Bayam kaya dengan sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.
Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.
Strawberi boleh dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kecantikan. Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.
Avacod mempunyai sumber vitamin E yang meningkatkan peredaran darah dan membantu folikel bekerja lebih cekap untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga mengekalkan keseimbangan paras minyak dan PH yang jika melebihi dapat menyumbat folikel rambut dan menghentikan pertumbuhan rambut.
Telur adalah sumber protein dan biotin yang hebat, dua nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Makan protein yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan rambut kerana folikel rambut dibuat kebanyakkan dari protein. Kekurangan protein dalam diet boleh menyebabkan keguguran rambut.
Ikan berlemak seperti salmon, herring dan mackerel mempunyai nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, yang dikaitkan dengan pertumbuhan rambut.
Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.
Ringkasannya apa yang anda makan boleh memberi kesan besar pada kesihatan rambut. Kekurangan nutrien yang betul termasuk vitamin A, C, D dan E, zink, vitamin B, besi, biotion, protein dan asid lemak boleh melambatkan pertumbuhan rambut atau menyebabkan rambut gugur. Jadi sila amalkan pemakanan sihat untuk pertumbuhan rambut.