Baru-baru ini SUTL Sportsland melancarkan pembukaan semula outlet Nike mereka di pusat beli-belah tekemuka, Pavilion KL. Hadir dengan konsep Nike Rise ia disebut sebagai sebagai outlet jenama Nike terbesar Malaysia.
Nike Pavilion menampilkan aneka produk yang dapat mencetus ilham buat ahli SUTL Life, para keluarga dan komuniti tempatan untuk menjadikan kegiatan sukan sebagai amalan harian. Antara tawatan terbaik untuk pelanggannya yang menjadi ahli bertaraf premium ialah akses awal ke atas keluaran eksklusif.
Di antara pembaharuan baharu pada pembukaan outlet wajah baru ini juga banyak memberikan fokus kepada seksyen wanita dengan pelbagai koleksi kasut dan pakaian untuk tarian, kecergasan, aktiviti berlari, yoga dan pakaian siar, termasuk perkhidmatan pakar penggayaan peribadi.
Berpegang kepada konsep Nike Rise, Nike Pavilion telah merungkaikan sebuah siri ilustrasi Nike By You yang dihasilkan oleh seorang artis tempatan, Shu Yee. Ilustrasi unik tersebut, yang melambangkan makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti Roti Canai, Durian dan Teh Tarik, kini disediakan buat ahli Nike yang ingin memperibadikan kemeja-T dan beg tote mereka.
“Nike Pavilion bukan sekadar ruang retail yang anda biasa kunjungi. Outlet ini telah dikonsepsikan dengan teliti menggunakan berbilang titik sentuhan yang menawarkan pengalaman Nike yang benar-benar imersif.
“Ketersediaan staf yang arif, perkhidmatan keahlian, produk-produk khas dan banyak lagi tarikan yang lain mencetus inspirasi buat para peminat sukan, sekali gus mengutuhkan lagi hubungan dengan komuniti tempatan, hatta barisan produk yang terbaik juga dapat disediakan untuk memenuhi keperluan setiap individu,” jelas Pengarah Kanan Kedai Nike, Asia Tenggara & India, Tarundeep Singh.
“Konsep kedai ini mencerminkan suasana kota Kuala Lumpur menerusi reka bentuknya. Kami berharap ia akan menjadi destinasi sukan buat semua golongan, bagi mereka yang meminati sukan, aktiviti kecergasan, ataupun gaya hidup aktif,” tambahnya lagi.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUTL Global, Arthur Tay pula berkata, “Pembukaan Nike Pavilion di Kuala Lumpur menandakan satu lagi kejayaan SUTL sebagai pengedar barangan pengguna dan gaya hidup yang terkemuka di Asia.”
“Kami percaya konsep Nike Rise akan menaik taraf pengalaman pengguna, turut menambah seri di semua kedai Nike yang dioperasikan oleh SUTL.
“Meskipun berhadapan dengan situasi yang berbeza dalam pentas peruncitan ketika pandemik, kami percaya usaha bersepadu kami untuk mentransformasikan gaya hidup sukan dengan memberi penekanan yang tinggi terhadap kesihatan dan kesejahteraan peribadi pasti akan membuahkan kejayaan dalam suatu bentuk.”
Buat peminat jenama ini, outlet ini pastinya menjadi lokasi wajib untuk dilawati.