Dalam tempoh beberapa tahun ini agak tular diperkatakan tentang mata wang kripto bitcoin. Untuk memperincikan tentang apa itu bitcoin mungkin kita boleh bicarakannya di dalam artikel berbeza.
Namun apa yang pasti, penggunaan bitcoin dilihat semakin popular terutamanya di kalangan pengguna tegar Internet terutamanya di Amerika Syarikat. Terbaru, syarikat gergasi pembikin kenderaan eletrik tersohor, Tesla mengumumkan bahawa mereka telah melabur sebanyak USD1.5 bilion di dalam mata wang kriptp bitcoin.
Menerusi laporan tahunan 10-K bersama SEC semalam, Tesla turut menyatakan pelaburan mereka ke atas mata wang kripto tersebut.
Malah berita paling menggemparkan mereka turut mengumumkan akan menerima pembelian produk mereka daripada pengguna yang membayarnya menggunakan bitcoin.
Pengguna dan pelanggan Tesla terutamanya sudah lama dilaporkan menggesa CEO Tesla, Elon Musk untuk menerima bitcoin sebagai salah satu mata wang pembayaran. Menerusi laman media sosial Twitter, Elon Musk juga dilihat sangat lantang menyokong penggunaan botcoin. Malah turut menggunakan tanda pagar #bitcoin sebagai tanda sokongannya baru-baru ini.
BACA: Wak Doyok Bikin Ford Raptor F-150, Tak Sanggup Bawa Keluar Bila Hujan Sebab Sayang
Perkembangan terbaru ini sudah pastinya memberikan kegembiraan terutamanya buat pengumpul bitcoin yang setia. Selain itu, penglibatan yang cukup signifikan ini dilihat bakal membuka ruang kepada mata wang kritp bitcoin untuk diterima dalam urus niaga bersama syarikat-syarikat lain juga.
Jadi adakah lebnih banyak syarikat gergasi akan mengikuti jejak langkah seperti Tesla? Segalanya mungkin dan tiada siapa yang dapat menjangkakannya. Dengan reputasi Elon Musk, peramal ekonomi menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak mustahil.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!