Definisi Kenyang Awal
Kenyang awal (early satiety) sering terjadi pada wanita berbanding lelaki. Kenyang awal ini bermaksud anda berasa kenyang selepas beberapa gigitan makanan atau sebelum anda menghabiskan hidangan bersaiz normal. Selain itu, anda juga boleh berasa mual atau mahu muntah semasa makan.
Punca Kenyang Awal
Kenyang awal mungkin kelihatan seperti masalah kecil, terutamanya jika anda tidak mempunyai simptom lain. Walaubagaimana pun, kenyang awal yang berterusan boleh menjadi tidak sihat dan mendorong kepada kekurangan nutrisi, kelaparan dan penyembuhan luka yang lemah. Malah, ia juga boleh menjadi tanda keadaan yang serius seperti kanser, ulser dan diabetes. Bagi sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau kurang darah jika tidak dirawat.
i. Gastroparesis
Gastroparesis adalah penyebab utama kenyang awal. Orang mempunyai gastroparesis mengalami kenyang awal kerana makanan berada di perut mereka lebih lama daripada yang sepatutnya. Kebanyakan masa, punca gastroparesis tidak diketahui. Tetapi menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, paling biasa diketahui adalah diabetes penyebab gastroparesis. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan perut.
ii. Kanser
Kenyang awal juga merupakan kesan sampingan yang biasa dalam rawatan kanser dan kanser itu sendiri. Menurut Nutrisi dan Pesakit Kanser, rasa kenyang awal adalah satu daripada 10 simptom utama bagi kanser walaupun ia tidak termasuk dalam kebanyakan simptom yang dinilai. Kenyang awal pada orang yang mempunyai kanser cenderung bersama penurunan berat badan, anoreksia, dan perubahan rasa. Sekurang-kurangnya, orang yang mengalami kenyang awal dan kanser juga mungkin mengalami pelbagai tahap keletihan, kelemahan, dan mulut kering.
iii. Sindrom usus yang merengsakan
Gangguan yang memberi kesan kepada usus besar atau kolon dan menyebabkan sakit perut.
Ada juga mungkin berasa:
- Kekejangan perut
- Kembung
- Gas
- Cirit-birit
- Sembelit
Diagnosis Kenyang Awal
Kenyang awal berkongsi banyak persamaan dengan simptom lain seperti kembung perut dan hilang selera makan. Proses untuk mengetahui keadaan yang membimbangkan kesihatan ini dipanggil diagnosis pembezaan (differential diagnosis).
Bagi menentukan kenyang awal, doktor akan memeriksa sejarah perubatan, melakukan pemeriksaan fizikal dan meminta anda melakukan ujian darah bagi memeriksa kiraan gula dan gula dalam darah.
Sekiranya terdapat simptom lain, pemeriksaan berikut akan dilakukan:
- Upper gastrointestinal series (UGI), bagi memeriksa tanda-tanda gastroparesis melalui X-ray
- Endoskopi atas, untuk memeriksa dengan teliti saluran pencernaan menggunakan kamera kecil
- Ultrasound perut, untuk membuat gambar organ perut
- Ujian najis, untuk memeriksa pendarahan usus
- Gastric emptying scintigraphy, untuk menjejaki berapa cepat makanan mengosongkan ke dalam usus anda
- SmartPill, untuk melihat berapa cepat makanan bergerak melalui trek pencernaan
- Ujian nafas mengosongkan perut, untuk mengira berapa cepat perut anda kosong
Rawatan Kenyang Awal
Rawatan kenyang awal bergantung kepada puncanya. Doktor mungkin mencadangkan:
- Makan lebih banyak, hidangan kecil setiap hari
- Kurangkan pengambilan lemak dan serat kerana ia memperlahankan pencernaan
- Pengambilan makanan dalam bentuk cecair atau puri
- Mengambil perangsang selera makan
- Mengambil ubat untuk melegakan ketidakselesaan seperti metoclopramide, antiemetik, atau eritromisin
Doktor anda juga boleh merujuk pakar pemakanan yang boleh membantu anda membuat perubahan diet untuk memenuhi keperluan pemakanan harian anda.
Manakala dalam kes yang lebih teruk, doktor akan mengesyorkan prosedur yang memerlukan pembedahan kecil.
OLEH : FARAH AZIZ
SUMBER : https://hellodoktor.com/
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI