Memang lelaki ini jenis yang simple sahaja. Asalkan ada baju dan seluar, terus pakai sarung sahaja selagi diyakini ia bersih dan berbau wangi.
Namun tahukah anda? Dalam mengangkat martabat fesyen dan pengetahuan kaum lelaki, satu garis panduan suai padan warna diperkenalkan.
Tujuannya, biarlah lelaki melangkah keluar dari rumah dengan personaliti yang cukup segak selain memberi tarikan yang tersendiri.
6 panduan suai padan baju & seluar untuk lelaki
Sumber : Loksgud.in
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tips Tidak Tampil Selekeh Apabila Memakai Selipar
Isi Kandungan
TogglePemakaian selipar sering dikaitkan dengan penampilan yang selekeh. Keselesaan serta pemakaian selipar yang mudah dan pantas menjadi penyebab ramai lelaki menggemarinya, tetapi ada cara untuk anda tetap tampil bergaya walaupun memakai alas kaki terbuka itu.
Dengan pemilihan dan cara pemakaian yang betul, anda boleh mengelakkan kelihatan selekeh dengan penampilan yang santai tetapi tetap bergaya. Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan anda kelihatan kemas dan bergaya walaupun hanya memakai selipar.
1. Pilih Selipar Berkualiti
Pertama sekali, pastikan anda memilih selipar yang berkualiti. Elakkan selipar yang kelihatan murah dan rapuh.
Selipar kulit atau yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi lebih tahan lama dan memberikan penampilan yang lebih kemas. Pelaburan dalam sepasang selipar berkualiti boleh membuat perbezaan besar dalam gaya anda.
2. Pastikan Kaki Sentiasa Bersih dan Terjaga
Memakai selipar bermakna kaki anda akan lebih terdedah. Oleh itu, pastikan kaki anda sentiasa bersih dan terjaga.
Kuku kaki yang panjang dan kotor boleh merosakkan penampilan anda. Gunakan scrub untuk menghilangkan kulit mati dan pelembap untuk memastikan kulit kaki anda tidak kering dan pecah-pecah.
3. Padankan dengan Pakaian yang Betul
Padanan pakaian dengan selipar adalah penting untuk memastikan anda tidak kelihatan selekeh.
Selipar sesuai dipadankan dengan pakaian santai seperti seluar pendek, chinos, atau jeans yang digulung di bahagian buku lali. Pastikan pakaian anda kemas dan sesuai dengan situasi. Contohnya, elakkan memakai selipar ke majlis formal atau ke pejabat.
4. Pilih Warna yang Neutral
Warna selipar juga memainkan peranan penting dalam penampilan keseluruhan. Warna-warna neutral seperti hitam, coklat, atau navy lebih mudah dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian dan kelihatan lebih sophisticated.
Elak pakai selipar dengan corak yang terlalu terang atau terlalu banyak hiasan yang boleh membuatkan penampilan anda kelihatan berlebihan.
5. Jaga Kebersihan Selipar
Selipar yang kotor atau rosak akan membuatkan anda kelihatan selekeh. Bersihkan selipar anda secara berkala dan gantikan jika sudah terlalu lusuh.
Untuk selipar kulit, gunakan pembersih khas dan pelembap untuk menjaga kualitinya. Selipar yang bersih dan terjaga akan memberi impak besar kepada penampilan anda.
6. Elakkan ‘Selipar Jamban’
Selipar getah atau lebih dikenali sebagai ‘selipar jamban’ lebih sesuai untuk kegunaan di rumah atau di tepi pantai.
Jika anda perlu keluar ke tempat awam, pilihlah selipar yang lebih sesuai dan bergaya. Selipar kulit atau yang mempunyai rekaan moden lebih sesuai untuk dipakai di luar rumah.
7. Perhatikan Bentuk Kaki
Tidak semua selipar sesuai dengan semua bentuk kaki. Jika anda mempunyai kaki yang lebar, pilihlah selipar yang memberi ruang yang cukup untuk keselesaan. Selipar yang terlalu ketat akan menyebabkan kaki kelihatan kurang menarik dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Dengan mengikut tips-tips di atas, anda boleh memastikan penampilan anda tetap kemas dan bergaya walaupun hanya dengan memakai selipar. Ingatlah bahawa penampilan yang baik bermula dengan perhatian terhadap butiran kecil seperti pemilihan dan cara memakai selipar.
BACA: Elak Gunting Rambut Sehari Sebelum Hari Penting
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Pilih Saiz Baju Melayu Dengan Betul, Barulah Bila Pakai Rasa Ngam & Sedap Bergerak
Isi Kandungan
ToggleHari ini kita telah masuk hari ke-19 dalam bulan Ramadan menandakan 19 hari juga kita telah berpuasa. Ini bermakna kita ada lebih kurang 10 hari sahaja lagi sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri.
MASKULIN yakin ramai di antara anda sekarang sedang berkira-kira untuk membeli baju raya terutamanya Baju Melayu. Rasanya tidak sah untuk seorang lelaki tampil segak dengan Baju Melayu lengkap digayakan dengan samping.
Di pasaran sekarang terdapat banyak jenama dan jenis bahan kain yang digunakan. Setiap satunya dipasarkan dengan kelebihan tertentu seperti kai tidak panas dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Namun tahukah sebenarnya untuk mendapatkan keselesaan maksima memakai Baju Melayu adalah dengan memilih saiz yang betul. Dengan segala macam jenis potongan yang ada sekarang mungkin boleh buat anda keliru.
Untuk memilih saiz Baju Melayu yang anda perlu mengetahui ukuran bahagian badan yang berbeza seperti ukuran dada, pinggang, dan panjang tangan.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa langkah mudah untuk membantu anda memilih saiz Baju Melayu yang betul:
Ukuran Dada
Anda perlu mengukur bahagian dada di bawah ketiak. Ukur keliling dada anda dengan meteran kain dan pastikan ia selesa tetapi tidak terlalu longgar.
Ukuran Pinggang
Bagi bahagian pinggang pula anda harus mengukur di bahagian terkecil. Ukur keliling pinggang anda dengan meteran kain dan pastikan ia selesa tetapi tidak terlalu longgar.
Panjang Lengan
Anda perlu mengukur dari bahagian tengah belakang leher hingga ke tangan anda. Pastikan untuk mengukur dari bahagian belakang baju anda.
Rujuk Carta Saiz
Setiap jenama Baju Melayu di pasaran mempunyai carta saiz yang berbeza. Rujuk carta saiz untuk jenama baju yang anda minati dan gunakan ukuran badan anda untuk memilih saiz yang betul.
Cuba Saiz Berbeza
Sekiranya anda tidak pasti dengan saiz yang betul, cuba beberapa saiz yang berbeza dan pilih yang terbaik.
Saiz Seluar
Kebiasaannya untuk Baju Melayu ready-to-wear akan hadir dengan seluar menggunakan getah di sebahagian keliling pinggang. Jadi untuk seluar anda usah risau kerana ukurannya tidak begitu rumit.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat membeli-belah baju raya!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Dapatkan Baju Melayu yang berkualiti seperti foto di atas di sini ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lipat Kaki Seluar Dengan Betul Mengikut Jenis Cutting
Isi Kandungan
ToggleSama ada menggayakan seluar chino, khaki atau jeans pastinya kadangkala anda akan melipat seluar untuk kesesuaian dengan sneakers atau kasut. Tapi apakah teknik lipat kaki seluar yang anda amalkan selama ini. Adakah ia sesuai mengikut gaya atau cutting seluar yang dipakai?
Melipat kaki seluar kini bukan semata untuk menguragkan keanjangan seluar semata. Ia kini telah dianggap sebagai salah satu teknik penggayaan yang boleh menyerlahkan penampilan lebih menarik.
Teknik lipat kaki seluar yang betul boleh menyerlahkan bukan sahaja gaya namun menjadikan outfit yang dipakai lebih menonjol. Namun sebelum anda melakukan lipatan kaki seluar beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Pertama jenis material kain seluar. Sebagai contoh denim yang berkualiti tinggi mempunyai berat yang agak tinggi. Jadi lipatan kaki seluar perlulah dilakukan dengan baik agar ia tidak nampak janggal atau nampak terlalu kembang.
Terdapat beberapa jenis teknik lipatan kaki seluar. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa teknik dan tip yang anda boleh ikut.
PINROLL
Lipatan ini sesuai digayakan dengan kasut yang lebih runcing dan slim. Sebagai contoh sneakers Nike Roshe Run atau Flyknit Racer. Walau bagaimana pun elakkan lipatan ini dengan kasut yang lebih bulky atau besar. Atau yang mempunyai tapal yang tebal.
Cara melakukannya ialah tarik kaki seluar kira-kira seinci ke dalam. Kemudian lakukan lipatan ke atas sebanyak dua atau tiga kali. Ia akan membuatkan kaki seluar menjadi lebih fit dan mencengkam bahagian atas buku lali. Jenis cutting seluar yang sesuai ialah slim dan regular cut.
LIPATAN BIASA
Ini merupakan jenis lipatan kaki seluar yang paling versatil. Boleh dikatakan ia sesuai digayakan dengan apa jua jenis kasut. Lipatan biasa juga boleh dilakukan ke atas semua jenis seluar tanpa mengira jenis kain.
Lakukan sekurang-kurangnya dua kali lipatan untuk gaya yang lebih kemas. Cutting seluar yang sesuai adalah regular, straight, slim dan skinny.
SKINNY ROLL
Paling sesuai dilakukan ke atas seluar skinny atau slim. Lakukan lipatan kecil dengan menggunakan kaki seluar. Namun ia tidak boleh dilakukan ke atas seluar jean atau denim tebal. Gaya lipatan skinny roll juga tidak sesuai dengan penggayaan kasut but atau sneakers yang lebar.
IRON WORKER
Sesuai dengan namanya, jenis lipatan ini popular suatu ketika dahulu di kalangan pekerja lombong. Lipatan yang lebih besar ini biasanya sesuai untuk dilakuka ke atas seluar jeas sahaja. Paling sesuai jika jean menggunakan kain denim yang tebal dan berat.
Semoga teknik lipatan kaki seluar ini boleh membantu anda mendapatkan gaya penampilan lebih menarik!
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video gaya hidup lelaki terkini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI