Di alam kerjaya yang serba pantas hari ini, istilah rat race sering kali disebut sebagai analogi kepada persaingan sengit dan tekanan berterusan dalam kehidupan seharian, terutamanya di kalangan golongan pekerja.
Teori rat race merujuk kepada situasi di mana individu berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan kerjaya, material atau status sosial, tetapi akhirnya merasa terperangkap dalam kitaran kerja tanpa henti yang tidak membawa kepuasan hidup yang sebenar.
Asal Usul & Makna
Istilah rat race berasal daripada gambaran tikus yang berlari dalam roda tanpa henti, mencerminkan perlumbaan tanpa hala tuju yang berterusan.
Gambar sekadar hiasan (Sumber foto: Pinterest)
Dalam konteks kehidupan manusia, rat race menggambarkan keadaan di mana individu bekerja keras dengan harapan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, namun sering kali berakhir dengan perasaan letih, tertekan, dan tidak puas hati.
Realiti Rat Race
Di Malaysia, fenomena rat race boleh dilihat dengan jelas dalam kalangan penduduk bandar, terutamanya di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain.
Contohnya, ramai pekerja di sektor korporat terpaksa menghabiskan masa yang panjang di pejabat, mengorbankan masa bersama keluarga dan rakan-rakan demi mengejar sasaran kerja dan kenaikan pangkat.
Ini sering kali mengakibatkan keletihan fizikal dan mental, di samping tekanan untuk memenuhi kos sara hidup yang tinggi.
Ads
Sebagai contoh, Ahmad, seorang eksekutif muda di sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur, bekerja lebih dari 60 jam seminggu.
Walaupun gaji yang diterima lumayan, namun Ahmad jarang mempunyai masa untuk berehat atau menikmati hobinya.
Setiap hari, dia berulang-alik dalam kesesakan lalu lintas, menghadiri mesyuarat yang tidak berkesudahan, dan berhadapan dengan tarikh akhir yang ketat.
Akhirnya, Ahmad merasa keletihan dan tidak puas hati walaupun memiliki gaya hidup yang dianggap mewah oleh orang lain.
Kehidupan dalam rat race bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal individu, tetapi juga boleh menjejaskan hubungan peribadi dan kualiti hidup secara keseluruhan.
Tekanan kerja yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti insomnia, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.
Selain itu, ketiadaan masa untuk bersama keluarga boleh merenggangkan hubungan dan menyebabkan konflik rumah tangga.
Mengatasi Rat Race
Untuk keluar daripada kitaran rat race, adalah penting untuk setiap individu mengenalpasti keutamaan hidup mereka dan mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
Ads
Mengamalkan gaya hidup yang sihat, seperti bersenam secara berkala, makan makanan seimbang, dan mendapatkan rehat yang cukup, adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Selain itu, meluangkan masa untuk hobi dan aktiviti yang memberi kepuasan emosi juga boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti hidup.
Kesimpulannya, teori rat race adalah cerminan realiti kehidupan moden yang penuh dengan persaingan dan tekanan. Walau bagaimanapun, dengan kesedaran dan usaha yang bersungguh-sungguh, setiap individu boleh mencari jalan keluar daripada kitaran ini dan mencapai kehidupan yang lebih seimbang dan memuaskan.
Sebelum memilih pasangan hidup, ada ciri-ciri lelaki yang menjadi kriteria pemilihan namun Rasulullah sarankan agar tidak memilih dua ciri lelaki ini.
Baca satu perkongsian ilmu dari Ustaz Ahmad Shukri Yusoff mengenai dua ciri lelaki yang jangan dipilih menjadi suami.
Ada suatu hadith yang dilaporkan oleh seorang perempuan bernama Fatimah binti Qais. Dia seorang janda yang dicerai oleh suaminya dengan talak tiga. Dia memberitahu Nabi SAW bahawa dirinya dilamar oleh tiga orang lelaki. Mereka adalah Muawiyah, Abu Jaham dan Usamah bin Zaid.
Jangan Jadi Dua Jenis Lelaki Ini, Rasulullah Pesan Kriteria Ini Tak Sesuai Jadi Suami
Menurut Fatimah, Nabi SAW berkata kepadanya, “Muawiyah itu miskin. Abu Jaham itu suka memukul isterinya. Sebaiknya puan terima lamaran Usamah.”
Fatimah tidak setuju. Sambil dia memulas-mulas tangannya, dia berkata, “Usamah?” Nabi berkata, “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.” Lalu Fatimah pun bernikah dengan Usamah.
Justeru dalam hadith itu Nabi menunjukkan 2 jenis lelaki yang tidak sesuai diambil sebagai suami:-
1. Lelaki yang kedekut. 2. Lelaki yang memukul isteri
Dalam hadith itu Nabi menyuruh Fatimah supaya pilih Usamah bin Zaid sebagai suami barunya. Justeru pada diri Usamah itu ada ciri-ciri peribadi lelaki yang sesuai diambil sebagai suami.
1.Fatimah adalah seorang yang merdeka, manakala Usamah bin Zaid adalah anak kepada seorang hamba, jadi abaikan faktor status sosial bakal suami yang lebih rendah.
2. Fatimah itu perempuan Arab, justeru rupa parasnya cantik. Dirinya begitu menarik sehingga biarpun dia janda talak tiga, habis sahaja tempoh iddahnya tiga lelaki melamar dia. Usamah bin Zaid itu pula berkulit hitam kerana dia berasal dari Afrika.
3. Usamah bin Zaid pernah menjadi punca kontroversi besar dalam kalangan sahabat-sahabat Nabi apabila Nabi melantik dia menjadi panglima perang pada usianya yang baru 17 tahun. Jadi, pilih lelaki yang pemberani, pintar dan dipercayai.
Dalam hadith itu, menurut Fatimah sendiri, dia menikmati kebahagiaan dengan Usamah.
Justeru, kaum perempuan perlu siasat dahulu apakah lelaki yang hendak diambil sebagai suami itu seorang yang kedekut ataupun seorang yang memukul isteri.
Maklumat itu dapat diperoleh dengan membuat risikan dari orang-orang yang kenal lelaki itu dan kenal anggota keluarganya.
Tidak semua orang tahu bagaimana cara menikmati hidangan kaki ayam dengan sebaiknya, ada yang jijik dan rasa kotor untuk merasainya. Tahukah anda terdapat banyak kelebihan di sebalik menu ini. Mungkin anda dah boleh berjinak-jinak untuk bersama masak hidangan kaki ayam selepas ini. Ketahui enam khasiatnya.
1)Kaki ayam kaya kologen
Menurut kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:
-kologen membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat
-kologen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.
-kologen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan
-kologen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh 2) Kurangkan risiko tulang rapuh
-kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.
3) Sembuhkan cedera
Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni
4) Saluran pencernaan sihat
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik. Korang jadikan tulang ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Sebab? Nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak. 5) Kesihatan kuku terjaga
Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga. 6)Menyihatkan gusi
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
Sumber : anizyn
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja tentang drama tempatan mungkin anda sudah terbayangkan kisah-kisah cinta – lalu membuatkan anda menjauhinya. Tapi tahukah anda industri seni lakonan negara kita sekarang semakin mantap dan bukan tentang kisah cinta semata.
Terbaru, drama bersiri ‘X-Change’, terbitan Astro Shaw, menyorot perjalanan seorang remaja yang terpaksa terlibat dalam jenayah keluarganya. Dengan tagline ‘The Bonds of Blood’, siri ini menggabungkan elemen aksi, jenayah, dan romantik, sambil mengupas konflik keluarga yang berakar pada gaya autoritarian—peraturan ketat.
Pendekatan jalan cerita seperti ini MASKULIN jangkakan pasti menarik minat anda sebagai seorang lelaki. Apatah lagi kisahnya juga turut mengupas tentang cita-cita, hasrat, impian dan dan komunikasi yang terhad antara ibu bapa dan anak-anak.
Dicipta oleh Lemuel Ong, sebelum ini pernah menerajui ‘Kampung Malar’, dan diarahkan oleh Norhanisham Muhamad atau “Labu”, ini merupakan kali pertama beliau mengarahkan siri premium.
Drama bersiri ‘X-Change’ dibawakan sebanyak 10 episode, menjanjikan pengalaman penuh debaran dan emosi, sesuai untuk penonton lelaki yang gemar drama penuh aksi dan konflik mendalam. Ia ditayangkan menerusi aluran Astro Premier (110).
Menariknya, drama yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, dan Joey Leong turut boleh ditonton menerusi platform penstriman Astro Go dan juga Sooka.
Bagi merasai kepuasan maksimum serta menghayati drama yang hebat ini pastinya anda mahukan kelajuan Internet yang bukan sahaja pantas tetapi stabil. Usah risau, anda boleh bertukar ke redONE Postpaid 5G SMART.
Dengan pelan ini, anda yang melanggan redONE Postpaid 5G SMART juga boleh menikmati data pantas tanpa had berserta akses tanpa had ke beberapa platform laman media sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram dengan kualiti HD.
Pengguna juga boleh menikmati akses internet yang lebih baik dengan hotspot sehingga 60 GB melalui pelan ini, dengan komitmen bulanan bermula dari RM68 sahaja.
Senang cerita redONE Postpaid 5G SMART menawarkan penggunaan internet tanpa had dalam HD untuk hiburan serta produktiviti berterusan tanpa sebarang drama, tanpa sebarang masalah! Ini termasuklah panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Kesemua ini boleh didapati dengan harga serendah bermula RM68 sebulan. Nama blacklist? Tak perlu risau, anda masih boleh buat permohonan.
Tidak cukup dengan itu, pengguna yang melanggan pelan ini turut menerima rebat sebanyak RM10 sebulan selama enam bulan untuk ‘port-in customers’
Dapatkan segera pelan redone Postpaid 5G SMART di redone Mobile Store berhampiran. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari sesawang di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.