“Tiada Lagi Kompromi”, Kenderaan Cuba Rentas Negeri Automatik Akan Dikompaun

Share

Sejak beberapa hari lalu sudah mula tular di laman media sosial dan juga portal berita tempatan tentang kebanjiran kenderaan yang cuba untuk melakukan pergerakan rentas.

Walaupun kerajaan telah berulang kali memberikan amaran nampaknya masih ada yang keras kepala ingin melakukan rentas negeri kerana ingin pulang beraya di kampung. Ini secara tidak langsung menyebabkan kesesakan lalu libtas terutamanya di lebuhraya yang menuju keluar dari Lembah Klang dan sempadan negeri.

Melihatkan perkara tersebut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi berkata kerajaan tidak lagi membenarkan perjalanan rentas negeri. Orang ramai juga tidakperlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan kerana kerajaan sudah bersetuju untuk tidak membukan peluang sebarang perjalanan rentas negeri.

Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan kompaun kepada semua kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika mereka cuba melakukan pergerakan rentas negeri.

Beginilah trafik beberapa hari lepas di sebuah plaza tol.

Tambahnya lagi semalam sudah tular kes seorang wanita yang positif Covid-19 yang melakukan rentas negeri. Maka kerajaan tidak lagi akan berkompromi dan tolak ansur dalam hal rentas negeri.

Untuk rekod semalam sahaja menyaksikan sebanyak 2,412 kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana cuba melakukan rentas negeri.

“Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian. Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri,” jelasnya lagi.

Orang ramai dinasihatkan untuk lupakan sahaja hasrat untuk balik kampung dan terus tinggal di mana mereka berada. Terimalah hakikat bahawa Aidilfitri tahun ini sungguh berbeza. Di mana semangat ‘kita jaga kita’ yang telah kita laungkan selama ini?

Stay home & sambut raya!

Sumber: Harian Metro

Published by
Farizul Izwany Ibrahim