Automotif

Terperangkap Dalam Kereta Ketika Banjir, Ini Langkah Pantas Boleh Selamatkan Anda!

Share

Sejak seminggu kebelakangan ini kita sudah mula menerima berita tentang bencana banjir yang mula melanda beberapa kawasan terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Tibanya musim tengkujuh di Pantai Timur dengan kadar hujan yang sangat kerap menjadi punca banjir berlaku ditambah pula dengan beberapa faktor seperti saliran air yang tersumbat atau sungai yang melimpah akibat tidak diselenggara dengan baik.

Lebih menakutkan banjir ini boleh berlaku dengan pantas atau apa yang kita panggil sebagai banjir kilat.

Banjir kilat biasanya disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan dalam tempoh singkat, terutama di kawasan bandar dengan saliran yang tidak mencukupi. Pembangunan yang pesat dan pengurangan kawasan tanah serap juga meningkatkan risiko banjir kilat.

Baru-baru ini juga tular sebuah video bagaimana sebuah trak pikap hanyut di bawa arus selepas cuba melalui kawasan yang dinaiki air dengan deras.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa perkara penting boleh anda lakukan jika terperangkap dalam kereta ketika banjir kilat.

PERKARA PERLU DI LAKUKAN

Kekal Tenang

Pertama sekali, kekalah tenang. Panik hanya akan memburukkan keadaan. Ambil nafas dalam-dalam dan fokuskan minda anda.

Berhenti Di Tempat Selamat

Jika anda melihat air banjir mula naik, segeralah hentikan kereta anda di tempat yang tinggi dan kering. Jangan cuba untuk meneruskan perjalanan.

Matikan Enjin dan Elektrik Kereta

Ini penting untuk mengelakkan kerosakan elektrik dan mengurangkan risiko kebakaran.

Hubungi Bantuan

Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi pasukan penyelamat. Berikan mereka lokasi tepat anda.

Duduk Atas Bumbung Kereta

Jika air terus naik, keluarlah dari kereta dan duduk di atas bumbung. Ini akan memberi anda peluang yang lebih baik untuk diselamatkan.

PERKARA PERLU DIELAK

Jangan Memandu Melalui Banjir

Air yang kelihatan cetek mungkin lebih dalam dari yang disangka. Arus yang kuat boleh menarik kereta anda.

Elak Hidupkan Enjin Yang Lama Terendam

Ini boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk pada enjin.

Jangan Panik

Panik boleh menyebabkan anda membuat keputusan yang buruk. Fokus pada keselamatan.

Jangan Abaikan Amaran Cuaca

Selalu perhatikan amaran cuaca dan elakkan perjalanan jika terdapat amaran banjir.

Perlu kita ingat walau apa jua situasi yang berlaku ketika banjir kilat keutamaan paling penting ialah keselamatan diri dan juga penumpang.

Dengan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dan mengelakkan tindakan berisiko anda boleh meningkatkan peluang anda untuk keluar dari situasi tersebut dengan selamat. Ingatlah, kereta boleh diganti, tetapi nyawa anda tidak.

Selamat dan berhati-hatilah selalu!

Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim