Terlalu Obses, Lelaki Brazil Ini Nekad Lukis Jersi Rasmi Kelab Bola Sepak Dibadan

Share

Mungkin kita ada cara yang berbeza dalam melahirkan rasa minat dan obses pada sesuatu benda. Tapi apa yang berlaku di Brazil ini memang rare. Seorang lelaki peminat fanatik sukan bola sepak di Brazil membuktikan tanda sokongan padu terhadap pasukan pilihannya dengan melukis tatu jersi rasmi kelab bola sepak itu pada badannya.

José Maurício dos Anjos, menjadi perhatian di Brazil selepas dia membuat tatu jersi rasmi kelab bola sepak Flamengo pada keseluruhan badannya.

Seorang artis tatu dilaporkan mengambil masa selama 90 jam untuk menyiapkan tatu jersi pada badan lelaki berusia 30 tahun itu.

Tatu jersi dengan garisan hitam merah itu lengkap dengan lambang kelab bola sepak Flamengo di dada kiri dan nombor 10 di belakangnya.

Anjos memberitahu media Brazil, sejak kecil dia mengimpikan untuk memiliki jersi kelab itu yang kekal di badannya dan kini impiannya itu menjadi kenyataan.

“Saya meminati Flamengo sejak kecil lagi. Bapa saya adalah peminat setia Flamengo dan dia sering membeli jersi serta permainan daripada kelab itu.

“Saya selalu mengimpikan untuk memiliki tatu seperti ini. Kini 40 peratus badan saya mempunyai warna Flamengo,” katanya.

Anjos turut merakamkan kenangan ketika membuat tatu itu di laman instagram miliknya yang mempunyai 25,000 pengikut, kebanyakannya penyokong Flamengo.

Dia juga sering memuat naik gambar bersama legenda Flamengo, pemain dan peminat lain yang kagum dengan tatu dimilikinya itu.-Sport.net

 

Sumber : mstar Online

Published by
Ruziana Zainal