Dalam beberapa hari lalu telah tular beberapa foto menunjukkan keadaan di dalam panggung wayang yang terjejas dengan kerusinya yang dipenuhi dengan kulat akibat terbiar lama kerana tidak beroperasi dalam masa yang lama.
Beberapa pihak mendakwa foto tersebut berlaku di dalam negara kita namun sampai sekarang tidak mendapat pengesahan dari mana-mana pihak.
Salah sebuah penyedia perkhidmatan premis panggung wayang terkemuka di Malaysia, TGV Cinemas telah tampil menafikan bahawa foto-foto yang tular tersebut berlaku di dalam premis mereka.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan TGV Cinemas kepada pihak media semalam, mereka telah meakukan siasatan dalaman dan mendapati bahawa foto tersebut tidak berlaku di dalam mana-mana premis panggung wayang mereka.
TGV Cinemas turut menegaskan bahawa faktor keselamatan serta keselesaan pengunjung serta pekerja mereka sentiasa menjadi keutamaan utama. Sejak dari dulu amalan kebersihan pada tahap paling tinggi telah menjadi amalam syarikat mereka.
Antaranya melakukan pembersihan panggung wayang secara menyeluruh setiap kali selepas tayangan dilakukan dan perlatan di Candy Bar mereka juga dibasuh serta dicuci setiap hari.
Ads
Walaupun tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, TGV Cinemas tidak pernah mengabaikan aspek kebersihan premisnya. Malah pengurus setiap cawangan melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali seminggui bagi memastikan setiap kebersihan perlatan seperti kerusi, tirai, karpet dan juga skrin sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.
Segala peralatan juga disimpan dalam keadaan yang baik dengan meakukan proses sanitasi dan mengikuti piawaian kebersihan yang telah lama syarikat mereka amalkan.
Selain itu, TGV Cinemas turut mengumumkan bahawa jika dibenarkan beroperasi pada masa akan datang di kesemua 36 cawangannya mereka akan megambil langkah-langkah penjagaan seperti berikut:
Ads
1. Meletakkan hand sanitizer di kesemua premis
2. Pemeriksaan suhu badan setiap pelanggan yang ingin masuk ke premis
3. Melakukan sanitasi menyeluruh terutamanya di tempat duduk panggung wayang
Ads
4. Meletakkan penanda bagi penjarakan sosial
5. Sistem kedudukan kerusi mengamalkan penjarakan sosial
6. Menjarakkan masa di antara setiap tayangan bagi memberi masa proses sanitasi dilakukan
7. Melakukan PSA sepanjang masa di skrin
8. Para pekerjanya wajib menjalani pemeriksaan suhu badan dua kali sehari, memakai pelitup muka dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan
Tidur bukan keutamaan
Kebanyakan orang meremehkan waktu tidur mereka dan lebih memilih melakukan kegiatan lain seperti bermain permainan video, melepak dengan kawan-kawan di luar atau menonton cerita lewat malam daripada tidur mengikut waktunya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur cenderung akan mengambil lebih banyak kalori dibandingkan orang yang cukup tidur kerana mempunyai masa yang ada dengan makan, bukan berehat atau tidur. Jika anda sudah terbiasa dengan kurang tidur, berkemungkinan besar anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori sehingga membuatkan anda lebih cepat gemuk.
Kualiti tidur rendah
Jika anda merupakan orang yang jenis tepat pada waktunya, tetapi mudah terbangun pada tengah malam ataupun tidur yang mudah terganggu, itu bermakna anda mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Kualiti tidur yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana mudah merasa tertekan. Kualiti tidur seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal kecemasan, stres dan seumpamanya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, seelok-eloknya lakukan sedikit senaman atau meditasi. Matikan segala objek elektronik atau letak dalam mod silent agar tidur anda tidak terganggu dengan bunyinya.
Makan sebelum tidur
Makan sebelum masuk tidur adalah tabiat yang tidak elok. Kesannya anda akan mengambil lebih makanan berat dan berkalori tinggi dengan berharap dapat tidur lebih lama dan nyenyak. Tabiat ini boleh diubah jika anda masih berasa lapar sebelum tidur dengan mengambil minuman segelas susu atau malt coklat dan beberapa biji kurma atau kismis. Makanan ini tidak mengenyangkan tetapi mampu menahan perut anda dari terus lapar. Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berpudina bagi mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam.
Bangun lewat
Adakah anda seorang yang suka tidur lewat atau kerap menukar kepada mod snooze tiap kali alarm telefon berbunyi? Sebaiknya ubah tabiat itu dengan terus bangun dan jangan sambung tidur. Tidur lewat akan membuatkan anda akan bangun lewat pada keesokannya harinya dan ini akan membuatkan anda berada dalam keadaan lapar dua kali ganda dari biasa. Tidak hairan jika ada kemungkinannya anda akan makan dengan banyak. Tabiat ini jika tidak diubah lama-kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, tidurlah di awal waktu dan ini akan membuatkan anda bangun pagi lebih awal.
Jadi, waktu sarapan anda lebih teratur dan berpada-pada. Atasinya dengan segera bangun jika terjaga dengan bunyi alarm walaupun masih terasa mengantuk dan buat sedikit regangan dan senaman ringan. Hirup udara pagi yang segar mampu membuatkan anda terasa lebih cergas untuk memulakan hari baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak korang rasa sangat ‘sengkek’ dan sesak tiap kali hujung bulan, lagi-lagi kalau bekerja makan gaji. Silap hari bulan siap kena buat ‘advance’ dengan majikan ataupun meminjam duit rakan-rakan yang lain. Memang pening kepala dibuatnya.
Tetapi adakah kita tertanya-tanya, mengapa gaji sering tidak cukup walaupun sudah bermacam cara dilakukan, seperti berjimat cermat dan melakukan senarai keperluan apa yang perlu dibeli sahaja. Di sinilah segala persoalan yang bermain difikiran itu terungkai satu persatu.
Marilah kita lihat jika ada antara perkara atau kelakuan yang kita lakukan dibawah yang sering kita lakukan ketika menjalankan tugas seharian.
Mungkin inilah punca rezeki yang kita terima tidak berkat;
#1 – Datang Lewat Ke Pejabat
Ketika mendapat pekerjaan, kita telah menandatangani kontrak waktu pejabat yang perlu kita datang dan balik. Kita datang lewat dan minta kawan punch cardkehadiran dan pulang awal.
#2 – Melengahkkan Kerja
Jika kerja bermula pukul 8.00 pagi, masa tersebut digunakan untuk ke kafe atau gerai yang berdekatan untuk membeli sarapan, tidak sempat masak katanya sebab sibuk menyiapkan anak nak sekolah dan suami. Akhirnya pukul 8.30 atau 9.00 pagi baru mula kerja
#3 – Menggunakan Harta Syarikat Untuk Tujuan Sendiri
Alat tulis merupakan harta pejabat yang sering disalah gunakan. Ada yang membawa balik untuk tujuan peribadi atau anak-anak dirumah
#4 – Membuat Tuntutan Melebihi Apa Yang Dikerjakan
Membuat tuntutan kerja lebih masa atau perjalanan melebihi dari apa yang dikerjakan bukan sahaja salah di sisi undang-undang syarikat malah lebih teruk lagi duit tersebut merupakan duit haram
#5 – Bermain Telefon Bimbit Ketika Bertugas
Terdapat banyak aplikasi di dalam telefon bimbit seperti permainan dan swafoto digunakan ketika waktu pejabat. Kaum Adam yang kebiasaan menjuarai permainan online juga tidak melepaskan peluang bermain pada waktu pejabat.
#6 – Membeli Belah Secara Online
Laman web membeli belah secara online begitu popular sekarang. Kesempatan ini diambil oleh kaum Hawa membeli dan melihat pelbagai barangan yang dijual supaya mudah bagi mereka hendak membeli ketika mendapat gaji bulanan nanti.
Laman web untuk membida barangan pada harga yang tidak masuk akal juga sering dilayari pada waktu pejabat.
Jika anda mempunyai rakan-rakan dari bidang teknologi maklumat, anda boleh bertanya pada mereka laman web yang sering dilayari oleh staff pejabat.
Pelbagai implikasi yang sering kita lihat dan dengar hasil dari gaji yang tidak berkat ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebiasaannya kita dengar pepatah kerana mulut badan binasa. Tapi dalam kes ini, kerana anak habis wang hangus binasa! Satu kejadian yang telah tular pada Isnin lalu di Hong Kong menyaksikan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah menyebabkan sebuah arca atau patung karakter program pra-sekolah terkenal, Teletubbies.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai mainan popular terletak di Mong Kok. Difahamkan kakitangan kedai tersebut telah menuduh kanak-kanak itu ‘menendang’ patung karakter tersebut dan menyebabkan ia jatuh dan pecah.
Ibu bapanya pula dilaporkan tidak menyedari kejadian tersebut dan telah mempercayai kata-kata kakitangan itu lalu membayar ganti rugi sebanyak HKD33,600 (RM18,801). Akan tetapi selepas itu video rakaman kejadian sebenar telah dimuat naik di atas talian dan membuktikan sebaliknya.
Menerusi rakaman tersebut kanak-kanak itu dilihat secara tidak sengaja bersandar di sisi patung tersebut kerana ingin mengelak kesesakan orang ramai di dalam kedai. Perkara itulah yang menyebabkan punca sebenar patung itu jatuh dan pecah.
Malah, kanak-kanak itu juga dilihat cuba menyelamatkan patung itu kerana menyedari pintu berhampiran bukanlah sebuah pintu yang tetap. Rakaman video tersebut lantas tular dan menyebabkan perbincangan hangat.
Dalam perkembagan terbaru semalam, syarikat yang memiliki kedai mainan tersebut iaityu Kidsland Holding Limoted, telah mengumumkan bahawa mereka telah memulangkan semula wang yang dibayar ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Mereka turut meminta maaf di atas kejadian yang telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna terutamanya keluarga tersebut.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuk kita terutamanya yang memiliki anak kecil. Pemilik perniagaan dan pengguna harus sama-sama lebih bertenang dan siasat perkara sebenar sebelum menunding jari.