Buat pemiat muzik alternatif atau lebih tepat punk dan Oi!, nama THE A.C.A.B pastinya sudah tidak asing lagi. Tanyalah mana-mana ‘brader’ yang lahir pada lewat 70-an dan awal 80-an. Nama THE A.C.A.B merupakan antara paling penting dalam scene muzik bawah tanah Malaysia.
Kepada peminat mereka, bersiaplah untuk berlayar kembali ke era kegemilangan muzik indie Malaysia di pertengahan 2000-an! THE A.C.A.B., kumpulan yang pernah menjadi ikon muzik indie tanah air, bakal kembali semula ke pentas dengan showcase bertajuk “THIS IS THE A.C.A.B. – INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024”.
Selepas berrehat dalam tempoh yang cukup panjang iaitu selama 18 tahun, mereka bersedia untuk memukau peminat mereka sekali lagi dalam sebuah persembahan yang dijamin akan membawa anda menelusuri kenangan lama.
BUKAN PERSEMBAHAN BIASA
Showcase yang bakal ditampilkan bukan sekadar persembahan biasa. MASKULIN juga difahamkan bahawa ia bakal menjadi perjumpaan istimewa antara kumpulan dan peminat yang setia menantikan kepulangan mereka.
Bertempat di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara pada 1 Jun 2024, showcase ini dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam. Ini adalah peluang anda untuk merasai semula keunikan THE A.C.A.B. dengan lagu-lagu ikonik yang pernah menggegarkan pentas muzik indie tempatan.
Ads
Para peminat akan dihidangkan dengan persembahan eksklusif dari album “THIS IS THE A.C.A.B.”, yang merupakan album indie terlaris di Malaysia selama tiga minggu berturut-turut pada tahun 2006.
Dengan barisan ahli kumpulan asal kembali bersatu, termasuk Max pada vokal dan gitar, Edy dengan gitarnya, Irfan di dram, serta Mono yang mengambil alih bass, malam itu dijanjikan penuh dengan nostalgia dan kehangatan.
Tiket untuk acara ini telah mula dijual, dengan harga early bird RM95 sudah habis terjual. Namun, jangan risau, anda masih boleh mendapatkan tiket pre-sale pada harga RM115 atau memilih untuk membeli tiket di tempat pada harga RM135. Untuk pembelian tiket, layari www.myticketempire.com/thisistheacab.
Ads
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari malam yang akan dikenang ini. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini mereka menerusi Instagram mereka, www.instagram.com/theacab05.
Ingat, ini bukan hanya sebuah konsert, tetapi sebuah perjumpaan nostalgia yang akan mengembalikan kenangan indah bersama THE A.C.A.B.
Pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah muzik indie Malaysia pada malam itu. Jangan tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan kembalinya legenda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Budaya ‘tak kisah’ ini bukan suatu perkara yang luar biasa. Kata-kata “Ada aku kisah?” sudah menjadi suatu yang sangat biasa dalam kalangan orang muda sekarang. Pada yang lebih dewasa pula, mereka mungkin cenderung kepada sikap ‘tidak ambil kisah’ kerana pelbagai punca dan tekanan sekitar.
Namun sebenarnya tanpa kita sedar, disebabkan sikap “Why should I care what other people think of me?” itulah yang menyuburkan sikap keakuan dan mementingkan diri sendiri. Ramai orang tidak kisah lagi dengan pendapat orang lain kerana merasakan itu semua tidak penting. Malah ada yang ambil sikap tak mahu kisah dengan orang lain hatta apabila melihat maksiat berlaku depan mata.
Kata ‘kisah’ ini merujuk pada peduli, prihatin dan ambil tahu. Secara tidak langsung, mengajak kita supaya mengasihi saudara seIslam yang lain. Salah satu syarat bagi mendapat keredaan Allah adalah dengan mengasihi saudara seagamanya seperti ditegaskan hadis, Daripada Abu Hamzah, Anas Ibn Malik, Nabi bersabda, “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terdapat budaya ‘tak kisah’ yang positif dan ada budaya ‘tak kisah’ yang negatif. Terpulanglah bagaimana kita memberikan tanggapan kepada sesuatu isu berdasarkan prinsip, etika, kebiasaan dan amalan masyarakat. Berikut beberapa perkara mengenai budaya ‘tak kisah’ yang boleh kita fikirkan bersama-sama:
‘Tak kisah’ yang positif.
Positifnya budaya tak kisah, apabila kita mengambil pendekatan bersederhana dalam hidup dan tidak mendesak diri untuk mencapai sesuatu yang di luar jangkaan. Kita mungkin ketua dalam organisasi besar tetapi tak kisah untuk sama-sama berada bersama orang bawahan mendengar masalah dan luahan hati mereka. Kita barangkali orang yang dikategorikan berjaya dalam kelas tersendiri tetapi tak kisah berkongsi tip kejayaan kita dengan orang lain.
Kita juga mungkin orang yang murah rezeki tetapi tak kisah untuk berbahagi rezeki dengan orang yang memerlukan. Kita juga mungkin individu yang dihormati dan ada kedudukan dalam masyarakat, tetapi tak kisah dengan segala kekurangan dan protokol, tak kisah jika tiada hamparan karpet merah atau juadah ikut selera sendiri.
Sikap ‘tak kisah’ dalam konteks ini bermakna kita tak cerewet, tak mengada-ada dan boleh bertolak ansur. Tentunya ini akan memberikan kesan yang positif pada kita juga. Kita akan lebih dihormati dan dikagumi dalam kalangan masyarakat. Kepimpinan, kredibiliti dan usaha kita akan lebih diyakini dan diterima ramai kerana kita menunjukkan sikap merendah diri dan ikhlas secara tidak langsung.
‘Tak kisah’ yang negatif
Ada yang bersikap tak kisah kononnya kerana tidak mahu ambil tahu hal orang. Lalu dia tak kisah apa yang berlaku sekitarnya; kematian jiran tetangga, kenduri-kendara atau kerja kemasyarakatan. Malah dia tak kisah apabila melihat kemungkaran berlaku depan mata, tidak ada inisiatif untuk menegur atau membetulkan keadaan. Prinsip ‘tak kisah’nya kerana (kononnya) tidak mahu menjaga tepi kain orang, kerana sibuk uruskan hal sendiri dan tiada masa untuk ambil tahu hal orang.
Sikap ini sudah tentulah bertentangan pesanan Rasulullah yang menyuruh kita agar membetulkan kesumbangan yang berlaku dengan apa cara sekali pun, yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri. Rasulullah berpesan, “Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sikap ambil kisah tidak semestinya dengan memberi nasihat orang yang berkenaan tetapi juga melalui perbuatan yang baik, yang dapat menunjukkan seseorang jalan yang lurus. Nasihat yang baik adalah nasihat yang diberikan secara tidak langsung, yang tidak menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang yang dinasihati.
Tahu perkara ‘perlu kisah’ dan ‘tak perlu kisah’
Kita perlu tahu keutamaan, tahu yang mana perlu ambil kisah dan yang mana tak perlu kisah. Ada orang yang terlalu tak kisah akan pandangan orang terhadapnya, sedangkan dia pun tahu bahawa sikapnya sendiri tidaklah sebaik mana dan langsung tidak boleh dicontohi. Namun kerana sikap tak kisahnya itu, dia abaikan teguran dan pandangan orang lain.
Ada orang pula yang terlalu ambil kisah akan pandangan orang terhadapnya sehingga pendapat yang remeh-temeh juga dipandang serius, seterusnya membebankan dirinya sendiri. Pandang dahulu yang bercakap itu, adakah dia ikhlas hendak membetulkan, atau sekadar mahu mempermainkan atau dia memang cemburu?
Sikap terlalu sensitive kepada kata-kata orang juga boleh memakan dan menyusahkan diri sendiri. Oleh itu, kita sendiri perlu tahu mana yang harus diutamakan kerana tidak semuanya perlu kita ambil tahu. Ambil yang baik sahaja, yang boleh membantu memperbaiki kekurangan diri kita. Yang tidak baik dan tidak sesuai, elok sisihkan sahaja daripada hati dan tak perlu ambil kisah.
