
“Memilih adalah hak dia. Menyebabkan pengangguran hingga tiada kerja itu salah kau!”
Itulah kata-kata ringkas dari Sir Hafiz Yusoff, President Angkatan Pemangkin Ekonomi Se-Malaysia dan Pengarah HJ Motors di sebuah video hasil MAU KERJA.
Menurutnya, dia mendapat peluang untuk sambung pelajaran di UTP, Petronas tetapi di tahun akhir, dirinya membuat keputusan untuk membuat bisnes.
Kongsinya, sejak 3 tahun lalu dia sering berkata dia ingin memakai kereta Mustang, hinggakan ramai rakan-rakannya memandang rendah padanya dan memikirkan pekara itu sesuatu yang mustahil untuk dirinya kecapi.
.
Namun dia tidak mengalah untuk miliki perniagaan hingga ke puncak kejayaan. Sangat positif menghadapi liku hidup, dia memesan supaya jangan berkira apabila memberi.
Menurutnya lagi, dalam hidup kena ada mentor untuk mempercepatkan kejayaan kita. Kalau tidak kita akan syok sendiri, tapi hasil tiada.
Jom tonton dan saksikan video yang penuh inspirasi ini, semoga kita semua dapat dapat menjadikanya sebagai contoh…
Sumber: Sir Hafiz Yusoff & Mau Kerja
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bantu Jahit Pelindung Kepala & Kasut Frontliner Hospital Shah Alam, Usaha Isteri Atu Dipuji Netizen!

Walaupun berdepan dengan masalah kekurangan peralatan perubatan akibat peningkatan wabak COVID-19, ternyata masih ada lagi rakyat Malaysia yang prihatin.
Buktinya, apabila saban hari pelbagai pihak menghulurkan bantuan sama ada daris egi kewangan ataupun barangan keperluan kepada petugas-petugas kesihatan ini.
Bantuan ikhlas jahit pelindung kepala & kasut
Atas sikap keprihatinan ini, seorang wanita bernama Nurul Izwani Mohamad Yahya menerusi postingnya meminta bantuan ikhlas orang ramai untuk menjahit pelindung kepala dan pelindung kasut bagi kegunaan petugas-petugas Hospital Shah Alam secara percuma.
Posting tersebut mendapat perhatian isteri Atu, Shafeeqa Johari apabila dia berkongsi di laman Instagramnya meminta orang ramai membantunya mencari wanita tersebut kerana ingin menghulurkan bantuan tenaga menjahitkan pelindung kepala dan kasut petugas kesihatan.
Berjaya hubungi Hospital Shah Alam
“Alhamdulillah… sy dpt dah contact untuk hospital shah alam.. sy hanya mampu bantu ini.. mereka yg berada di frontline lg hebat… kita xmampu bagi wang ringgit puluh ribu 🤣. Sy bg tenaga sy.. sy seru suri rumah tangga yg boleh menjahit, kita tolong jahit mana yg mampu… fabric ni sy x tahu nk cari kat mana, ni hospital yg bagi.. klo ada siapa2 contact, boleh bg tahu.. ad ramai yg contact sy boleh jahit… model si kecik… mne tahu nnt boleh jadi doctor 🤣🤣🤣. Terima kasih semua.. sama2 kita duduk rumah diam2 supaya terhapus virus durjana ini”
View this post on InstagramA post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari) on
Bantuan tenaga yang dihulurkannya itu merupakan salah satu usahanya demi membantu frontliner dalam merawat pesakit-pesakit COVID-19.
Malah beliau juga menyeru mana-mana suri rumah yang boleh menjahit untuk sama-sama menghulurkan bantuan tenaga.
Ternyata sikap murni dan keikhlasannya dalam membantu petugas-petugas Hospital Shah Alam mendapat pujian daripada netizen.
Selain bantuan kepada petugas-petugas frontliner, janganlah kita lupa untuk membantu golongan yang terjejas sumber ekonomi mereka kerana mereka juga memerlukan bantuan kewangan dan keperluan makanan.
Sumber: Instagram Shafeeqajohari
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Berebut Majikan Nakkan CV Pemuda Ini Gara-Gara Postingnya Cari Kerja Viral!

Biasanya kita akan melihat majikan yang membuat posting mahu merekrut pekerja baharu jika terdapat sebarang kekosongan jawatan yang perlu diisi.
Namun konsep berkenaan bagaikan sudah berubah ketika ini apabila muncul seorang pemuda Malaysia, Azmil Hakim dengan satu trend rare yang tak pernah disangka-sangka.
Posting gambar kerusi kosong untuk penemu duga
Unik tentang posting ini adalah Azmil Hakim menulis dia memerlukan penemu duga untuk duduk di kerusi berkenaan di samping menyatakan pengalaman kerja dan kelulusan yang dimilikinya.
Dapat perhatian bos-bos besar dan lebih 15,000 likes dalam masa 2 minggu
Posting Azmil menjadi tular dan hangat diperkatakan dalam LinkedIn selain ramai bos-bos besar tampil munculkan diri puji konsep yang diperkenalkan Azmil.
Cara-cara ini sudah tentu berbeza dengan kebanyakan calon-calon lain tetapi untuk mendapat perhatian sebegini, hanya mereka yang bernasib baik sahaja akan menerima pelbagai manfaat.
Selebihnya, mungkin ada netizen yang kritik, “Kau siapa nak suruh majikan pula yang cari kau?”
Tetapi sebagai perkongsian, buatlah apa sahaja tentang diri anda selagi anda rasa ia betul dan memberi manfaat kepada anda.
Dengar kata orang yang cuma pandai cakap tetapi bukan boleh kenyangkan perut kita setiap bulan pun macam tak ada function jugak.
Semoga berjaya Azmil Hakim dan kepada pembaca Maskulin, jadilah seseorang yang bukan klise!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kebanggaan Bangsa Johor, Fakta Menarik TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap ceruk negeri ini. Malah, mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Pemangku Sultan hari ini, berikutan ayahanda baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan ini untuk tempoh lima tahun.
Sehingga kini, terlalu banyak sumbangan daripada Baginda terhadap arena dan ekosistem sukan bola sepak negara.
Fakta Menarik PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
- Menurut biodata yang dikongsikan oleh Royal Press Office, Tunku Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru dan merupakan putera sulung kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
- Lima adinda Tunku Ismail ialah Tunku Tun Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
- Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 dan kemudian sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Jan 2010.
- Tunku Ismail mendirikan rumah tangga dengan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor pada 24 Okt 2014.
- Pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.
- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Baginda telah membangun, menerajui dan mengangkat pasukan bola sepak Johor ke tahap berprestasi tinggi dan disegani.JDT telah memenangi sembilan gelaran berturut-turut Liga Super Malaysia, lapan Piala Sumbangsih, tiga Piala FA, tiga Piala Malaysia dan Piala AFC 2015. Sesuatu yang pertama bagi kelab dari Asia Timur, apatah lagi Asia Tenggara.
- Baginda juga merupakan seorang penggemar kereta, mengumpulkan pelbagai kereta mewah yang jarang ditemui di jalan raya dalam negara. Antara kereta mewah yang dimiliknya ialah Bugatti Chiron Super Sport. Kereta ini merupakan edisi 1 daripada 500 keluaran syarikat automobil mewah itu.
- Dalam kalangan komuniti pencinta jam tangan, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dikenali sebagai peminat jam tangan yang sangat hebat. Dia mempunyai pelbagai jenis jam tangan dalam koleksinya, seperti dari MoonSwatch, Rolex, Patek Philippe, dan juga jam tangan yang diubah suai seperti yang dihasilkan oleh Artisans de Geneve.
- Minat yang mendalam terhadap sukan bukan hanya dizahirkan dalam bola sepak, sebaliknya Baginda juga cemerlang dalam sukan polo dengan penyertaan pelbagai pertandingan dalam dan luar negara. Antara kejayaan pernah diraih adalah membantu pasukan polo Rejimen 61st Calvary di India.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Bila dah bersusah payah bekerja, apa salahnya kita ‘self reward’ sekali sekala kan? Tapi kereta dorang bukan biasa-biasa hehe #maskulin#maskulinauto#selebritilelaki#selebritiwanita#keretamewah #fyp #learnontiktok #fypシ #porsche #mclaren #mercedez ♬ original sound – Maskulin
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI