Betullah kata orang, usia hanyalah sekadar nombor. Walaupun berusia 40 tahun, ia bukan alasan untuk anda mencapai impian miliki berat dan tubuh ideal.

Itulah antara pandangan Muhammad Ashaari yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14kg dalam tempoh masa 4 bulan.

Detik kesedarannya bermula apabila dia terkejut melihat perubahan rakan lamanya di Instagram. Lalu Ashaari menghubungi rakannya itu untuk mengetahui rahsia perubahan badan yang dilaluinya.

“Sewaktu scroll Instaragm, saya terlihat gambar rakan lama saya iaitu Jenna dengan six packnya. Saya terinspirasi dengan kejayaannya. Kemudian, saya terus menghubunginya dan dia memperkenalkan saya dengan Coach Wai Ling,” tulisnya di Facebook.

Sertai projek penurunan badan

Bermula dari itu, Ashaari telah memasuki program diet dan berjaya ke season 10 Body Transformation Challenge (BTC). Lapan minggu yang penuh dengan kesungguhan, disiplin dan kekuatan, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan seorang diri.

Menurutnya, Coach Wai Ling banyak memberikannya tunjuk ajar serta nasihat untuk dia meneruskan impian dietnya.

IKLAN

“Saya mula dari bawah dan Coach Wai Ling sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar sepanjang BTC ini,” katanya ketika dihubungi MASKULIN.

Terinspirasi Lihat Rakan Di Instagram, Lelaki ini Berjaya Turunkan 14Kg Dalam Masa 4 Bulan!

Rancang pemakanan dengan betul

Ashaari sempat berkongsi dengan MASKULIN, bagaimana dia menukar cara pemakanannya dan ternyata ia berjaya.

IKLAN

Saya mengambil roti bersaiz satu tangan, daging bersaiz tapak tangan, segengam sayur-sayuran, nasi, pasta atau buah-buahan dan satu fingertip butter.

Terinspirasi Lihat Rakan Di Instagram, Lelaki ini Berjaya Turunkan 14Kg Dalam Masa 4 Bulan!

Terinspirasi Lihat Rakan Di Instagram, Lelaki ini Berjaya Turunkan 14Kg Dalam Masa 4 Bulan!Malah Ashaari juga sempat berkongsikan sedikit pelan pemakanannya.

IKLAN
Sarapan Pagi
  • 3 cawan aloe vera + 1 sudu teh dengan 400ml air.
  • 100ml susu soya / almond + 400ml air
Tengah Hari
  • Karbohidrat – 25%
  • Protein – 25%
  • Sayur-sayuran – 50%
Makan Malam (Dilarang mengambil karbohidrat)
  • Protein – 50%
  • Sayur-sayuran – 50%

Terinspirasi Lihat Rakan Di Instagram, Lelaki ini Berjaya Turunkan 14Kg Dalam Masa 4 Bulan!Menurutnya, dia sentiasa mengamalkan minum air kosong dengan membahagikan serta tahu berapa litter yang diperlukan. Jadi dia tidak akan terlebih minum air.

Body weight x 4% = ? liter air sehari

“Saya rasa seperti tidak percaya yang saya telah menurunkan 14kg, Body Fat turun sebanyak 9.2%, Visceral Fat turun sebanyak 6 lapisan daripada 13 turun ke 7 dan badan saya kini berusia 19 tahun!

Terinspirasi Lihat Rakan Di Instagram, Lelaki ini Berjaya Turunkan 14Kg Dalam Masa 4 Bulan!Terinspirasi Lihat Rakan Di Instagram, Lelaki ini Berjaya Turunkan 14Kg Dalam Masa 4 Bulan!

“BTC telah menukarkan kehidupan saya kerana kini saya berjaya menamatkan 5km berjalan dalam masa 38 minit, menyelesaikan 21km & 44km berbasikal tanpa sebarang kerumitan dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan go-card kerana ini adalah percubaan pertama dalam hidup saya,” tulisnya lagi.

Terinspirasi Lihat Rakan Di Instagram, Lelaki ini Berjaya Turunkan 14Kg Dalam Masa 4 Bulan!
6 tip amalan Ashaari

  1. Jangan skip breakfast / lunch / dinner.
  2. Kalau perut terasa lapar, makan sahaja tetapi pastikan anda mengambil good snack.
  3. Minum air banyak, tetapi perlu tahu berapa litter badan anda memerlukan air sebenarnya.
  4. Bersenam sekurang-kurangnya satu jam 2 kali seminggu.
  5. Dapatkan tidur secukupnya.
  6. Siap sediakan mental untuk harungi semua ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI