Ada mitos yang mengatakan terung tidak baik untuk alat sulit lelaki dan menjadikan ia mudah ‘layu’. Apa benar dakwaan ini? Ia ternyata salah berdasarkan laman sesawang vemale.com. Ini kerana terung sebenarnya mengandungi flavonoid, kandungan yang berkhasiat bertindak sebagai anti oksidan dalam melancarkan pengaliran darah. Malah, tidak secara langsung membuatkan aliran darah menuju deras dan menguatkan kekuatan alat sulit lelaki. Malah, terung didapati boleh mengurangkan tahap kolestrol seseorang.
AGIHAN KERJA TINGKAT KUALITI SEKS
Ads
Berdasarkan realsimple.com, para penyelidik dari University of Alberta mendapati pasangan yang memiliki aturan seks hangat adalah pasangan yang mempunyai sumbangan adil dalam tugasan kerja rumah. Kajian melibatkan dua pemboleh ubah, penglibatan lelaki dalam pekerjaan serta persepsi lelaki pembahagian tugas tersebut dirasakan adil atau tidak. Hasilnya? Mereka yang merasakan pembahagian tugas adil, mempunyai kepuasan lebih tinggi dalam soal seks. “Dalam apa juga hubungan, jumlah tugasan kerja tentunya berbeza bagi setiap pasangan. Tetapi kajian ini dilihat daripada perbandingan apa yang mereka harapkan dari pasangan masing-masing,” jelas Dr. Matt Johnson, ketua penyelidik.
Ads
G-SPOT BUKAN SATU SAHAJA!
Ramai lelaki mendakwa sukar untuk menemui g-spot pasangan ataupun lebih dikenali sebagai titik rangsangan pada tubuh wanita dalam memuaskan mereka. Namun ketahuilah, titik rangsangan bukanlah hanya pada bahagian intim wanita atau titik erotik seperti yang diketahui ramai. Padahal, titik rangsangan berbeza mengikut individu dan sebenarnya banyak lagi bahagian yang perlu diterokai untuk merangsangnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jutaan lelaki yang berada di United Kingdom mengalami masalah terutamanya ketika bersama pasangan akibat dari kewujudan pelbagai faktor, termasuk umur, obesiti serta penyakit seperti diabetis dan kini, saintis mendakwa bahawa terdapat punca lain yang boleh menjejaskan kemampuan seksual lelaki iaitu jenis darah.
KAJIAN MENDAPATI BAHAWA LELAKI YANG MEMILIKI DARAH JENIS A, B ATAU AB MEMPUNYAI KEMUNGKINAN EMPAT KALI GANDA UNTUK MENGALAMI MASALAH LEMAH TENAGA BATIN ATAUPUN MATI PUCUK BERBANDING MEREKA YANG DARAHNYA DARI JENIS O. KIRA-KIRA 44 PERATUS LELAKI DI UNITED KINGDOM DIDAPATI MEMILIKI DARAH DARI JENIS O.
Kajian terbaru mendapati bahawa seorang daripada setiap 10 lelaki mengalami masalah mati pucuk pada satu-satu masa ketika dalam riwayatnya dengan satu pertiga mengalaminya selepas berusia 40 tahun. Kajian terbaru menunjukkan jenis darah turut mempengaruhi kemampuan seksual lelaki itu seperti yang dilakukan oleh pasukan di Universiti Ordu, Turki.
Mereka menggunakan 350 lelaki yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang memiliki zakar bermasalah untuk tegang dan yang sukar untuk memastikan ketegangan zakar tersebut berterusan.
Jenis darah mereka kemudian diperiksa dan hasilnya seperti yang disiarkan dalam Archives of Italian Urology and Andrology, mendapati bahawa lelaki yang darahnya dari jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda untuk gagal berhubungan bersama pasangan berbanding mereka yang berdarah O.
HANYA 16 PERATUS DARIPADA MEREKA YANG BERDARAH O DIDAPATI MENGHADAPI MASALAH UNTUK TEGANG BERBANDING 42 PERATUS DARI MEREKA YANG BERDARAH JENIS A.
Saintis yang membuat penemuan itu juga turut menyatakan fakta itu menyokong kajian mereka sebelum ini bahawa jenis darah juga boleh mempengaruhi kemungkinan untuk mendapat risiko sakit jantung.
Tidak dapat dipastikan bagaimana jenis darah boleh mempengaruhi kemampuan seksual secara jelas namun sejak 100 tahun lalu, saintis telah mengesyaki ia boleh mempengaruhi kesihatan, termasuk kemungkinan menyebabkan sakit jantung, barah, ketidaksuburan dan ulser.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketika berlari, kadar degupan jantung atau heart rate meningkat kerana badan memerlukan lebih banyak oksigen untuk menampung keperluan tenaga.
Namun, jika kadar heart rate (HR) terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan keletihan cepat, menjejaskan prestasi, dan dalam kes tertentu, memberi tekanan kepada jantung.
Oleh itu, memahami kemampuan jantung dan mengetahui cara untuk mengekalkan heart rate pada tahap optimum semasa berlari adalah kunci kepada larian yang lebih efisien dan selamat.
Berikut adalah beberapa cara terbaik untuk menurunkan kadar heart rate semasa larian:
1. Pemanasan yang Betul
Jangan terus memulakan larian dengan kelajuan tinggi. Lakukan dynamic warm-up seperti pergerakan sendi, lunges, dan skipping ringan selama 5-10 minit.
Ini membantu badan bersedia secara beransur-ansur dan mengelakkan lonjakan mendadak pada HR.
2. Teknik Pernafasan Betul
Pernafasan yang tidak terkawal boleh menyebabkan heart rate meningkat secara drastik. Gunakan teknik pernafasan diafragma iaitu bernafas dalam melalui hidung dan keluar melalui mulut.
Teknik bernafas mengikut rentak larian (contohnya, tarik nafas setiap dua atau tiga langkah) juga membantu menstabilkan HR.
3. Pilih Pace yang Sesuai dengan Kapasiti Jantung
Jangan terlalu memaksa diri untuk berlari pada kelajuan tinggi sejak awal. Gunakan kaedah “conversational pace”, di mana anda boleh berlari sambil berbual tanpa terlalu tercungap-cungap. Jika anda sukar bercakap, itu petanda heart rate mungkin terlalu tinggi.
4. Gunakan Teknik Larian yang Efisien
Cara larian yang betul dapat membantu mengurangkan tekanan ke atas jantung. Pastikan postur tegak, langkah tidak terlalu panjang, dan pergerakan tangan selari dengan badan.
Elakkan hentakan kaki yang kuat kerana ini boleh meningkatkan penggunaan tenaga secara berlebihan.
5. Amalkan Latihan Kekuatan dan Ketahanan Kardiovaskular
Latihan kekuatan seperti squats, lunges, dan deadlifts membantu membina otot yang lebih efisien dalam menggunakan oksigen.
Manakala latihan kardiovaskular seperti berbasikal, berenang, atau senaman HIIT ringan boleh meningkatkan keupayaan jantung untuk bekerja dengan lebih cekap.
6. Pastikan Tubuh Kekal Hidrat dan Dapat Nutrisi Mencukupi
Dehidrasi boleh menyebabkan heart rate meningkat lebih tinggi daripada biasa kerana darah menjadi lebih pekat, menyukarkan jantung untuk mengepam oksigen.
Minum air secukupnya sebelum, semasa, dan selepas larian. Pastikan juga pengambilan makanan kaya elektrolit seperti pisang, air kelapa, dan makanan yang mengandungi sodium dan potassium.
7. Kawal Tekanan dan Kurangkan Stres Semasa Berlari
Stres boleh menyebabkan sistem saraf autonomi menjadi terlalu aktif, sekali gus meningkatkan HR.
Sebelum berlari, amalkan teknik meditasi ringan atau visualisasi positif. Semasa larian, cuba nikmati persekitaran dan kekalkan minda yang tenang.
8. Gunakan Kaedah Latihan Polarized atau Zone Training
Latihan berasaskan heart rate seperti zone training membolehkan anda mengawal intensiti larian dengan lebih baik.
Contohnya, gunakan Zone 2 (60-70% kadar maksima heart rate) untuk sesi larian jarak jauh bagi meningkatkan daya tahan jantung.
9. Beri Masa untuk Pemulihan yang Cukup
Latihan berlebihan tanpa rehat mencukupi boleh meningkatkan heart rate rehat dan semasa larian.
Pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, mengamalkan hari rehat aktif (seperti berjalan santai atau yoga), dan mengambil masa sekurang-kurangnya satu hingga dua hari dalam seminggu untuk pemulihan penuh.
Tip Tambahan
✔ Gunakan jam pintar atau monitor heart rate untuk memantau kadar degupan jantung semasa larian.
✔ Pilih waktu larian yang sesuai – elakkan cuaca terlalu panas yang boleh membebankan jantung.
✔ Lakukan ice bath atau urutan ringan selepas larian untuk membantu pemulihan jantung dan otot.
✔ Dengarkan isyarat badan – jika heart rate terlalu tinggi dan sukar dikawal, kurangkan kelajuan atau ambil rehat seketika.
Dengan mengamalkan teknik yang betul, anda bukan sahaja dapat menurunkan kadar heart rate semasa larian, tetapi juga meningkatkan prestasi, daya tahan, dan keselamatan semasa bersukan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.