Menurut kajian, rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia merupakan pengguna Facebook dan Media Sosial Paling ramai di dunia. Tapi, bila dah obses dengan teknologi, pasti akan beri kesan pada kesihatan.
Ini antara perkara yang akan menyerang mereka yang ketagih dengan teknologi.
Insomnia
Masalah yang terjadi apabila obses dengan teknologi dan ketagih dengan media sosial, terjadilah tabiat berjaga malam dan alami masalah tidur.
Lemah Daya Ingatan
Terlalu bergantung dengan teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan. Bahaya tu!
Ads
Kemurungan
Setiap status dan perkongsian di media sosial boleh mempengaruhi mood seseorang. Ia boleh menjadi perkara negatif dan menimbulkan perasaan cemburu apabila melihat gambar dan membaca status orang lain.
Ads
Jadi Gemuk
Menurut kajian, melihat gambar makanan di laman sosial akan menyebabkan perasaan kurang berpuas hati dengan makanan yang kita nikmati. Fenomena ini juga akan membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.
Ads
Jatuh Sakit
Telefon pintar boleh menjadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor daripada pemegang berus tandas. Jadi pastikan bersihkan telefon pintar anda sekerap mungkin untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Makan durian memang satu nikmat jika anda antara peminat raja buah ini. Aromanya yang memikat selera pasti membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk makan durian apabila tiba musimnya.
Walaupun rasanya enak namun bau durian yang ‘pekat’ boleh membuatkan nafas berbau busuk.
Nafas berbau selepas makan durian lebih-lebih lagi jika anda sendawa pastinya membuatkan orang sekeliling rasa tidak selesa dan pening kepala.
Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh ikuti perkongsian seorang saintis, Dr Suri Roowi tentang cara-cara mudah untuk menghilangkan nafas berbau selepas makan durian.
Semoga dengan adanya tip ini, bolehlah anda mempraktikkannya selepas makan durian.
BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?
Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian?
Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Seorang lelaki tidak semestinya bersifat agresif, egois dan ‘arrogant’ untuk menjadi maskulin. Bagi saya, lelaki maskulin adalah lelaki yang berpersonaliti menarik dan yakin diri. Tidak salah sekiranya lelaki memiliki sifat sensitif. Paling penting, dia tahu apa yang dia buat dan apa yang dia mahu.
Bila bermula?
Kira-kira dua tahun lepas. Ketika baru mula bekerja, badan terasa lesu setiap kali saya pulang ke rumah. Tambah pula badan saya kurus dan saya rasa saya mempunyai keyakinan diri yang rendah. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bersenam di gimnasium. Selain menghilangkan stres dan lesu, hasilnya saya lebih yakin dan percaya diri serta badan lebih sihat, aktif dan produktif.
Lagi pula, ketika zaman persekolahan, saya seorang yang tidak gemar bersukan. Saya hanya menumpukan perhatian pada akademik dan pelajaran. Kawan-kawan menggelarkan saya ‘kaki bangku’ kerana tidak aktif bersukan. Sekarang saya sudah menjumpai alternatif lain selain bersukan iaitu workout atau bersenam di gimnasium. Saya juga mula menghadiri kelas Yoga untuk fleksibiliti.
Rutin harian
Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Senaman kardio tiga kali seminggu dan Yoga sekali seminggu. Saya lebih gemar melakukan bodyweight training berbanding heavyweight training.
Idola dan inspirasi
Adi Gillespie. Dia seorang fitness influencer, peragawan dan juga jurulatih kecergasan. Saya mula mengikuti perkembangan Adi di akaun Instagram miliknya. Dia juga merupakan bekas tentera Amerika Syarikat. Adi banyak melakukan aktiviti kecergasan yang melibatkan bodyweight training sama seperti saya. Beliau juga mempraktikkan pengambilan diet pemakanan yang natural dengan supplements dan Whey Protein serta tidak sesekali mengambil sebarang dadah atau steroid. Dia juga seorang usahawan yang menjual persalinan dan barang-barang sukan dan kecergasan, Admire yang berbasis di London, England, Adi Gillespie bukan sahaja memiliki otot yang kekar malah otak yang geliga kerana dia menggunakan bakat kecergasannya ke arah perniagaan. That inspired me the most.
Tip kecergasan untuk usahawan
Untuk usahawan di luar sana, harus selalu ingat, kehidupan mesti seimbang. Ketika kamu sedang sibuk mencari wang, badan dan diri juga perlu kamu berikan perhatian. Jangan sampai kesihatan diri terabai. Jadikan senaman sebagai gaya hidup. Jangan hanya terperap di hadapan komputer atau pergi ke hulu-hilir tanpa arah. Mulakan senaman, tak kira di gimnasium atau pun hanya di taman-taman. Keluarkan peluh.
Selain itu, kesihatan dan kecergasan sebenarnya bermula dengan diet dan pemakanan yang seimbang. Ketika memakan nasi, makan lah secara sederhana. Pada masa yang sama, kurangkan pengambilan gula pada minuman. Minum air putih dan hindarkan minum air berkarbonat.
Bagi anda yang bukan usahawan, ceburlah diri dalam bidang ini. Get yourself a proper fitness or a business certifications. Bincang dan dalami selok belok perniagaan dan kecergasan. Banyak aktiviti kecergasan yang boleh dijadikan perniagaan sekarang. Contohnya, health talk, mengajar kecergasan, membekal barangan gimnasium/supplements atau membuka sebuah gimnasium fizikal.
Harapan dan perancangan
Saya merancang untuk mendapatkan sijil jurulatih kecergasan. Saya mahukan aspek kecergasan dapat dirasai dan dilakukan segenap lapisan masyarakat, terutamanya pelajar. Saya berharap agar kerajaan menambah lebih banyak gimnasium rakyat ke serata pelosok negara dengan kelengkapan-kelengkapan gimnasium setaraf gimnasium komersial. Saya amat berharap kerajaan menambah bajet yang besar untuk kecergasan dan aktiviti-aktiviti seumpamanya untuk remaja kita. Akhir sekali, jangan hanya sekadar berharap, lakukan ia sehingga anda mendapat hasilnya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.