Demam disusuli tubuh menggigil waktu tengah malam kerana kedinginan adalah antara petanda paru-paru dijangkiti kuman atau lebih dikenali sebagai pneumonia.
Gejala lain yang biasa dialami pesakit pneumonia adalah batuk yang mengeluarkan kahak yang kadangkala berwarna kuning atau hijau serta mengalami sesak nafas. Jangkitan kuman menyebabkan pundi atau alveoli di dalam paru-paru yang berfungsi menyerap oksigen dipenuhi cecair yang menyukarkan pesakit untuk bernafas.
Organisma yang paling kerap menjadi punca pneumonia adalah Streptoccocus pneumoniae iaitu sebanyak 50 peratus dan 20 peratus lagi disebabkan Haemophilus influenzae.
Kanak-kanak muda, pesakit tua, perokok, pesakit yang mempunyai penyakit kronik lain seperti kencing manis adalah golongan paling berisiko mengalami pneumonia.
Membunuh empat juta setiap tahun
Ads
Secara global, pneumonia dijangka akan dihadapi oleh kira-kira 450 juta pesakit dan membunuh empat juta orang setiap tahun. Dengan rawatan sewajarnya pesakit akan pulih dalam masa tiga hingga tujuh hari sekiranya jangkitan yang dialami tidak terlalu teruk.
Sekiranya jangkitan lebih serius, pneumonia boleh membawa kepada penyakit paru-paru bernanah dan bagi pesakit yang tenat, mereka perlu diberi bantuan pernafasan dan malangnya ada yang maut.
Rawatan biasanya dengan mendapatkan rehat secukupnya, pengambilan ubat antibiotik, ubat mengurangkan demam seperti paracetamol serta kemasukan air menerusi salur darah (IV). Sesetengah pesakit mungkin memerlukan oksigen dalam tempoh diperlukan serta bantuan fisioterapi untuk membantu mereka mengeluarkan kahak.
Pesakit yang tenat memerlukan alat bantuan pernafasan bagi membantu mereka mendapatkan oksigen.
Ads
Kanak-kanak, orang tua berisiko tinggi diserang
Kadar kematian akibat pneumonia boleh mencecah sehingga 10 peratus disebabkan kekurangan oksigen, jangkitan kuman yang terlalu kuat untuk sistem pertahanan badan atau disebabkan organ lain tidak cukup kuat. Kebanyakan pulih sepenuhnya tetapi bagi sesetengah pesakit, terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga tua, pneumonia boleh mengurangkan kekuatan paru-paru mereka.
Paru-paru yang lemah akan mendedahkan pesakit sekali lagi kepada serangan pneumonia pada masa depan. Bagaimanapun, terdapat vaksin bagi melawan kuman Streptococcus pneumoniae bagi mengurangkan risiko mendapat pneumonia bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Vaksin terbukti mampu mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini.
Ads
INFO: Gejala pneumonia
– Batuk.
– Demam.
– Bernafas termengah mengah.
– Menggigil dan gigil bergeser akibat kedinginan.
– Sakit dada yang semakin sakit apabila batuk atau ketika menarik nafas.
– Denyut jantung laju.
– Merasa letih atau sangat lemah.
– Loya dan muntah.
– Cirit birit.
# Bagaimana pneumonia bermula: – Apabila kuman masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas. – Lebih cenderung dialami selepas mengalami demam dan selesema. – Mengalami penyakit kronik dalam jangka masa panjang seperti asma, jantung, barah atau diabetes.
# Adakah paru-paru berair sama dengan pneumonia?
– Paru-paru berair berlaku akibat cecair berlebihan di dalam paru-paru
– Berpunca daripada penyakit jantung.
# Langkah mencegah pneumonia: – Berhenti merokok. – Elakkan diri daripada terdedah kepada menghidu asap perokok. – Prihatin dengan keadaan persekitaran tercemar dengan melindungi diri. – Senaman dapat meningkatkan stamina dan kekuatan paru-paru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika dulu kita selalu tengok channel National Geographic untuk melihat binantang memakan pemangsanya. Namun kini kita dapat melihat manusia meratah manusia , Di Afrika Selatan seorang lelaki ditembak oleh polis sehingga mati kerana enggan berhenti daripada makan mayat seorang wanita yang telah dipenggal kepala.
Lelaki itu, Aphiwe Mapekula, 23, telah ditembak di bahagian lengan, kaki dan perut di rumahnya selepas dia cuba menyerang polis dengan pisau. Mapekula dikatakan menculik mangsa, Thembisa Masumpa di jalan raya lalu membawanya ke gunung Frere. Di situ, dia mengelar leher dan memotong kepala wanita berkenaan.
Kejadian itu disaksikan oleh ibu suspek, yang kemudiannya menghubungi polis.
