Ini merupakan perkhabaran baik buat kira-kira 5,000 penyokong pasukan Malaysia pulang hampa semalam apabila tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 habis dijual.
Peminat bola sepak yang gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 di antara Malaysia dan Thailand malam ini, boleh menonton perlawanan tersebut di panggung wayang TGV yang terpilih dengan percuma.
Perkara itu diumumkan di laman Facebook panggung itu semalam.Jadi apa tunggu lagi, walau tiket habis kita mampu semarakkan api semangat Malaysia Boleh!!!!
Mereka yang berminat untuk mendapatkan tempat perlu mendaftar di laman sesawang http://bit.ly/TGV-SEAGames-Footy-Finals