Tiada kejayaan yang datang bergolek, lagi-lagi apabila melanjutkan pelajaran di peringkat Phd. Semuanya perlukan usaha yang gigih.
Bagi Muhammad Syahmeer How bin Mohd Firdaus How, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini bertuah kerana dapat menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usianya 27 tahun.
Guru yang pernah mendidik beliau, Dr. Zulkifli Hussain berbangga dengan anak muridnya ini dan dia sendiri membuat perkongsian tentang Syahmeer di laman Facebooknya.
Menurut Dr. Zulkifli, Syahmeer menuntut di MRSM Transkrian, Pulau Pinang sewaktu Tingkatan 1 hingga 3 dan memperoleh keputusan 8A dalam PMR 2008. Tingkatan 4 dan 5 pula, Syahmeer berpindah ke MRSM Tun Ghadar Baba, Melaka dan meraouh keputusan 6A+ 3A bagi SPM 2010.
Menggunakan keputusan percubaan SPM di MRSM TGB, dia berjaya mendapatkan tempat di Kolej MARA Kuala Nerang untuk peringkat foundation (2011), sebelum menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Kimia) di UniKL MICET untuk tahun pertama (2012) dan tahun kedua-keempat di Massey University, New Zealand (2013-2015) dengan tajaan MARA.
Selepas menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Syahmeer diberi tawaran oleh Professor di Massey University untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan geran penyelidikannya sendiri. kajian PhD tersebut adalah tentang menggunakan konsep dan teori asas dalam kejuruteraan kimia untuk memahami impak proses pengunyahan makanan terhadap deria rasa dan aroma.
Syahmeer telah berjaya menghabiskan pengajian PhD dan bakal pulang ke tanah air untuk bekerja sebagai pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia.
Tip perkongsian berkaitan pengajian PhD
Setiap kejayaan yang dikecapi, sudah tentu ada tip dan amalan yang dilakukan bagi memudahkan setiap urusan. Dr. Zulkifli juga turut berkongsi antara tip yang dilakukan oleh Syahmeer bagi menamatkan pengajian PhD sewaktu usia muda.
Ads
1. Kerap berjumpa dengan penyelia (supervisor).
Syahmeer akan bertemu dengan keempat-empat supervisor seminggu sekali untuk membincangkan tentang struktur dan hasil kajian. Penting untuk memastikan kajian kita ada kemajuan setiap minggu walaupun sedikit.
2. Berinteraksi
Sering berinteraksi dengan pelajar yang lain disebabkan pengajian PhD adalah perjalanan yang sunyi, mudah untuk hilang motivasi terutamanya apabila hasil kajian kita ‘gagal’ atau tidak seperti yang dirancangkan. Tip beliau adalah untuk sentiasa kongsikan masalah kajian bersama rakan-rakan PhD yang lain kerana lebih senang untuk menghadapi masalah itu bila kita tahu orang lain pun sudah melalui masalah yang sama.
3. Berani mengambil inisiatif.
Ads
Semasa di tahun kedua PhD, kerja penyelidikannya tergendala untuk seketika apabila dia diujia dengan dugaan besar di mana ayahnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Disebabkan itu, walaupun sudah berada di tahun ketiga, Syahmeer tidak lagi mempunyai hasil yang cukup, ditambahkan pula dengan peralatan yang diperlukan untuk eksperimen tidak ada di universiti.
Kebetulan juga pada masa itu, dia diberi peluang untuk membentang sebahagian dari penyelidikannya di konferens antarabangsa di Nottingham, United Kingdom. Melalui konferens tersebut, dia sempat berjumpa dengan beberapa penyelidik terkemuka di dalam bidang kajiannya yang kebetulan juga mempunyai peralatan tersebut di makmal mereka.
Hasil daripada perjumpaan itu, dia ditawarkan untuk menjalani kajian di Paris, Perancis selama tiga bulan di mana hasil kajian tersebut memberi impak yang besar dalam kejayaan PhDnya itu.
4. Kehidupan yang seimbang
Amalkan kehidupan yang seimbang PhD memerlukan penjanaan dan perkembangan idea yang berterusan, terutamanya apabila sudah sampai tahap penulisan tesis. Bagi Syahmeer, idea lebih mudah untuk keluar dengan fikiran tenang dan segar. Cara paling mudah ialah dengan bersukan dan sering mengambil percutian yang jauh dari tempat belajar.
Ads
Semasa menjalani pengajian, Syahmeer akan mengambil masa untuk bersukan (skuasy) sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan sering bercuti di luar negeri pada hari minggu.
5. Anggap PhD seperti kerja, bukan belajar.
Tip terakhir yang dikongsi adalah untuk menganggap PhD ini seperti suatu pekerjaan kerana ia tidak sama seperti Ijazah Sarjana Muda di mana jadual harian kelas sudah diberi oleh universiti.
Semasa menjalankan pengajian, Syahmeer selalunya berada di kampus jam 8 pagi dan hanya akan pulang selepas jam 5 petang, Isnin sampai Jumaat. Baginya suasana pekerjaan itu penting untuk memastikan kita serius semasa menjalani kajian.
Begitulah antara kisah dan tip yang dikongsikan tentang kejayaan Syahmeer How yang memperoleh PhD pada usia 27 tahun. Ya, bukan mudah untuk kita mengecap sebuah kejayaan, semuanya perlu diiringi dengan doa dan usaha.
Semoga kisah perkongsian ini dapat memberi inspirasi buat korang semua untuk terus berjaya dalam bidang akademik.
Orang yang berjaya mula dengan visi yang jelas tentang apa yang mereka ingin capai. Begitu juga dengan pelakon popular, Meerqeen yang tampil berkongsi rahsia kejayaannya dan amalan yang dilakukan untuk memperoleh sesuatu di dalam hidup.
Menerusi perkongsian di TikTok milik pengguna bernama Emma, pelakon naskhah Cinta Untuk Sekali Lagi itu mendedahkan dirinya menerapkan amalan memasang matlamat sebagai motivasi diri.
“Saya tak pernah rasa saya dah berjaya tapi rahsia saya dalam perjalanan hidup saya adalah tidak pernah berputus asa. Kena selalu pasang ‘goals’ dalam hidup untuk kita bergerak setiap hari.
“Jadi maksudnya, bila ada ‘goals’ awak akan motivasikan diri sendiri. Benda itu yang saya terapkan sejak sekolah lagi. Saya akan dapatkan apa yang saya mahukan dan apa yang saya ada sekarang.
“Benda itu jadikan pembakar semangat saya hari-hari. Awak kena ada ‘goals’ lepas itu kena bekerja keras. Kalau kita rasa penat, kita kena fikir orang lain kerja lagi penat daripada kita,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pesertsa Hero Remaja itu juga memberitahu dia mempunyai ‘goal board’ meletakkan segala impian yang mengingatkan diri kepada objektif bekerja.
“Macam saya ‘goals’ ni kita punya angan-angan tapi kena letak dekat awak punya ‘goal board’. Saya dekat rumah dalam almari ada ‘goal board’.
“‘Goal board’ tu contohnya, saya nak sesuatu barang dalam umur tertentu. Contoh umur saya 23, saya cakap saya nak ada jet peribadi. Saya letak dekat ‘goal board’ itu untuk saya bergerak setiap hari tanpa berputus asa,” ujarnya lagi.
Di samping itu, setiap orang perlu memiliki matlamat dalam hidup dan bergaul dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang sama dalam hidup untuk berjaya dalam hidup.
“Semua orang kena ada ‘goals’ sebab untuk motivasikan diri kita setiap hari. Benda itu yang saya terapkan dan duduk dengan orang-orang yang sama dengan awak maksudnya orang-orang yang sama-sama nak berjaya,” tuturnya panjang.
Kini negara kita sudah memasuki fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika diperhatikan trend yang berlaku dalam tempoh seminggu ini, kes jangkitan tempatan sudah banyak menurun dan kekal berada di parasa dua digit sahaja.
Semalam menyaksikan majoriti kes jangkitan iaitu 72 adalah datang daripada kes import dan kes tempatan hanyalah 22 kes sahaja. Kita bersyukur kerana mempunyai pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang begitu efisien dan sentiasa bersungguh-sungguh menabur bakti demi negara.
Setiap hari kita pasti menantikan kemunculan Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan perkembangan terkini tentang penularan COVID-19 di kaca televisyen dan juga laman media sosial.
Tidak salah MASKULIN katakan bahawa beliau merupakan ikon yang cukup penting di Malaysia dalam usaha kita membendung wabak ini. Malah beliau kini dianggap sebagai wira oleh warga tempatan yang menjadi saksi kesungguhan Dr Noor Hisham memimpin pasukannya.
Jika sebelum ini beliau diiktiraf sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani COVID-19 oleh sebuah media China, kali ini sebuah badan penyelidikan dunia turut melakukan perkara sama.
Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) telah menyatakan penghargaan di atas sumbangan Dr Noor Hisham dalam kajian mengenai wabak COVID-19.
Perkara tersebut telah dikongsi oleh DNDi menerusi satu hantaran di Facebook mereka.
“Terima kasih tidak terhingga kepada Noor Hisham Abdullah di atas sokongan serta kepakaran terhadap Gabungan Peyelidikan Klinikal COVID-19.
“Data penyelidikan dan pengalaman saintis Malaysia akan memberikan manfaat kepada semua. Bersama-sama kita mampu melawan COVID-19.”
Buat pengetahuan anda DNDi merupakan badan bukan kerajaan yang aktif menjalankan pelbagai kajian untuk membangunkan rawatan bagi penyakit yang terabai.
Semoga usaha yang dilakuakn oleh Dr Noor Hisham dan pasukannya di KKM akan terus diberikan pengiktirafan bukan sahaja di Malaysia tapi di peringkat dunia.
Teruskan tabah melawan COVID-19!
Stay home & stay safe.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dunia kini seakan lumpuh apabila kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan kerana ingin mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Di beberpa negara yang memiliki jumlah rakyat yang ramai serta padat berdepan dengan cabaran yang sangat besar bagi memastikan pergerakan orang awam terkawal.
Disebabkan itulah usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi kerana mereka mengharapkan seberapa banyak bantuan yang ada. Sebagai contoh di India yang mempunyai seramai kira-kira 1.39 billion penduduk dengan beberapa bandar utamanya seperti New Delhi dan Mumbai berkepadatan tinggi.
Melihatkan keadaan semakin meruncing bintang Bollywood legenda, Shah Rukh Khan tampil memberikan bantuan. Memetik laporan India Today, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan telah menawarkan ruang pejabat berupa bangunan empat tingkat milik syarikat mereka untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.
Perkara ini disahkan oleh Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) yang mengucapkan terima kasih kepada dua figura besar industri lakonan di India kerana menyumbangkan bangunan empat tingkat sebagai langkah memperluakan lokasi kuarantin dan stor simpanan keperluan perubatan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Shah Rukh Khan & Gauri Khan yang menawarkan ruang pejabat empat tingkat dan membantu meluaskan kapasiti kuarantin terutamanya untuk wanita, kanak-kanak dan golongan tua.
“Tindakan yang mulia di saat yang sangat memerlukan!”
Terdahulu, Shah Rukh Khan turut mengumumkan sumbangan kepada PM-CARES Fund, Chief Minister’s Relif Fund if Maharashtra, Delhi and West Bengal. Malah menteri kabinet Maharashtra turut mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Shah Rukh Khan menerusi Twitter di atas sumbangan besar beliau.
Inilah dia betul-netul hero bukan hanya di layar perak sahaja. Semoga menjadi teladan buat kita semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.