Tiada Jalan Mudah Turunkan Berat Badan, Jauhi Beli Produk Tidak Berdaftar

Share

Bermula esok kita sekali lagi berdepan dengan  Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat seperti dilaksanakan pada tahun lalu. Ramai yang akan mula bekerja dari rumah. Dan masa pun pasti lebih banyak terluang.

Jadi bagi sesetengah darpada anda, inilah masa untuk turunkan berat badan sepanjang PKP. Tapi ingat, tiada jalan mudah melainkan bersenam dan jaga makan. Dan jangan beli dan guna ubat atau pil kurus yang tidak berdaftar!

Berhati-hati! Ambil tahu risiko pembelian ubat kurus secara online. Anda mungkin terdedah kepada risiko-risiko seperti berikut:

1. Ubat tidak berdaftar dengan KKM.

2. Ubat yang dicampur dengan bahan terkawal seperti Sibutramine tanpa mengetahui jumlah kandungan sebenar bahan tersebut yang dicampurkan.

3. Iklan ubat yang tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, KKM

4. Kesan sampingan yang memudaratkan daripada ubat tidak berdaftar atau palsu

Man photo created by drobotdean – www.freepik.com

KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan ubat kurus. Semak dahulu sebelum klik:

1. No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram dan

2. No. KKLIU bagi iklan ubat

Untuk kekal sihat, lakukan senaman secara berkala dan ambil diet yang seimbang.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM

 

Published by
Farizul Izwany