Kata orang, sifat malu dalam diri perlu ada bagi mengehadkan kita daripada melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Namun, lain impaknya dalam bidang kerjaya. Sifat malu kadangkala dapat menghambat gerak kerja anda secara keseluruhan. Rasa malu yang berlebihan sering kali membuatkan anda takut untuk menampilkan potensi diri yang sebenar. Bagaimana untuk anda mengurangkan rasa malu tersebut? Ikuti tip yang Maskulin berikan ini.

 

Terlalu Pemalu, Buat Lelaki Mundur Dan Tidak Berjaya!

 CARI PUNCA

Ini langkah pertama yang boleh anda ambil. Kaji terlebih dahulu punca diri malu saat melakukan kerja seharian. Adakah ia berpunca daripada diri sendiri mahupun berikutan dengan persekitaran yang tidak mengizinkan?

Jika malu anda terbit dari dalam diri, berfikiranlah lebih terbuka. Jika kerana persekitaran, ambillah pendekatan untuk cuba menyesuaikan diri dan jangan takut untuk menonjolkan diri.

 

 BANGGA DENGAN KERJA

Berdasarkan penyelidikan Praveen Malhotra, perunding kerjaya terkenal ada menyatakan, ‘punca seseorang itu malu ketika melakukan kerja seharian sedikit sebanyak kerana tidak merasa bangga dengan tugas yang dipraktikkan seharian’.

Oleh itu, bagi memerangi sikap malu dan segan tersebut, harusnya bermula dalam diri. Cubalah merasa bangga dengan kerjaya. Secara tidak langsung ia juga akan memantapkan prestasi kerja anda keseluruhan.


BERSIKAP LEBIH SANTAI

IKLAN

Mungkin sukar untuk kita menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja, tambahan pula jika anda masih baru. Oleh itu, jangan hadkan diri anda. Terbukalah untuk bersikap lebih santai dan keluarlah dari kepompong diri sendiri.

Sekali sekala jangan biarkan bebanan kerja mengehadkan tingkah anda. Sekali sekala cuba bersikap lebih santai, temui rakan setugas yang lain dan cuba untuk hidup dalam persekitaran yang lebih selesa.

Terlalu Pemalu, Buat Lelaki Mundur Dan Tidak Berjaya!
JANGAN TAKUT DENGAN CACIAN

Perasaan malu ada kalanya boleh mengongkong pergerakan kita. Namun, jika anda sudah upaya menepis sikap tersebut, jangan pula anda cepat lemas malah rimas dengan cacian serta perlian orang lain yang memandang.

            Anggap ia satu cabaran buat anda. Yang penting, sikap anda yang tidak malu untuk bergaul sesama rakan adalah berlandaskan profesional semata-mata. Abaikan apa orang nak kata.

BERPURA-PURA TIDAK ‘MALU’

Rasa malu yang berlebihan akan membuat anda gugup dan kelihatan pelik. Bukan itu sahaja, anda akan berasa tidak selesa malah tidak percaya kemampuan diri. Oleh itu, anda perlu bijak berpura-pura untuk menyembunyikan sikap malu tersebut. Belajarlah untuk berselindung. Kawal riak muka dan gerak tubuh. Pastinya mereka tidak akan perasan sikap malu anda itu.

IKLAN

 MANFAATKAN JARINGAN SOSIAL

Dalam menepis rasa malu, langkah paling mujarab adalah berani membuat jaringan dan ‘contact’ luar. Bukan sahaja ia memberikan anda sumber keyakinan malah menyerlahkan sikap profesional.

Di samping itu, anda boleh praktik jaringan sosial maya sebagai permulaan seperti Facebook, Skype dan Instant Massager. Berbicara di laman sosial sedikit sebanyak boleh mengasah corak komunikasi dan teknik mendekati kenalan.

Terlalu Pemalu, Buat Lelaki Mundur Dan Tidak Berjaya!

PUNCA MALU

-Tidak yakin dengan potensi diri dan sentiasa rasa diri tidak bagus berbanding rakan sekerja yang lain.

– Kurang bersosial dan tidak berani untuk menonjolkan diri, malah susah untuk memperkenalkan diri di khalayak ramai.

IKLAN

-Tidak bangga dengan jawatan yang disandang

-Risau jika dikecam ‘kaki bodek’ mahupun orang yang inginkan lebih perhatian

-Tidak mengelilingi mereka yang peramah dan bersikap lebih santai.

 

1_ Berdasarkan kajian penulis ruangan kerjaya terkenal, Alison Doyle, ‘sikap malu yang ada pada seseorang dapat menurunkan prestasi kerja sebanyak 26% pada satu-satu masa dan akan meningkat jika tiada perubahan pada diri dilaksanakan’

 

2_ Menurut Ensiklopedia Kesihatan Mental, “Perasaan malu ditakrifkan sebagai ketidakselesaan atau perencatan minda dalam situasi interpersonal yang boleh mengganggu dalam mencapai matlamat profesional seseorang”.

 

3_ Pakar Psikologi Bernando Carducci pula ada menyatakan bahawa peningkatan sikap malu terhadap seseorang adalah disebabkan kemajuan teknologi yang mengehadkan ruang interaksi interpersonal antara manusia.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI