TGV Malaysia Nafi Panggung Wayang Berkulat Berlaku Di Premis Mereka

Share

Dalam beberapa hari lalu telah tular beberapa foto menunjukkan keadaan di dalam panggung wayang yang terjejas dengan kerusinya yang dipenuhi dengan kulat akibat terbiar lama kerana tidak beroperasi dalam masa yang lama.

Beberapa pihak mendakwa foto tersebut berlaku di dalam negara kita namun sampai sekarang tidak mendapat pengesahan dari mana-mana pihak.

Salah sebuah penyedia perkhidmatan premis panggung wayang terkemuka di Malaysia, TGV Cinemas telah tampil menafikan bahawa foto-foto yang tular tersebut berlaku di dalam premis mereka.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan TGV Cinemas kepada pihak media semalam, mereka telah meakukan siasatan dalaman dan mendapati bahawa foto tersebut tidak berlaku di dalam mana-mana premis panggung wayang mereka.

TGV Cinemas turut menegaskan bahawa faktor keselamatan serta keselesaan pengunjung serta pekerja mereka sentiasa menjadi keutamaan utama. Sejak dari dulu amalan kebersihan pada tahap paling tinggi telah menjadi amalam syarikat mereka.

Foto yang tular ini tidak berlaku di mana-mana premis TGV Cinemas Malaysia.

Antaranya melakukan pembersihan panggung wayang secara menyeluruh setiap kali selepas tayangan dilakukan dan perlatan di Candy Bar mereka juga dibasuh serta dicuci setiap hari.

Walaupun tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, TGV Cinemas tidak pernah mengabaikan aspek kebersihan premisnya. Malah pengurus setiap cawangan melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali seminggui bagi memastikan setiap kebersihan perlatan seperti kerusi, tirai, karpet dan juga skrin sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.

Segala peralatan juga disimpan dalam keadaan yang baik dengan meakukan proses sanitasi dan mengikuti piawaian kebersihan yang telah lama syarikat mereka amalkan.

Selain itu, TGV Cinemas turut mengumumkan bahawa jika dibenarkan beroperasi pada masa akan datang di kesemua 36 cawangannya mereka akan megambil langkah-langkah penjagaan seperti berikut:

1. Meletakkan hand sanitizer di kesemua premis

2. Pemeriksaan suhu badan setiap pelanggan yang ingin masuk ke premis

3. Melakukan sanitasi menyeluruh terutamanya di tempat duduk panggung wayang

4. Meletakkan penanda bagi penjarakan sosial

5. Sistem kedudukan kerusi mengamalkan penjarakan sosial

6. Menjarakkan masa di antara setiap tayangan bagi memberi masa proses sanitasi dilakukan

7. Melakukan PSA sepanjang masa di skrin

8. Para pekerjanya wajib menjalani pemeriksaan suhu badan dua kali sehari, memakai pelitup muka dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim