Terinspirasi Dari Kata-Kata Jackie Chan, Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Dari 214kg Kepada 88kg!

Share

Seperti yang MASKULIN perkatakan dalam artikel ‘FIT JOURNEY’ sebelum ini, perjalanan menurunkan berat badan dan mendapatkan semula kecergasan diri yang baik merupakan pengalaman yang cukup personal dan berbeza berbanding orang lain.

Apatah lagi jiak seseorang itu mempunyaimasalah berat badan yang agak kronik dengan berat badan yang sangat besar angkanya. Namun adakah itu membuatkan mereka yang ada masalah berat badan seperti itu harus berputus asa dan terima seadanya?

MASKULIN baru-baru ini temui satu perkongsian dari seorang lelaki hebat yang telah membuktikan dengan azam yang tinggi, semangat yang membara, tawakal dan usaha luar biasa segalanya pasti boleh menjadi realiti.

Saudara Ahmad Afif Zafran atau dikenali dengan nama panggilan Tzack merupakan seorang lelaki tang cukup kami kagumi kerana berjaya melakukan transformasi yang sangat hebat.

Bayangkan kira-kira dua hingga tiga tahun lalu dia pernah berdepan dengan masalah berat badan yang sangat kronik hingga mencecah berat 214kg!

Berat dahulu

Menerusi satu perkongsiannya di Facebook menerusi Group Diet Suku Suku Separuh, MASKULIN telah menghubunginya dan menemu bual secara di atas talian tentang pengalamannya menurunkan berat badan sehingga ke berat sekarang 88kg.

Ia satu penurunan yang sangat besar dan mungkin dianggap mustahil oleh ramai orang. Namun jejaka yang berasal dari Mentakan, Pahang ini telah membuktikan bahawa ia mampu dilakukan. Buat anda yang ada masalah berat badan, MASKULIN berharap agar perkongsian ini dapat memberikan inspirasi dan dorongan untuk melakukannya.

Transformasi luar biasa!

Ikuti temu bual MASKULIN tentang ‘FIT JOURNEY’ yang dilalui oleh Tzack di bawah:

APAKAH TABIAT PEMAKANAN ANDA SEBELUM INI?

Saya sering makan makanan yang mengandungi kalori sangat tinggi seperti nasi lemak, roti canai telur untuk sarapan pagi sahaja. Dan kesemua itu setiap satunya saya makan dalam tigha bungkus ke atas.

Pada waktu makan tengahari pula saya suka makan makanan bergoreng seperti nugget atau nasi beriyani nasi. Dalam bab nasitu pula kadang-kadang lebih tiga bungkus juga. Manakala pada waktu malam pula saya sukan makan hingga lewat, kadang-kadang sampai jam dua pagi ke kedai makan seorang diri sebab orang tidak ramai dan saya juga tidak akan berasa segan.

MASALAH KESIHATAN YANG DIALAMI KETIKA BERDEPAN MASALAH BERAT BADAN?

Apa yang saya ingat saya selalu alami tekanan perasan. Dari segi fizikal pula kaki saya memang sangat kerap terseliuh. Berjalan sedikit sahaja pun sangat mudah terseliuh dan cedera di pergelangan kaki.

Selain itu, saya juga berdepan masalah sukar bernafas dan bergerak. Malah, saya juga pernah terfikir mati adalah lebih baik namun siapa oula yang sanggup angkat jenzah saya seberat 214kg.

Perubahan dari semasa ke semasa

BAGAIMANA PERASAAN ANDA SERTA KESUKARAN YANG DIHADAPI KETIKA ITU?

Banyak kesukaran yang saya alami. Antaranya saya sukar untuk mendapatkan pekerjaan, tidak dapat ke tandas awam dan juga menonton wayang. Dalam kehidupan saya hanyalah dipenuhi dengan aktiviti membaca buku dan juga melukis.

Pada waktu itu saya amat marah dengan diri sendiri kerana saya merupakan anak sulung. Sepatutnya sebagai anak sulung saya haru membantu ibu bapa dan keluarga bukannya menyusahkan mereka. Pada waktu tengah malam saya sering menangis bersendirian. Kadang-kadang ketika mandi pun saya akan banyak termenung memikirkan nasib saya. Dalam kebanyakan masa memang saya marah dengan diri sendiri.

PERNAHKAH BERDEPAN PENGALAMAN JADI MANGSA BULI ATAU DIEJEK SEBAB PENAMPILAN ANDA?

Ada pernah satu ketika ketika berat saya 214kg, saya keluar beli barang dapur untuk keluarga. Ketika sedang membeli-belah ada satu keluarga datang mendekati saya dan minta untuk bergambar bersama. Kemudian mereka tanya perkara yang cukup mengejutkan.

Mereka tanya sama ada saya membuang air besar dengan mencangkung atau duduk atas tandas seramik serta bagaimana untuk saya melakukan istinjak. Malah ketika beredar mereka ketawakan saya dan menjeling sinis. Pada saat itu saya berasa sedikit malu namun marah kepada diri sendiri kerana membiarkan saya jadi begitu.

BOLEH KONGSI APA YANG MEMBUATKAN ANDA INGIN BERUBAH DAN TURUNKAN BERAT BADAN?

Bulan Julai 2019 menjadi detik pemulaan. Sebelum itu hampir setiap hari saya akan bangun tidur dalam pukul tiga pagi dan menangis menangis memikirkan nasib diri. Kemudian ada satu hari, saya teringat satu ayat dari petikan buku Jackie Chan. Pada tahun 2016 ketika Jackie Chan memenangi Oscar beliau berkata walaupun sudah berusia 64 tahun namun beliau masih memasang impian untuk lebih maju dan berjaya.

Pada waktu itu saya baru berusia 28 tahun. Ketika kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepada saya mula menaruh kepercayaan pada diri sendiri dan bertanya bagaimana jika dalam tempoh beberapa bulan akan datang saiz badan saya makin meningkat. Kemudian dari situ saya memasang impian untuk ubah hidup saya dan lihat ke mana destinasinya jika saya mula melangkah kecil. Saya mula ada impian…

PERKARA PERTAMA ANDA LAKUKAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN SEPERTI ‘POTONG’ NASI ATAU GULA?

Dahulu saya pernah cuba dan gagal. Kemudian saya lihat semula di manakah silapnya ketiak berdepan kegagalan itu. Saya pada awalnya tiada ilmu dan nak hasil yang cepat. Kemudian saya tinggalkan semua tabiat lama dan mula mencari maklumat tentang pemakanan sihat. Saya serta grup diet laman media sosial dan mengambil khidmat coach dari Perlis secara online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun ia tidak lama sangat kerana saya turut berdepan masalah kewangan pada masa itu. Sekolah tutup saya pun tidak boleh berniaga dengan ibu. Bencana banjir besar di Pahang turut menjadi punca saya kehilangan pendapatan.

Akhirnya saya teruskan misi secara solo. Pada mulanya rasa agak ‘lost’ sedikit sebab berat stuck sahaja pada angka 110kg. Namun doa saya kemudian dimakbulkan selepas berjumpa kembali harapan. Sahabat baik saya Yeeven dan Chen Yang merupakan dua insan yang banyak membantu saya dalam pemakanan dan pengambilan suplemen yang betul. Kini, saya betul-betul gembira dan sangat bersyukur!

Syabas MASKULIN ucapkan kepada Tzack kerana berjaya melakukan transformasi yang sangat luar biasa. Semoga kisahnya mampu membangkitkan semangat untuk anda semua!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim