Gaya Hidup

Terlibat Kemalangan Dengan Kereta Tiada Cukai Jalan, Anda Sebenarnya Boleh Buat Claim!

Share

Sesiapa pun tak ingin berada dalam situasi yang sukar seperti terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tidak kiralah sama ada kemalangan kecil atau yang serius, ia merupakan satu pengalaman yang boleh mendatangkan trauma kepada kita.

Selain itu, kemalangan jalan raya juga menuntut kita untuk berdepan dengan kronologi-kronologi susulan yang tak kurang pentingnya.

Bercakap tentang kemalangan jalan raya kita tak akan dapat lari daripada berbicara tentang insurans. Jika kenderaan kita dilanggar pihak lain seperti biasa kita boleh lakukan tuntutan terhadap insurans mereka.

Tapi bagaimana pula jika kita mengalami kemalangan dengan kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan raya dan juga perlindungan insurans? Lebih malang bila pemilik kenderaan yang melanggar kita itu tidak mahu bertanggungjawab dan mebayar kerugian yang kita alami.

Sebuah page di Facebook iaitu RS150r Malaysia Official, grup peminat motosikal Honda RS150R telah melakukan perkongsian yang cukup bermanfaat untuk kita semua sebagai pengguna jalan raya. Menerusi perkongsian itu admin page tersebut berkongsi tentang tuntutan atau clain yang boleh dilakukan dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB).

Ingin tahu bagaimana tuntutan anda ini boleh dilakukan, jom ikuti perkongsian admin page tersebut di bawah!

DILANGGAR KENDERAAN YG TIADA CUKAI JALAN (ROADTAX) ! APA HAK ANDA?

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.

MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.

Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.


6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.

Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.

Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Peringatan – kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain.

Perkongsian kita bersama

Published by
Farizul Izwany