Jangan buat andaian
Walaupun kita sendiri mungkin mengamalkan sikap ‘tak kisah’, namun tidak wajar kita membuat andaian orang lain juga tak kisah. Katakan, kita sudah terbiasa bergurau cara kasar dan orang yang biasa dengan kita tak kisah dengan cara kita, namun cara itu tidak wajar kita teruskan apabila berada dengan orang yang baru kita kenali atau jarang-jarang kita jumpa.
Begitu juga dalam pergaulan, kita selalu menganggap kawan kita tak kisah dengan apa yang kita tuturkan kepadanya. Kita tak kisah perasaannya yang barangkali tersinggung atau terluka dengan kata-kata kita. Dalam keluarga, kadangkala kita mengabaikan perasaan ibu bapa, pasangan, dan anak-anak, kerana kita menganggap mereka tak kisah. Mereka mungkin tidak merungut atau tidak menegur tetapi itu tidak bermakna mereka tak kisah.
Oleh itu, kita jangan lupa, bahawa orang lain mungkin dapat melupakan apa yang kita cakap, orang mungkin dapat lupakan apa yang kita sudah buat tetapi mereka tidak mungkin lupa perasaan mereka yang tercalar akibat cakap dan perbuatan kita.
Budaya ‘kisah’ itu mesti dimulakan dari rumah sendiri
Budaya peduli dan prihatin sewajarnya bermula dari rumah dan keluarga sendiri. Orang yang lebih tua sepatutnya mengambil tugas berkenaan. Agak malanglah jika orang yang lebih tua sendiri gagal menunjukkan contoh yang baik. Contohnya, orang yang lebih tua pun tidak bercakap sopan dengan anak-anak, tidak berpakaian sempurna, malah ada ibu bapa tidak kisah anak-anak balik lewat malam dan ke sana ke mari dengan teman wanita atau teman lelaki masing-masing.
Alangkah eloknya jika ibu bapa atau orang lebih tua dapat menunjukkan contoh teladan melalui interaksi yang baik, aktiviti berjemaah dan bertolak ansur. Bermula dari rumah, dengan didikan ibu bapa serta orang yang lebih tua, nilai ‘ambil kisah’ dapat dipupuk dalam diri dan sekali gus dapat menangkis sikap ‘tak kisah’ yang jadi sebahagian mentaliti kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus kita semua tempuhi sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada tahun lalu. Selain menyaksikan ramai rakyat Malaysia kehilagan nyawa akibat wabak ini, ribuan dilaporkan telah kehilangan pekerjaan.
Masalah kesihatan mental juga telah meningkat berkali ganda sehingga kes bunuh diri sentiasa menjadi tajuk-tajuk akhbar. Berdepan cabaran ini juga tidak mudah buat ramai pasangan yang mula mendapati mereka tidak sehaluan.
Pada sidang Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan kira-kira 78,000 kes perceraian telah direkodkan di seluruh negara sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada tahun lalu.
Jelas beliau, sebanyak 10.346 kes perceraian melibatkan pasangan bukan beragama Islam manakala 66,440 kes pula melibatkan pasangan beragama Islam di antara bulan Mac tahun lalu dan Ogos tahun ini.
Kes perceraian di kalangan pasangan beragama Islam paling tinggi dicatatkan di Johor dengan 7,558 dan diikuti oleh Kedah (5,985) dan Kelantan (5,082). Manakala kes perceraian pasangan bukan beragama Islam paling tinggi pula dicatatkan di negeri Selangor sebanyak 3,160 kes dan diikuti Kuala Lumpur (2,893) dan Perak (1,209).
BERI TEKANAN KEPADA PASANGAN
Perdana Menteri turut ambil maklum bahawa kesan pandemik dan juga Perintah Kawalan Pergerakan telah sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pasangan yang sudah berkahwin serta institusi keluarga.
“Kehidupan di bawah norma baharu telah memberikan impak terhadap aspek kehidupan terutamanya isntitusi kekeluargaan,” jelas Datuk Ismail Sabri pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Berikutan pencerahan kondisi ini, beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) teah menjalankan tinjauan bermula di antara 5 Mac lalu untuk mengkaji impak pandemik terhadap pasangan yang sudah berkahwin.
Tinjauan tersebut menyaksikan seramai 1,148 pasangan berkahwin yang mempunyai cahaya mata berusia di antara tujuh hingga 24 tahun.
Jelasnya, menerusi tinjauan tersebut mereka mendapat 80% ibu bapa tersebut berdepan dengan masalah ekonomi dan tekanan mental berikutan gelombang ketiga wabak ini pada awal tahun lalu. Manakala 28% lagi berdepan masalah ekonomi yang semakin teruk berbanding Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelumnya.
Manakala 63% daripada mereka juga mengakui berdepan masalah kemurungan. Masalah tekanan menyaksikan 20% daripada ibu bapa tersebut mengakui semakin sukar mengawal kemarahan mereka.
Ia dikuti dengan masalah sukar tidur, sakit kepala dan juga sakit perut. Namun terdapat perkara positif yang ditemui dengan mendapati kira-kira 96.1% ibu bapa bersetuju mendapatkan vaksinasi bersama keluarga masing-masing demi mendapatkan imuniti kelompok negara.
Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa usaha berterusan akan diambol untuk membantu mana-mana pihak yang terkesan dengan inisiatf yang kompreshensif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Amy Search, penyanyi rock legenda, memberitahu peminatnya di media sosial bahawa di telah menjejakkan kaki ke gunung Annapurna, Nepal dan misinya untuk menawan puncak gunung kedua terkenal itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menggunakan platform Instagram untuk berkongsi perkembangan perjalanannya mendaki puncak gunung tersebut bersama isterinya dan rakan-rakan yang lain.
Amy berkongsi bahawa dia telah berjaya dalam misinya menawan puncak gunung Annapurna dan kejayaan itu nyata membuatnya sebak dan terharu kerana berupaya melengkapkan misinya.
Untuk pengetahun Annapurna Base Camp( ABC) merupakan jalur pendakian gunung kedua popular di Nepal, selepas Everest. Selain itu ia juga salah satu daripada tiga puncak tertinggi yang terdapat di pergunungan Himalaya. Jadi kira hebat jugak lah Amy menawan puncak ini di usia 60 tahun.
Ini kita lihat pengalaman yang dikongsikan oleh Amy search sebelum beliau sampai ke puncak gunung ini.
Tidak Putus Asa & Saat-saat Terindah Itu Akhirnya Sampai Jua
Saat ini ABC hanya lebih kurang 200meter dari pandangan dan salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dn sweeper utk pastikan semua dlm keadaan steady. Masa salji turun happy sngt rasa. Aku ckp kt Jamal kita pelan2 kayuh. Aku ingat lagi terjumpa dua org peminat cina pesan jgn kelam kabut atau erti kata utk elakkan terkena EMS. Lepas salji terhenti keadaan jadi sejuk dan dapat aku rasa tangan aku rasa sejuk yg teramat. Aku cakap dekat Loe aku perlu mountain jacket pda porter Gopal dan Loe beri gloves untuk aku pakai. Loe terus jalan dulu untuk inform porter Gopal hntar mountain jacket aku. Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan.
Jika sblom ni setiap 10 langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3 langkah aku berhenti amik nafas. 3 langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku. Wife dn yg lain semua nya dh smpai cuma aku dn Jamal jer. Aku terasa panic bila aku tngok Jamal dh mula mcm nk muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dn tiba2 berbunyi ‘ting’ di belakang telinga aku.
Aku berhenti amik nafas yg dlm. Porter Raj dtg bertnya aku ok tk? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia utk aku pakai dn beri aku air halia suam dn coklat. Dlm perjlnan porter Raj ckp nourish on walkie talkie nk ckp dgn aku. Wife aku ckp ” sayang u cn do it” aku jwp I will be there tpi dia bunyi dlm kebimbangan sbab aku tnpa mountain jacket dn suhu smakin lama smakin sejuk. Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah. Seminit lps tu porter Milan dn porter Purna smpai dgn mountain jacket dn bantu aku jln menuju ke puncak impian yg hnya 100meter di hadapan. Saat2 terindah itu akhir nya smpai jua. Isteri mnyambut aku di gerbang itu. keadaan yg berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba2 terbuka mnyambut kedatangan aku… begitu lah kebesaran Allah. Syukur Alhamdulillah