Sejujurnya MASKULIN rasa semua orang yang celik IT dan menggunakan laman media sosial Facebook terutamanya pasti kenal dengan nama Mark Zuckerberg.
Amat mustahil untuk kita yang setiap hari duduk menghadap Facebook dan segala info dari Internet tidak pernah kenal dengan nama ini. Malah kisah hidupnya yang berjaya mencipta laman media sosial paling berpengaruh dunia itu juga pernah difilemkan menerusi ‘The Social Network’ (2010).
Walaupun pada tahun lalu namanya sedikit terpalit kontroversi dek kebocoran data penggunanya kepada Cambridge Analatyca namun ia sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti pioneer teknologi moden berusia 34 tahun ini.
Malah menurut Forbes, Mark Zuckerberg kini menduduki tangga kelima manusia paling kaya di dunia dengan jumlah aset bernilai USD53.8 bilion (RM221.41 bilion).
Tapi pernahkah anda terbayang bagaimanakah kehidupan Mark Zuckerberg ketika zaman mudanya terutamanya ketika menuntut di Harvard University sekitar tahun 2002 sehingga 2004?
Jom saksikan foto-foto rare ini di bawah!
1. Seorang pelajar bertubuh kecil, kurus dan berkaca mata. Berbanding rakan-rakan lain memang dia nampak lebih kecil.
Ads
2. Tak pernah berenggang dengan komputer peribadinya. Di Harvard University dia terkenal sebagai antara programmer berbakat besar.
3. Sempoi! Gemar pakai selipar sahaja bila berada di kampus.
4. Gaya nerd? Mungkin nampak seperti itu tapi dalam kepalanya penuh idea bergeliga!
Ads
5. Lepak tepi kolam mandi pun masih setia dengan sandal jenama Jerman ini. Steady!
6. Siapa sangka pemuda dengan hoodie lusuh dan seluar jeans bakal menjadi bilionair seperti sekarang.
Ads
7. Pada hari-hari biasanya, Mark juga lebih selesa mengenakan kemeja sahaja.
8. Antara foto Mark terkini. Seakan tak jauh beza dengan dia yang dulu bukan?
9. Kini dia berumahtangga dengan Priscilla Chan dan dikurniakan dua orang anak. Kalau nak tahu mereka berdua sudah berkenalan sejak tahun 2003 lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Henry Golding adalah contoh individu yang berjaya dalam mengejar impian mereka dengan kerja keras dan dedikasi.
Dari seorang pendandan rambut di kota London hingga menjadi bintang filem antarabangsa, perjalanan hidup Henry merupakan inspirasi bagi ramai orang.
Terkini, anak kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding bakal muncul dengan projek baru. Menurut laporan Variety, aktor berusia 37 tahun ini akan membintangi filem sains fiksyen seram berjudul Head Games arahan Anthony Mandler. Sutradara ini terkenal dengan filem hebat seperti Surrounded dan Monster. Skrip pula ditulis oleh Collin Liddle.
Henry diberi tanggungjawab menggalas watak utama sebagai Jacob, seorang pengintip korporat yang menyamar sebagai chef peribadi kepada Graham, bekas pengasas firma neuroprostetik (Samuel L. Jackson). Matlamat sebenar Jacob adalah untuk menyusup ke vila majikannya dan mencuri ciptaan terbarunya. Bagaimanapun dia akhirnya menyedari tugasan ini tidak semudah disangka.
Filem itu akan memulakan penggambaran pada bulan Oktober ini. Ia akan menemui penonton di layar perak pada tahun 2025.
GABUNGAN HEBAT HENRY GOLDING & SAMUEL L. JACKSON
Menurut pengarah, plot filem ini akan memperlihatkan garisan antara fiksyen dan realiti dalam kehidupan sebenar.
“Saya amat teruja untuk menterjemah skrip luar biasa ini menjadi filem. Head Games adalah cerita yang melangkaui sempadan tentang apa yang kita tahu mengenai realiti, dan apa yang pada akhirnya bertukar menjadi fiksyen di hadapan mata kita sendiri.
Pengasas A Higher Standard, Jeffrey Greenstein selaku penerbit eksekutif berkata, Head Games adalah filem berkualiti yang dijangka akan meraih kejayaan besar di layar perak.
Henry baru-baru ini muncul dalam filem Ministry Of Ungentlemanly Warfare arahan Guy Ritchie. Projek akan datangnya termasuk Nine Perfect Strangers, Simple Favor 2, The Old Guard 2 dan Daniela Forever.
Henry Golding ialah seorang pelakon, model, dan pengacara kelahiran Malaysia yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Henry Golding dalam bahasa Melayu Malaysia:
Latar Belakang
Henry Ewan Golding dilahirkan pada 5 Februari 1987 di Betong, Sarawak, Malaysia. Beliau mempunyai darah campuran dengan ayah berasal dari England dan ibu berketurunan Iban dari Sarawak. Ketika berusia lapan tahun, Henry berpindah ke England bersama keluarganya dan menyambung pelajarannya di sana.
Pendidikan dan Kerjaya Awal
Sebelum terjun ke dunia lakonan, Henry bekerja sebagai pendandan rambut di Sloane Street, London. Selepas beberapa tahun, beliau kembali ke Malaysia dan memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen. Kerjayanya sebagai pengacara mula dikenali melalui rancangan bual bicara “The 8TV Quickie” di Malaysia. Selain itu, Henry juga mengacara rancangan realiti “Survivor Asia,” yang menarik minat ramai penonton.
Dunia Lakonan
Nama Henry Golding mula melonjak naik di peringkat antarabangsa selepas membintangi filem “Crazy Rich Asians” pada tahun 2018 sebagai Nick Young. Filem ini berjaya mencatat kejayaan besar dan meletakkan Henry dalam radar Hollywood. Pada tahun yang sama, Henry turut membintangi filem “A Simple Favor” bersama Blake Lively dan Anna Kendrick. Tidak lama kemudian, pada tahun 2019, Henry muncul dalam filem romantik “Last Christmas” bersama Emilia Clarke dan memainkan peranan penting dalam filem “The Gentlemen” arahan Guy Ritchie.
Kehidupan Peribadi
Henry berkahwin dengan Liv Lo, seorang pengacara dan jurulatih kecergasan, pada tahun 2016. Pasangan ini sering berkongsi kebahagiaan mereka di media sosial. Henry juga meminati aktiviti scuba diving dan sering berkongsi pengalaman menyelam di seluruh dunia.
Pencapaian
Henry menjadi ikon bagi orang Asia kerana kejayaannya di Hollywood. Beliau telah menerima beberapa anugerah dan penghargaan atas sumbangannya dalam industri hiburan, termasuk dicalonkan dalam pelbagai anugerah filem dan televisyen.
Jika sebelum ini perniagaan kurta yang dijalankan Ustaz Ebit Lew laku keras sehingga terpaksa mencari 100 tukang jahit bagi memenuhi permintaan pelanggan yang naik mendadak, terbaharu Ustaz Ebit Lew mengeluarkan rekaan t-shirt dengan cetakan “Saudaraku Disebalik Ujian Ada Rahmat”.
“Pohon doakan yer. Doakan yer. Ramai minta nak Tshirt. Syukur baru siap tadi”
T-shirt yang dilancarkan secara atas talian bermula malam tadi itu dihasilkan setelah ramai yang membuat pemintaan ingin Ustaz Ebit Lew mengeluarkan t-shirt.
Menerusi perkongsian Usyaz Ebit Lew di Facebook, beliau meluahkan rasa sebak dan bersyukur apabila t-shirt jualannya itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga tidak sampai 24 jam, habis terjual.
Posting Ustaz Ebit Lew itu nyata membuatkan ramai warganet teruja untuk memiliki t-shirt tersebut, tak kurang juga yang meminta beliau untuk menghasilkan t-shirt versi Muslimah dan mendoakan agar kehidupan pendakwah terkenal ini sentiasa dilimpahi rezeki.
“Sangka baik pada rahmat Allah. Solat selalu minta pada Allah. Nikmat melihat kasih sayang Allah… – Ebit Lew”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti yang kita semua sedang hari ni sudah hari ke 21 kita luangkan masa di rumah. Jika kira-kira lagi seminggu sahaja lagi untuk kita tinggal di rumah.
Bagaimana dengan berat badan anda? Makin naik atau semakin turun? Tak apa, masih ada masa lagi untuk anda turunkan berat badan jika berat badan anda semakin naik.
Jangan panik, MASKULIN bawakan Awie Shuk seorang pemuda yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 33kg ini ada berkongsi tip dan beberapa cara untuk anda diluar sana turunkan berat badan sepanjang PKP ni yang sempat ditemu ramah melalui Privet Message di Facebook.
“Saya turun sebanyak 33kg, walaupun PKP tak menghalang kita untuk turun kan berat badan tinggi saya hanya 183cm sahaja. Saya mengamalkan makan 5 kali sehari namun saya masih boleh turun daripada 112kg ke 79kg.” katanya kepada MASKULIN.
Dia memberitahu dia sudah lama tidak mengambil makanan segera. Malah, dia turut memotong dan mengurangkan pengambilan gula, masin dan berminyak dalam masa yang sama.
Menurutnya tiada rahsia yang dia amalkan selain daripada bersenam dan menjaga pemanakan. Dia turut akui setiap hari selepas pulang ke kerja dia akan melakukan senaman. Malah termasuk hari ini, sudah 4 bulan dia mengamalkannya.
“Saya terus displinkan diri dan kekalkan makanan yang saya amalkan sepanjang diet 4 bulan itu. Saya amalkan skipping setiap hari 500 (buat 50 rest 10 saat sambung balik sampai 500) dan plank 1 minit setiap hari.
“Ya, saya bersenam setiap hari bersenam setiap hari di rumah musim PKP ini. Tetapi oleh kerana saya masih berkerja sebagai Posmen di Pos Malaysia, saya bersenam selepas habis waktu kerja di rumah.” Katanya lagi.
Dia turut tidak lokek untuk berkongsi beberapa menu yang sering menjadi pilihannya. Antaranya ialah seperti di bawah;
Lunch (1-2 .00 petang): Nasi suku pinggan@ 2 senduk rata,lauk isi ayam / ikan /
Snack (4.00 petang): Kacang / buah
Dinner (8.00 malam): Rolled oat bersama pisang (buah lain pon boleh) di blend dengan susu lowfat ducth lady 1 kotak kecil sudah mencukupi.
“Bagi saya musim PKP ni lah sesuai untuk berdiet sebab banyak masa di rumah. Boleh masak sendiri menu yang sihat. Malah kita juga dapat kawal pengambilan minyak, gula dan garam dalam masakan.
“Masa untuk bersenam di rumah pun banyak. Kalau rasa lapar minum air kosong atau makan buah buahan. Diet biarlah seimbang Selalunya yang jadi sebelum PKP ni diet tahan lapar ataupun x makan nasi, namun bila dah PKP ni mulalah sekali makan nasi akan makan dua kali ganda dan naik berat badan semula, kita tak nak sesuatu yang begini ya.”ujarnya sebelum mengakhiri perbulanan tersebut.
Awie meminta orang ramai untuk jadikan kisahnya sebagai pembakar semangat dan doakannya untuk istiqomah dan dapat berat badan ideal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.