“Saya tidak pernah membesarkan anak seperti ini. Saya tidak dapat bayangkannya,’’ kata ibunya.
Polis percaya Mapekula berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah kejam berkenaan. Perkara sebegini bukan pertama kali berlaku di sana, Ini adalah kes kedua melibatkan kejadian makan orang yang berlaku di Afrika Selatan dalam masa tiga minggu.
Macam-macam orang sekarang ni, hati-hati k guys.
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Netizen teruja apabila mengetahui pemuda sado yang viral di media sosial ini adalah seorang guru pendidikan jasmani. Hai untunglah! Seakan menjadi trend pula bila lelaki kacak mahupun wanita cantik diviralkan sana sini. Tidak dinafikan pemuda yang berasal dari Pulau Pinang ini mempunyai pakej yang lengkap dengan paras rupanya yang kacak serta berbadan sasa.
Begitulah yang terjadi kepada cikgu sado yang diberi nama Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar atau nama popularnya Jimmy Jejai, 23 yang sangat popular dikalangan pelajar terutama sekali pelajar perempuan sehingga ada yang menghantar surat cinta kepadanya
Sesuai dengan profesionnya mengajar subjek kesukanan, dia juga mempunyai susuk tubuh yang fit dan kekar. Selain menjadi guru dan jurulatih kecergasan, Jimmy juga merupakan model bebas selain mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Lebih menarik lagi, beliau juga turut fasih berbahasa mandarin.
Oleh itu, tidak hairanlah dia dikatakan bakal beraksi dalam sukan bina badan pada November nanti. Yang menarik dan juga melucukan, dek kerana ketampanan yang dimilikinya, cikgu Jimmy sering mendapat hadiah daripada para pelajarnya, malah hampir setiap hari.
“Boleh dikatakan setiap hari saya akan dapat hadiah, pelbagai soalan di whatsap dan juga media sosial,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut mendapat perhatian daripada pelajar dari sekolah lain yang ingin bergambar dan juga mendapatkan nasihat tentang dunia kecergasan. Amboi bukan main lagi kan !
Jom kita lihat gambar cikgu ni yang mampu meruntum jiwa gadis-gadis tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Amalan mencuci wajah sebelum tidur tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan wajah korang kekal bersih dan sihat. Ini kerana setelah seharian berada di luar pasti wajah korang terdedah dengan kekotoran dan debu.
Jangan disebabkan sikap malas dan letih, korang mengabaikan hal yang penting ini. Jika wajah tidak dicuci, ia boleh mengundang pelbagai masalah kulit. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Ingat! Selewat mana pun korang pulang ke rumah, rutin mencuci kulit wajah perlu diberi perhatian.
Ini lima alasan kenapa korang perlu tahu cuci wajah sebelum tidur.
1. Antara bahagian yang paling kotor
Tanpa korang sedar dalam satu hari, pasti tangan korang banyak kali menyentuh kulit wajah. Ini menjadikan kulit wajah korang sebagai salah satu daripada bahagian yang paling kotor. Inilah pentingnya mencuci wajah sebelum tidur bagi mengelakkan penyebaran bakteria sekali gus menyebabkan jerawat dan cela pada keseluruhan wajah.
2. Elak kulit berjerawat dan berminyak
Jerawat terjadi disebabkan oleh liang-liang kulit wajah yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan, ditambah dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria melekat pada ruang tersebut, gumpalan akan terbentuk dan menutupi pori-pori kulit. Jika kulit wajah dicuci sebelum tidur, ini bermakna korang boleh mengelak munculnya jerawat dan kulit berminyak pada wajah.
3. Beri ruang untuk liang-liang kulit bernafas
Ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaikpulih dengan sendirinya. Jadi adalah penting untuk wajah korang bersih agar kulit boleh bernafas dan membentuk tisu-tisu baru. Malah kulit wajah yang bersih mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehingga korang dapat tidur nyenyak.
4. Beri kesan anti-penuaan terbaik
Ketika tidur akan berlakunya proses regenerasi pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah korang dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sulfat atau gel pembersih yang mengandungi AHA/BHA bersama serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5. Kulit nampak segar setelah bangun tidur
Jika korang mencuci wajah sebelum tidur, keesokan harinya kulit korang akan halus, bersih dan tidak kusam. Malah minyak pada wajah korang juga akan berkurangan. Namun jika wajah tidak dicuci, kulit korang nampak tidak sihat dan kelihatan lebih tua daripada usia. Jadi, ingat cuci muka sebelum tidur!
Tip perlu ikut!
Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya. Namun jika korang malas untuk cuci wajah dengan pencuci muka, lapkan kulit wajah dengan tisu pelembap untuk mencuci kekotoran pada wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.