
Tanpa mengira agama dan bangsa, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap prihatinnya menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang-barang kelengkapan kepada Masjid Al-Hidayah Kg Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur semalam.
Sikap teladan yang ditunjukkan bekas pemain badminton nombor satu negara ini nyata mendapat pujian ramai netizen.
Perkara ini telah dimuat naik menerusi akaun facebook Masjid Al-Hidayah Kg.Sungai Penchala bersama tiga keping gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid tersebut.
“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei
Diatas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini.
Kredit: Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga Kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.
Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin.”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Demi Lindungi Diri Ke Pasar Raya, Jurutera Tak Kisah Pakai Pelindung Daripada Plastik Sampah!

KUALA TERENGGANU, 26 Mac — Demi memastikan dirinya dilindungi dari jangkitan COVID-19, seorang jurutera sanggup memakai pakaian perlindungan diri yang dibuatnya sendiri daripada beg plastik sampah, ketika mengunjungi sebuah pasar raya, di sini.
Bagi melengkapkan set pakaian keselamatannya itu, Zamakhyari Khairiri, 41, turut memakai topeng muka, bercermin mata ‘goggle ski’ dan berkasut ‘but’ getah.
Bapa kepada tiga anak yang tinggal di Kampung Bukit Payong itu berkata, walaupun ada yang memandang pelik apabila melihat penampilannya, namun beliau tidak mengambil kisah mengenainya, asalkan beliau berasa selamat berada di tempat awam.

“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malahan merasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatkan orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.
“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu (COVID-19), dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamatan keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.
Beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memakai semua kelengkapan itu dengan dibantu anak-anaknya.

Zamakhyari menambah hari ini merupakan kali pertama beliau keluar dari rumah, untuk membeli barangan makanan dan keperluan keluarganya, setelah lapan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di Kuala Terengganu mendapati orang ramai yang keluar membeli barangan makanan dan keperluan keluarga, tetap mematuhi arahan keselamatan seperti jarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung.
Selain itu beberapa bank dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar raya turut menjadi tumpuan, memandangkan penjawat awam menerima gaji semalam.
Pihak bank dan pasar raya juga dilihat menyediakan pencuci tangan pembasmi kuman di pintu masuk dan pintu keluar premis mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata pihak polis turut membuat kawalan di setiap premis bank bagi memastikan orang ramai mematuhi langkah penjegahan penularan jangkitan COVID-19.
— BERNAMA (Oleh Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli)
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Raikan Anak Yatim & Pelajar Tahfiz, DMS Motors Tampil Hulurkan Bantuan Sempena Ramadan

Ramadan merupakan bulan di mana banyak syarikat dan juga individu berlumba-lumba untuk membuat kebaikan. Ini terutamanya kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Itulah yang dilakukan oleh syarikat DMS Motors yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman.
Bagi DMS Motors Sdn. Bhd., jenama yang sinonim dengan kemewahan dalam industri automotif, nilai kemanusiaan tidak pernah diketepikan. Sebaliknya, ia menjadi sebahagian daripada identiti syarikat ini dalam meneruskan tanggungjawab sosial mereka.
Sebuah majlis istimewa, ‘Raikan Ramadan 2025’ dianjurkan mereka baru-baru ini bukan sekadar satu perhimpunan sosial, tetapi satu manifestasi keikhlasan dalam menyebarkan kebaikan.
Dengan matlamat membawa sinar kegembiraan kepada mereka yang memerlukan, syarikat ini menghulurkan bantuan kepada anak-anak tahfiz dan anak yatim.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, lebih 200 anak-anak tahfiz dan 80 anak yatim dari beberapa pusat tahfiz dan rumah anak yatim terpilih telah dijemput.
Mereka bukan sahaja diraikan sebagai tetamu kehormat, malah diberi penghormatan untuk memimpin bacaan doa dan tazkirah sebelum menikmati juadah berbuka puasa.
Berkongsi Rezeki
Sebagai tanda keprihatinan, DMS Motors turut menyampaikan sumbangan duit raya, baju raya, serta barangan keperluan bernilai hampir RM50,000.
Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga untuk menghidupkan nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman, majlis ini adalah cerminan nilai syarikat yang mengutamakan tanggungjawab sosial dan kesejahteraan masyarakat.
“Kami percaya bahawa rezeki yang ALLAH kurniakan perlu dikongsi dan dikembalikan kepada masyarakat sebagai tanda kesyukuran dan tanggungjawab sosial,” ujar beliau.
DMS Care Program
Sebagai langkah jangka panjang, DMS Motors turut memperkenalkan program sosial DMS Care Program yang bertujuan untuk menyokong pendidikan anak-anak tahfiz dan anak yatim yang berpotensi tinggi.
Sebahagian daripada keuntungan syarikat akan disalurkan untuk membiayai pendidikan mereka, sekaligus membuka peluang untuk masa depan yang lebih baik.
“Salah satu langkah yang kami ambil adalah menawarkan latihan industri dalam bidang automotif kepada anak-anak tahfiz dan yatim, bagi membentuk generasi belia yang berilmu dan berdaya saing,” jelas beliau lagi yang dilihat cukup teruja untuk melaksanakan program ini.
Inisiatif seperti ini menunjukkan bahawa DMS Motors bukan sahaja sebuah syarikat automotif, tetapi juga entiti yang membawa perubahan positif dalam kehidupan masyarakat.
BACA: Noh Salleh Tampil Sebagai Duta Rasmi Qhiam, Kolaborasi Warisan & Inovasi
Dengan keprihatinan yang berterusan, DMS Motors membuktikan bahawa kemewahan sebenar bukan hanya terletak pada kenderaan berkelas tinggi. Tetapi juga pada usaha dalam menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.
Ramadan ini, mereka yang dibantu oleh DMS Motors bukan sekadar menerima sumbangan, tetapi turut merasai kehangatan kasih sayang yang tulus. Sebuah nilai yang lebih bermakna dari sekadar angka dan keuntungan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Soloz, Perjalanan Lagenda MLBB ke Dunia Filem!

Filem terbaru ‘Soloz : Game of Life’ bakal membawa peminat dunia gaming ke sebuah pengalaman epik yang tidak pernah disaksikan sebelum ini!
Kisah ini mengangkat perjalanan Mohd Faris bin Zakaria, atau lebih dikenali sebagai Soloz, dalam usahanya menjadi seorang pemain e-sukan profesional yang disegani.
Kisah Benar Perjuangan Soloz

Diinspirasikan daripada pengalaman sebenar Soloz, filem ini tidak hanya memaparkan kehebatan beliau dalam arena Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), tetapi juga kisah penuh emosi tentang cabaran, pengorbanan dan persahabatan yang terjalin dalam dunia e-sukan.
Ia menjanjikan perspektif unik tentang kehidupan seorang gamer, dari detik-detik kejatuhan sehingga momen kejayaan besar.
Bagi peminat MLBB, filem ini bakal memberikan rasa dekat dengan perjalanan Soloz.
Namun, bagi mereka yang kurang familiar dengan dunia gaming, ini adalah peluang untuk memahami usaha keras dan cabaran di sebalik tabir yang sering dipandang remeh.
Gabungan Animasi Gempak dan Visual Hebat Arahan Syafiq Yusof
Di bawah arahan pengarah berbakat Syafiq Yusof, filem ini menampilkan elemen animasi dan kesan visual yang mengagumkan.
Syafiq yang dikenali dengan karya blockbuster seperti “Abang Long Fadil” sekali lagi mengambil pendekatan berani untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain.
Dengan teknologi animasi terkini, Soloz: Game of Life menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa yang akan memukau penonton.
Setiap aksi, suasana pertandingan dan perjalanan Soloz divisualkan dengan penuh keaslian, menjadikan filem ini antara karya tempatan yang bakal diingati.

BACA LAGI : Jojo Ghazali Ada Formula Sendiri Untuk Tumpaskan Johan Estupinan
Filem yang Mengubah Stigma Dunia Gaming
Filem ini bukan sekadar hiburan kosong. Ia juga membawa mesej penting untuk mengubah persepsi masyarakat tentang permainan video dan industri e-sukan.
Menurut Syafiq Yusof, “Kami mahu membuka mata masyarakat bahawa dunia gaming bukan sekadar membuang masa. Ia adalah sebuah industri yang berkembang pesat dengan potensi besar sebagai kerjaya untuk generasi muda.”
Melalui Soloz: Game of Life, stigma negatif terhadap video game diharap dapat dihapuskan.
Filem ini menyerlahkan sisi positif e-sukan, termasuk kepentingan kerjasama, pengorbanan, dan usaha gigih yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam sekarang!
Sumber : ohbulan!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI