memburukkan lagi keadaan.
Bakteria yang melekat kepada jantung akan membentuk koloni di kawasan berkenaan, membiak dan seterusnya menyebabkan kegagalan jantung dan mengancam nyawa seseorang.
MEREBAK DALAM ORGAN BADAN
Bakteria ini juga akan mengikut aliran darah dan berhenti pada organ lain seperti buah pinggang dan paru-paru. Memberus gigi saja tidak mencukupi dan menjamin keseluruhan kawasan di dalam mulut bersih.
Bagi mendapatkan mulut yang sihat dan bersih dalam jangka panjang, amat penting untuk mempunyai rejim lengkap penjagaan mulut secara rutin iaitu memberus, menyikat dan berkumuh dengan pembersih mulut.
Memberus gigi saja tidak mencukupi kerana tidak semua kawasan di dalam mulut dapat dicapai oleh berus gigi terutama di bahagian belakang hujung gigi,” katanya.
Katanya menyikat gigi dengan menggunakan ‘floss’ dapat mengeluarkan makanan yang terselit di celah gigi dan mencegah pengumpulan plak yang boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat apabila memasuki aliran darah.
Selepas gigi disikat, tindakan seterusnya adalah dengan membersihkan keseluruhan mulut dengan menggunakan cecair berkumuh yang mengandungi antibakteria.
Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur pada sebelah malam.
BERUS BERKUMUH, BERSIH SEMPURNA
Bagaimanapun, memberus gigi sebaiknya turut dilakukan selepas makan tengah hari dan berkumuh.
“Berkumuh dengan cecair pencuci mulut dapat membunuh bakteria pada keseluruhan gigi terutama pada celah gigi dan gusi berbanding sekadar memberus dan menggunakan floss saja.
“Selepas berkumuh, pastikan anda tidak makan sebarang makanan lagi terutama sebelum tidur kecuali anda cukup rajin untuk mengulangi memberus, menyikat dan berkumuh,” katanya.
Anggapan menggunakan berus gigi berbulu kasar lebih baik adalah salah kerana ia boleh merosakkan gigi dan gusi. Sebaliknya gunakan berus gigi lembut dan elakkan memberus dengan kasar kerana ia boleh menghakis gigi seterusnya menyebabkan akar gigi terdedah.
KESAN TIDAK MEMBERSIHKAN GIGI;
- Pembuluh darah tersumbat
Malas menjaga kebersihan gigi dan gusi juga membuat plak berkumpul di dinding pembuluh darah mengakibatkan aliran darah menjadi lebih lambat atau berhenti sepenuhnya.
- Strok
Apabila darah tersumbat, aliran darah ke otak pun terganggu menyebabkan oksigen ke otak berkurangan dan menjadi punca strok.
- Gusi berdarah
Jangkitan pada tulang yang menyokong gigi boleh berlaku sekiranya mulut jarang dibersihkan menyebabkan gusi mengalami pendarahan.
- Pneumonia
Pneumonia atau radang paru-paru akibat jangkitan pada pembuluh darah yang terjadi.
- Sepsis
Sepsis adalah tindak balas sistem imun berlebihan terhadap jangkitan yang terjadi pada tubuh menyebabkan radang pada tubuh dan pembekuan darah.
sumber : Berita Harian
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Marah Bila Kawan Tegur Kulit Anda Terlalu Berminyak, Cuba 6 Cara Mudah Ini

1. Katakan ‘YA’ Kepada Pencuci Muka
Kalau anda jenis yang liat untuk membersihkan muka. Anda perlu ubah tabiat buruk anda itu.
Kajian menunjukkan cara terbaik untuk mengawal minyak berlebihan adalah dengan membersih dan memastikan wajah bersih pada setiap masa. Penting untuk membersihkan muka 2-3 kali sehari untuk mencegah liang tersumbat, jerawat dan sebagainya.
Carilah pembersih muka yang bebas minyak. Sabun berubat juga berguna untuk membersihkan kulit berminyak. Bagaimanapun, jangan membersihkan muka dengan kasar kerana ini akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak.
Carilah produk yang mengandungi satu atau lebih bahan-bahan ini:
Salicylic Acid, Tea tree oil, Neem, Turmeric dan madu.
2. Skrub Bagus Untuk Kulit Berminyak
Adalah penting untuk memastikan kulit berminyak mengelupas sebanyak satu atau dua kali seminggu. Ini merupakan salah satu tips penting. Sebum berlebihan mengakibatkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit sekaligus menyebabkannya berjerawat, bintik hitam atau putih dan kulit menjadi kusam.
Untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati ini dan dalam masa yang sama memperbaharui permukaan kulit anda, menyental muka dengan skrub perlu dijadikan sebahagian rutin dalam penjagaan kulit. Sekali lagi diingatkan, kita perlu menyental wajah dengan lembut dan bukan dengan cara yang keras.
3. Belai Wajah Dengan Topeng Muka Secara Mingguan
Selepas menggunakan skrub, ia perlu disusuli pula dengan penggunaan topeng muka (face mask). Topeng muka ini perlu dibuat secara mingguan bagi kesan yang optimum.
Kita boleh mendapatkan topeng muka yang mengandungi tanah liat seperti kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.
Kita juga boleh buat sendiri topeng muka menggunakan bahan semulajadi berikut seperti:
- PISANG – Pisang boleh digunakan sebagai mask kerana ia kaya dengan Vitamin A, B dan E yang bagus untuk awet muda. Lenyekkan pisang lalu sapukan secara lembut pada wajah dan leher selama lebih kurang 20 minit dan kemudian bilas bersih-bersih. Mudahkan?
- LEMON – Vitamin C yang terkandung dalam lemon boleh membantu kulit menjadi lebih cerah dan mengurangkan parut jerawat. Ambil kulit lemon kemudian hancurkan nipis-nipis. Seterusnya, tambahkan madu. Sapukan ke muka dan leher kita.
- EPAL – Epal banyak antioksidan yang dapat mencegah sel-sel kulit dari rosak. Jangan tak tahu, epal juga kaya dengan elastin dan kolagen. Nutrisi tersebut membuatkan kulit kekal muda. Epal dikisar dan kemudiannya dicampurkan bersama madu dan air mawar. Bila disapu ke kulit muka, dalam beberapa minggu kulit akan semakin cerah dan awet muda.
- BETIK – Seperti epal yang kaya dengan antioksidan bagi mengekalkan keremajaan kulit. Terdapat bahan istimewa dalam betik yang membantu membuang sel-sel kulit mati dan membuat kulit semakin cerah. Betik ditumbuk lumat dan sapukan saja pada kulit kita.
4. Toner Tanpa Alkohol Setiap Hari Adalah Jawapannya!
Seterusnya adalah amat mudah iaitu menggunakan toner tanpa alkohol untuk membersihkan kulit muka secara konsisten pada tiap-tiap hari.
Ia dapat membantu dalam menghilangkan minyak yang berlebihan sekaligus membuang kotoran degil dari kulit kita. Pastikan jenama toner yang digunakan adalah bebas alkohol untuk kesan yang terbaik mengawal sebum dan tidak merosakkan kulit.
5. Pelembab Jangan Pula Diabaikan
Kepercayaan yang popular di luar sana bahawa kulit berminyak tidak memerlukan pelembap. Namun begitu, ia sebenarnya adalah sebaliknya.
Kulit berminyak memerlukan pelembap dan hidrasi kerana pengelupasan kulit akan menyebabkan kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengganti minyak yang telah dibuang.
Namun, kita mesti pastikan pelembap muka yang digunakan mestilah berasaskan air dan bebas minyak.
6. Jangan Takut Dengan Krim Pelindung Matahari!
Ramai lelaki yang mempunyai masalah kulit berminyak tidak mahu atau takut untuk memakai krim pelindung matahari kerana berasa bimbang wajah kelihatan berminyak dan tidak menarik.
Akhirnya, timbul masalah lain seperti berjeragat, berjerawat, pigmentasi dan lain-lain akibat daripada kesan pancaran matahari ke atas kulit. Pilihlah krim pelindung sinaran matahari yang berasaskan gel agar kulit muka anda dapat dilindungi dari sinar ultra ungu.
Tinggalkan makanan manis dan makanan ringan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membuang toksin.
Jangan lupa untuk makan sekurang-kurangnya sebiji buah-buahan setiap hari dan sayur-sayuran hijau dalam diet kita. Semua ini akan membantu untuk mengawal pengeluaran minyak oleh kulit supaya tidak berlebihan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
MASKULIN STAIL: PILIHAN PEREKA FESYEN YANG SESUAI UNTUK DIGAYAKAN REKAANNYA DI TUBUH KAMU!

Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI