Kurang 3 bulan negara kita dikejutkan dengan berita kematian anak kedua penyayi tanah air Nora Ariffin iaitu Alif Johan, Abam pelawak negara dan terbaru Ashraff Sinclair yang menetap di Jakarta. Rata-rata mereka semua ini meninggal disebabkan kesiahatan jatung, jantung terhenti atau sesak nafas sewaktu mereka tidur.
Pekara ini membuka mata ramai orang tentang kesihatan jatung dan apakah antara punca-punca jantung terhenti secara tiba-tiba?
Sebenarnya sakit jantung ini berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku akibat jantung dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
Antara punca-puncanya ialah merokok, tekanan perasaan hingga menjejaskan kesihatan. Kurang bersenam dan kandungan lemak dalam badan tinggi.
Ia tidak terkena pada golongan obese sahaja, orang kurus juga mungkin terdedah dengan serangan jantung ini kerana ada sebahagaian penghidap mewarisi penyakit daripada ahli keluarga terdekatnya.
Kencing manis serta faktor meningkat (35 tahun ke atas) juga terdedah dengan serangan jantung.
Antara gejalanya anda rasa sakit dada di bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan.
Malah, jika anda secara tiba-tiba berdebar, pitam atau pening dan kadangkala sakit di ulu hati itu adalah tanda utama ada terkena serangan jantung.
Antara tanda lain anda menghidapi penyakit jantung ialah;
- Kerap kecing malam
- Merasa kebas-kebas di tangan dan kaki
- Berdebar-debar
- Rasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
- penglihatan kabur
- sering terasa haus / dahaga
- Sesak nafas
- Berpeluh dingin
Jika anda sesak nafas serta keletihan juga boleh menyebabkan jantung anda terhenti secara tiba-tiba. Sekiranya anda ada rasa seperti di atas, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera.Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI