Dalam pada kita ditekankan dengan masalah kewangan yang melanda Malaysia selepas peralihan kuasa kerajaan, seorang lelaki muda mengambil inisiatif menyumbangkan wang tunai RM100 sebagai bantuan dari pihaknya untuk membantu memulih hutang negara yang dikhabar mencecah RM1 trilion.
Sabahbathi Rajalinggam, dari Kampung Asahan, Bestari Jaya berkata dia mengambil keputusan itu selepas mendengar pendedahan yang dibuat baru-baru ini berkenaan hutang negara selain mahu membantu kerajaan baru dalam membentuk Malaysia lebih baik.
Sumber daripada FMT Ohsem, anak muda ini berusia 29 tahun ini ingin mengembalikan zaman kegemilangan Malaysisa dengan membantu dalam pemulihan ekonomi.
Sabahbathi turut menjelaskan perjalanannya menyerahkan nota RM50 dua keeping itu pada pihak Bank Negara (BNM) dan kemudian ke 3 Pejabat Kementerian setelah BNM tidak mahu menerima wang tersebut. Akhirnya beliau ke Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menyerahkan duit tersebut setelah mendapati 3 Pejabat Kementerian tutup pada awal minggu lalu. Walaupun tidak pasti apa yang dilakukannya itu betul atau salah, boleh dikenakan tindakan atau tidak, Sabahbathi berharap, lebih ramai rakyat yang akan tampil membantu untuk memulihkan negara ini.
“Apa yang saya buat ini salah ke? Saya kongsi pun kerana mahu lebih ramai orang turut menyumbang, selamatkan negara, itu sahaja. Saya ambil cuti pada hari tersebut dan lakukan semua ini,” katanya yang bertugas sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta.
“Sumbangan ini hanya 5% daripada gaji saya. Saya tak hilang apa-apa, yang penting negara kita pulih,” tambahnya menyudahi perbualan.
Dalam pada masa yang sama, aktivis Nik Shazarina Bakti, 27 tahun, secara tidak rasmi, Berjaya menarik perhatian netizen untuk membatu memulihkan Negara. Beliau menggunakan peristiwa sebelum Negara capai kemerdekaan dimana orang ramai bergolok bergadai mengumpul dana bagi membolehkan Tunku Abdul Rahman ke London untuk mecapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu. Setekat ini (26 Mei) kutipan dana yang dianjurkan di laman web gogetfunding.com Berjaya mengumpul RM 14,463 dari jumlah yang disasarkan sebanyak RM 398,100 sehingga 31 Julai tahun hadapan.
Tun Dr. Mahathir dan anaknya Marina Mahathir turut bangga dan menyokong tindakan beliau.
Apa pandangan anda mengenai hal ini? Bagus atau tidak?
*Sumber: FreeMalaysiaToday &AstroAwani