Bermula esok kita sekali lagi berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat seperti dilaksanakan pada tahun lalu. Ramai yang akan mula bekerja dari rumah. Dan masa pun pasti lebih banyak terluang.
Jadi bagi sesetengah darpada anda, inilah masa untuk turunkan berat badan sepanjang PKP. Tapi ingat, tiada jalan mudah melainkan bersenam dan jaga makan. Dan jangan beli dan guna ubat atau pil kurus yang tidak berdaftar!
Berhati-hati! Ambil tahu risiko pembelian ubat kurus secara online. Anda mungkin terdedah kepada risiko-risiko seperti berikut:
1. Ubat tidak berdaftar dengan KKM.
2. Ubat yang dicampur dengan bahan terkawal seperti Sibutramine tanpa mengetahui jumlah kandungan sebenar bahan tersebut yang dicampurkan.
3. Iklan ubat yang tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, KKM
4. Kesan sampingan yang memudaratkan daripada ubat tidak berdaftar atau palsu

KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan ubat kurus. Semak dahulu sebelum klik:
1. No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram dan
2. No. KKLIU bagi iklan ubat
Untuk kekal sihat, lakukan senaman secara berkala dan ambil diet yang seimbang.
Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Nasi 2 Kali Seminggu” – Ini Tip Jaga Badan Datuk Hans Isaac

Dari seoramg model, beralih kepada lakonan dan kini gah dengan gelaran penerbit dan pengarah filem mahupun pementasan. Datuk Hans Isaac tidak pernah jemu untuk terus mencipta nama di peringkat antarabangsa meskipun usia beliau hampir separuh abad. Terbaru, Datuk Hans, sibuk dengan Baik Punya konsert bersama rakan-rakan seperjuangan antaranya Datuk AC Mizal, Afdlin Shauki, dan Awie. Namun, kesibukan beliau itu tidak pernah menghalang beliau dari melakukan aktiviti harian antaranya bersenam!
Memiliki ketinggian model dan paras rupa yang tidak makan usia, Datuk Hans Isaac terus mengekalkan bentuk badan meskipun sibuk dengan kerjaya. Menerusi kegiatan beliau dalam program realiti musim ketiga Celebrity Car Wars yang bakal ditayangkan di Astro History saluran 555, bermula 9 September ini, Datuk Hans berkongsi sedikit pengalaman beliau menjaga bentuk badan ketika berada di negara orang disamping selebriti-selebriti yang lain.
“Di hotel tempat kami menginap di Filipina selama 2 minggu pengambaran telah disediakan kemudahan gimnasium. Jadi setiap hari jika jadual kami pada waktu pagi, saya bersama selebriti lelaki yang lain akan luangkan masa selama 2 jam untuk bersenam. Saya suka dengan suasana begini, walaupun sibuk dengan kerja, tapi kesihatan tubuh tetap diberi keuatamaan.”
Tentu sekali dalam usia mencecah 50an ini, badan seseorang mula menunjukkan perubahan ketara teruatama dalam stamina harian. Akui bahawa selebriti lain dalam rancangan ini memiliki usia yang jauh lebih muda daripadanya, Datuk Hans tidak rasa tercabar, malah menyusun strategi untuk mendapat mata tanpa menggunakan tenaga yang banyak.
“Saya tak menafikan bahawa usia memang memainkan peranan dalam menjadi juara tak kira apa jua sukan. Pesaing saya semuanya muda-muda belaka, jadi setelah bersenam, mereka mempunyai tenaga untuk bergurau senda, manakala saya akan duduk dan tenangkan diri, supaya saya tidak terlalu penat ketika beraksi nanti.”
View this post on InstagramAlways fun with @gabydelamerced and @xianlimm on @celebritycarwars set .
A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on
Untuk kekal sihat, minum air dan kekal hidrat sepanjang hari menjadi keuatamaan dalam menjalani aktiviti harian. Antara tip yang dikongsi oleh Datuk Hans Isaac untuk kekal fit adalah pengambilan nasi yang diambil 2 kali seminggu, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, pengambilan protin seperti ikan Salmon dan sebagainya, disamping mengambil natural supplement sebagai makanan tambahan.
“Ini masalah orang Malaysia, suka sangat makan nasi. Boleh ambil nasi, namum ia bukanlah satu keuatamaan. Lebihkan protin seperti ikan Salmon kerana ia antara makanan yang sihat. Saya pun tak reti makan ikan Salmon ni dulu, tapi saya belajar. Tolak makanan berminyak dan goreng-goreng. Kita ubah cara hidup kita.”
“Nasihat saya untuk anda yang ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik, pergilah ke gym. Tapi jangan pergi gym tanpa asas, kebelakangan ni ramai yang ke gym tanpa ada personal trainer atau bantuan dari rakan-rakan yang diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Penat je ke gym tapi tak mendatangkan hasil. Juga, jangan terlalu taksub untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik kerana ia hanya bersifat sementara, pergi ke gym dengan niat ingin kekal sihat. Itu yang saya pegang sampai hari ini.”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jadual Diet & Senaman Bagi Yang Nak Buang Lemak 10-15kg Dalam Masa 2 Bulan!

Bukan mudah nak kurus dan buang lemak. Jika tidak ada keazaman yang tinggi bersama pelan pemakanan yang betul, hasrat nak kurus dan buang lemak tidak akan berjaya.
Jadi bagi anda yang masih lagi tercari-cari pelan pemakanan diet yang sesuai, ini ada panduan yang anda boleh jadikan amalan.
Bagi memudahkan proses diet, Norafiza Mahmud telah berkongsi di Facebooknya jadual diet untuk membuang lemak 10 hingga 15 kg dalam hanya masa dua bulan bersama senaman untuk perut (30 minit pagi dan 30 minit petang) yang boleh anda ikut.
Jom ikut perkongsiannya.
JADUAL DIET BUANG LEMAK 10KG-15KG DALAM MASA 2 BULAN
Ini adalah jadual diet pasti kurus untuk 2 bulan dan hilang berat badan 10kg hingga 15kg. Cik oya sertakan sekali senaman ringan untuk perut.
30 minit pagi dan 30 minit malam.
Pertama,
Penggunaan bengkung di perlukan dalam diet aktiviti cik oya. Fungsi bengkung ini akan mengecilkan usus dari luar. Hasilnya, kau orang akan kurang rasa lapar.
Kedua,
3 liter air kosong. Sukatannya mudah. Pastikan urine (air kencing) jernih seperti tiada campuran warna.
Ketiga,
Detox setiap hari. Dari pagi sehingga malam. Sehari jika boleh 3 kali pembuangan sisa makanan.
Keempat,
Amalan bertungku mempercepatkan proses pembakaran lemak kau orang. Malah, dalam masa 2minggu sahaja boleh mencecah 5kg penurunan.
Kelima,
Krim panas. Fungsi krim panas ini untuk membakar lemak di bawah lapisan kulit. Jika di sekalikan sewaktu mengamalkan tungku. Hasilnya sangat magic.
Keenam,
30 minit senaman pagi. 30 minit senaman petang atau malam. Hanya di dalam rumah. Ini bukan penghalang.
Kita focus, kita dapat!
Jadual ini boleh dipusing-pusingkan mengikut keselesaan. Masa pengambilan juga boleh disesuaikan dengan masa kau orang.
Kau orang lakukan senaman seperti dalam video yang cik oya rakamkan. Ini adalah senaman untuk menegangkan otot perut. Kau orang akan kurang berasa lapar.
JADUAL DIET BUANG LEMAK 10KG-15KG DALAM MASA 2BULANIni adalah jadual diet pasti kurus untuk 2bulan dan hilang berat…
Posted by Norafiza Mahmud on Saturday, February 10, 2018
Tulisan berwarna merah adalah kudapan. Kudapan perlu diambil setiap 3 jam. Kuantiti kudapan boleh di ambil sebanyak mana yang kau orang perlukan.
Lengkapkan 6 perkara di atas. Aku yakin. Kau boleh!
Norafiza Mahmud
Bekas wanita gempal
Berjiwa besar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Petanda Besar Mungkin Tunjukkan Anda Sebenarnya Ada Penyakit Kronik

Selama ini anda mungkin fikir anda sihat seperti orang lain. Namun tiba-tiba anda berdepan perubahan yang tidak disangka.
Lebih mencurigakan apabila ia berlarutan dalam jangka masa yang lama. Masalah kesihatan ini boleh berlaku secara tiba-tiba, menyakitkan, atau membimbangkan. Dalam mana-mana kes, jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, sila berjumpa doktor supaya anda boleh mendapatkan penilaian kesihatan anda.
Keletihan Melampau
Keletihan melibatkan kekurangan tenaga dan motivasi secara berterusan dan merupakan tindak balas biasa kepada keadaan seperti tekanan, melakukan senaman fizikal, atau kurang tidur.
Walau bagaimanapun, keletihan juga boleh menjadi tanda-tanda keadaan kesihatan fizikal atau psikologi yang lebih serius. Penyakit dikaitkan dengan keletihan termasuk kanser, kegagalan jantung kongestif, diabetes, arthritis, jangkitan, dan buah pinggang atau penyakit hati. Keletihan juga boleh menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan seperti anemia, kemurungan, gangguan tidur, atau kelenjar tiroid rosak.
Kehilangan Rambut
Kehilangan rambut adalah satu pekara yang membimbangkan lelaki pertengahan umur. Kehilangan rambut boleh dikaitkan dengan pembedahan besar atau penyakit yang boleh membuatkan kehilangan rambut sementara, seperti tekanan emosi yang teruk.
Walaupun ia adalah sebahagian semula jadi penuaan, kehilangan rambut juga juga boleh berfungsi sebagai amaran bagi keadaan kesihatan lelaki yang lebih serius, seperti penyakit autoimun seperti lupus, penyakit berjangkit seperti sifilis, penyakit tiroid, atau kurap.

Selalu Sakit Pada Bahagian Dada
Kebanyakan orang mengaitkan sakit dada dengan serangan jantung, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain yang berbeza. Anda boleh mempunyai satu lagi jenis masalah jantung, seperti angina, atau masalah paru-paru seperti pneumonia, pulmonari embolisme, atau asma.
Ia juga mungkin satu keadaan kesihatan gastrousus seperti refluks asid atau ulser perut. Apabila mendapat sakit dada seseorang itu perlu mendapatkan bantuan pegawai perubatan tanpa mengira usia.
Kencing Berdarah
Darah dalam air kencing adalah satu gejala yang membimbangkan, terutamanya jika ia adalah cukup banyak dan anda boleh lihat dengan mata kasar anda. Kencing berdarah merupakan tanda utama kanser prostat atau pembesaran prostat (enlarged prostate).
Ia juga boleh disebabkan oleh kanser atau batu di pundi kencing atau buah pinggang anda. Penyakit buah pinggang atau kecederaan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berdarah seperti keradangan atau jangkitan pundi kencing, buah pinggang, atau uretra.
Sesak Nafas
Sesak nafas adalah satu lagi gejala membimbangkan untuk lelaki. Ia mungkin satu isyarat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif.
Atau anda mungkin mempunyai penyakit paru-paru seperti kanser paru-paru, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), bronkitis kronik, emfisema, lelah, atau hipertensi pulmonari. Sesak nafas juga merupakan gejala yang dikaitkan dengan anemia(kekurangan sel darah merah)
Lemah Tenaga Dalaman
Kira-kira 70 peratus daripada kes-kes mati pucuk adalah disebabkan oleh keadaan yang lain selain factor umur, dan ini merupakan satu tanda amaran bahawa anda mungkin menghadapi isu perubatan yang serius.
Penyakit yang boleh menyebabkan mati pucuk termasuk kencing manis, penyakit jantung, aterosklerosis, penyakit buah pinggang, penyakit neurologic, alkohol kronik, multiple sclerosis, dan penyakit vaskular. Keadaan ini memberi kesan kepada keupayaan manusia untuk mencapai ereksi oleh saraf merosakkan, otot licin arteri, dan tisu.

Selalu Pening Kepala
Pening menyebabkan anda berasa ringan kepala, menjadi resah- gelisah , atau mengalami sensasi bahawa bilik berputar-putar di sekeliling anda. Pening berlaku apabila tiada darah yang cukup sampai ke otak.
Ia boleh disebabkan oleh penurunan mendadak tekanan darah atau dehidrasi. Pening sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti selesema, alahan, atau hipoglisemia(kurang gula dalam darah). Ia juga menunjukkan risiko kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok, atau kejutan (shock).
Rasa Dahaga Berlebihan
Setiap orang perlu minum air yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan. Walau bagaimanapun, dahaga yang berlebihan boleh menjadi petunjuk bahawa anda mempunyai masalah kesihatan.
Ia merupakan gejala yang terkenal hiperglisemia(lebihan gula dalam darah) dan oleh itu anda mungkin mempunyai penyakit kencing manis. Dahaga yang berlebihan juga boleh manjadi tanda pendarahan dalaman, jangkitan yang teruk, atau kegagalan jantung, hati atau buah pinggang.
Hilang Memori
Kehilangan ingatan yang dimaksudkan adalah jika ia melibatkan lebih daripada sekadar melupakan di mana anda meletakkan kunci kereta anda. Ia adalah satu keadaan kesihatan yang dicirikan oleh tahap kealpaan yang berterusan dan luar biasa.
Penuaan mewujudkan sejumlah rendah tahap kehilangan ingatan, tetapi kehilangan memori dramatik sering menunjukkan penyakit bukan sebab penuaan. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehilangan ingatan termasuklah penyakit Alzheimer, tumor otak, jangkitan otak, kemurungan, ensefalitis, strok dan pengambilan alkohol secara berlebihan Kekurangan vitamin tertentu juga boleh membawa kepada kehilangan ingatan.
Berdepan Masalah Penglihatan Mengejut
Penglihatan secara semula jadi merosot apabila kita semakin tua, bermula dalam lingkungan usia pertengahan. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti penglihatan kabur, bintik buta, halos sekitar lampu, dan visi terowong(tunnel visions) boleh menunjukkan keadaan mata yang serius.
Anda boleh mengalami masalah penglihatan yang disebabkan oleh penyakit mata seperti katarak, glaukoma, retinopati diabetik, detasmen retina, atau degenerasi makula. Ia juga boleh menandakan masalah kesihatan seperti migrain, strok, atau tumor otak. Pemeriksaan mata secara berkala dan tetap adalah satu langkah penting dalam mengelakkan masalan kesihatan ini.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini dari kami!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI