Terpanggil Untuk Ubah Penampilan Diri, Lelaki Ini Turunkan Berat Badan Dengan Prosedur Pembedahan Bariatrik

Share

Tidak ada orang yang ingin berdepan dengan masalah kesihatan seperti mempunyai masalah berat badan. Selain boleh menjadi pembuka jalan kepada penyakit kronik mempunyai berat badan berlebihan juga boleh menjejaskan pelbagai perkara dalam aspek kehidupan harian.

Sama ada dari segi pergerakam fizikal mahupun keyakinan diri ia boleh membuatkan individu yang menghadapi masalah ini berasa tidak selesa.

Berat badan dahulu

Baru-baru ini MASKULIN sempat menemubual seorang ahli perniagaan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tracol Capital, Muhammad Shukri Hj Muhammad tentang pengalamannya berdepan masalah berat badan serta apakah solusi yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan.

Pada suatu ketika, berat badan Shukri pernah mencecah tiga angka iaitu 138kg. Di antara tabiat pemakanannya dahulu ialah sentiasa makan dengan banyak terutamanya bila menghadiri program di hotel dengan makan bufet.

Ketika berdepan masalah berat badan dahulu, Shukri telah didiagnos menghidapi diabetes peringkat awal serta masalah darah tinggi. Kedua-dua penyakit ini telah banyak menimbulkan kerisauannya.

Selain itu, terdetik di hatinya bila membicarakan tentang keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai terutamanya rakan niaga dan orang sekeliling.

Penampilan sekarang

Tidak lama kemudian dia mendapat tahu tentang prosedur pembedahan bariatrik. Ia merupakan sejenis pembedahan untuk mengecilkan saiz perut dengan selamat.

Baginya, ia merupakan salah satu kaedah alternatif yang selamat dan boleh dilakukan. Nasihatnya untuk mereka yang ingin melakukan prosedur ini dapatkan nasihat dan rujuk dengan doktor terlebih dahulu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut FIT JOURNEY yang dilaluinya, ikuti temu bual penuh bersama MASKULIN menerusi video di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim