Kebiasaannya, penyanyi akan merasa bangga mendengar lagu dendangan sendiri di corong-corong radio, namun tidak bagi Dwen yang terkenal di era 80an dahulu.
Ujarnya di dalam laporan Harian Metro, Dwen akan memperlahankan radio setiap kali lagu dendangannya diputarkan di radio.
Bagaimanapun, Dwen atau nama sebenarnya Ridzwan menafikan yang di merasa malu, sebaliknya hanya tidak gemar mendengarnya sahaja.
Bukan itu sahaja, Dwen juga enggan menerima sebarang tawaran menyanyi lagi kerana beranggapan era kegemilangannya sudah tamat.
Malah, dia juga lebih selesa memperkenalkan dirinya dengan nama sebenarnya Ridzwan berbanding nama pentasnya Dwen.
Dwen memberitahu salah satu faktornya ialah pembabitannya dalam tabligh.
Dia kini lebih selasa merendah diri dan menumpukan kerjaya sebagai tenaga pengajar di sebuah kelab taekwondo tempatan.
“Kalau boleh tak nak orang kenal sebab kalau jalan keluar senang sahaja. Senang cerita, saya dah tak berminat untuk meneruskan kerjaya nyanyian walaupun masih boleh menyanyi dengan baik.
Dwen juga memaklumkan yang dia enggan dikenali sebagai penyanyi lagi kerana akur era kegemilangannya sebagai penyanyi sudah berakhir.
“Penyanyi ini ada zamannya untuk menyinar dan begitu juga saya. Tapi, zaman itu juga pasti akan berakhir. Saya sudah tak berada di zaman itu, jadi lupakan sahaja.
“Mungkin ada artis lama yang masih berminat untuk teruskan, tapi tak mengapa sebab itu adalah cara dia. Kalau saya memang sudah tak berminat, itu sahaja,” katanya.
Terdahulu, Dwen terkenal menerusi lagu Satu Penantian dan Suatu Waktu Dahulu.
Dwen yang berasal dari Brunei mengambil keputusan bersara dalam dunia nyanyian pada 1996 walaupun namanya berada di puncak kejayaan ketika itu.
“Tiada isu terasa hati atau merajuk dengan industri atau sesiapa. Cuma saya senang dengan cara seperti ini. Kalau hendak bersembang dengan orang ramai pun tiada halangan.
Mengikut perancangannya, Dwen hanya mahu menghabiskan kontraknya sebagai tenaga pengajar taekwando pada tahun ini dan pulang ke Brunei selepas itu untuk terus menetap di sana.
“Pelajar-pelajar tak kenal saya sebagai penyanyi tapi ibu bapa mereka kenal saya. Tapi saya cakap dengan mereka, ibu bapa kamu salah orang,” selorohnya.
Kredit Sumber & Foto: Harian Metro & Google
BACA: Mahu Berterus Terang Lapor Berita, Mehdi Hasan Tubuh Syarikat Media Digital Sendiri