Baru-baru ini SUTL Sportsland melancarkan pembukaan semula outlet Nike mereka di pusat beli-belah tekemuka, Pavilion KL. Hadir dengan konsep Nike Rise ia disebut sebagai sebagai outlet jenama Nike terbesar Malaysia.
Nike Pavilion menampilkan aneka produk yang dapat mencetus ilham buat ahli SUTL Life, para keluarga dan komuniti tempatan untuk menjadikan kegiatan sukan sebagai amalan harian. Antara tawatan terbaik untuk pelanggannya yang menjadi ahli bertaraf premium ialah akses awal ke atas keluaran eksklusif.
Di antara pembaharuan baharu pada pembukaan outlet wajah baru ini juga banyak memberikan fokus kepada seksyen wanita dengan pelbagai koleksi kasut dan pakaian untuk tarian, kecergasan, aktiviti berlari, yoga dan pakaian siar, termasuk perkhidmatan pakar penggayaan peribadi.
Berpegang kepada konsep Nike Rise, Nike Pavilion telah merungkaikan sebuah siri ilustrasi Nike By You yang dihasilkan oleh seorang artis tempatan, Shu Yee. Ilustrasi unik tersebut, yang melambangkan makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti Roti Canai, Durian dan Teh Tarik, kini disediakan buat ahli Nike yang ingin memperibadikan kemeja-T dan beg tote mereka.
Ads
“Nike Pavilion bukan sekadar ruang retail yang anda biasa kunjungi. Outlet ini telah dikonsepsikan dengan teliti menggunakan berbilang titik sentuhan yang menawarkan pengalaman Nike yang benar-benar imersif.
“Ketersediaan staf yang arif, perkhidmatan keahlian, produk-produk khas dan banyak lagi tarikan yang lain mencetus inspirasi buat para peminat sukan, sekali gus mengutuhkan lagi hubungan dengan komuniti tempatan, hatta barisan produk yang terbaik juga dapat disediakan untuk memenuhi keperluan setiap individu,” jelas Pengarah Kanan Kedai Nike, Asia Tenggara & India, Tarundeep Singh.
Ads
“Konsep kedai ini mencerminkan suasana kota Kuala Lumpur menerusi reka bentuknya. Kami berharap ia akan menjadi destinasi sukan buat semua golongan, bagi mereka yang meminati sukan, aktiviti kecergasan, ataupun gaya hidup aktif,” tambahnya lagi.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUTL Global, Arthur Tay pula berkata, “Pembukaan Nike Pavilion di Kuala Lumpur menandakan satu lagi kejayaan SUTL sebagai pengedar barangan pengguna dan gaya hidup yang terkemuka di Asia.”
Ads
“Kami percaya konsep Nike Rise akan menaik taraf pengalaman pengguna, turut menambah seri di semua kedai Nike yang dioperasikan oleh SUTL.
“Meskipun berhadapan dengan situasi yang berbeza dalam pentas peruncitan ketika pandemik, kami percaya usaha bersepadu kami untuk mentransformasikan gaya hidup sukan dengan memberi penekanan yang tinggi terhadap kesihatan dan kesejahteraan peribadi pasti akan membuahkan kejayaan dalam suatu bentuk.”
Buat peminat jenama ini, outlet ini pastinya menjadi lokasi wajib untuk dilawati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda bahawa penyakit resdung boleh mambawa maut? Resdung adalah sejenis alahan dan keradangan di dalam hidung (selaput dalam hidung). Penyakit ini biasanya hadir ketika anda mengemas rumah dan terdedah kepada kawasan-kawasan kotor. Resdung atau sinus ini sensitif kepada bau wangi, bulu kucing dan habuk. Keradangan sinus sudah boleh dianggap serius kerana kesannya sangat menakutkan. Anda yang kronik pada resdung ini akan mudah dijangkiti virus dan bakteria, demam, jangkitan tulang muka, jangkitan nanah disekeliling mata, jangkitan otak, jangkitan tonsil dan keradangan telinga.
Ini kerana nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
Sebab tu jangan ambil mudah dengan penyakit resdung ini. Ini tips yang paling mudah untuk rawat sinus anda di rumah:
1) Tekapkan muka dengan kain yang dibilas dengan air panas
Cara ini dapat membantu anda untuk membuka rongga pernafasan dengan mudah. anda hanya perlu tekapkan wajah anda dengan kain yang sudah diperahkan air panas. Ini dapat mengeluarkan lender yang tersekat pada ruang hidung anda.
2) Cuka Epal dan Madu
Cara merawat resdung adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.
3) Limau nipis dan pandan
Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan. Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air sahaja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Setelah selesai anda boleh cuci wajah dengan air biasa.
4) Lidah Buaya
Lidah buaya ni sememangnya banyak khasiatnya. Ia boleh merawat resdung kerana mengandungi sifa antiseptic. Titiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung ataupun anda boleh rebus dan minum air untuk kesan yang lebih baik
5) Air Masak
Anda mungkin Nampak tips ke 5 ini terlalu common. Untuk pengetahuan anda, air masak ini boleh mengawal lendiran tersumbat dalam hidung anda, disamping menjadikan badan anda sihat dan cergas.
Penyakit resdung ini, jika tidak diambil serius boleh meragut nyawa. Jika anda kronik pada sinus ini, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Majlis anugerah filem yang cukup dinantikan setiap tahun akhirnya melabuhkan tirainya dengan menyaksikan filem ‘Oppenheimer’ meraih kejayaan besar dengan tujuh Academy Awards, termasuklah untuk kategori Filem Terbaik.
Filem arahan pengarah berpengaruh, Christopher Nolan ini merupakan nashkah biopik sejarah tentang ‘bapa’ kemajuan bom atom, J. Robert Oppenheimer.
Selain Christopher yang mendapat anugerah Pengarah Terbaik, pelakon utamanya iaitu Cillian Murphy turut meraih Oscar pertamanya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.
Manakala untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik pula diraih oleh Emma Stone menerusi lakonan mantapnya di dalam filem ‘Poor Things’.
Seperti dijangka majlis Anugerah Akademi ke-96 memberikan banyak saingan hebat buat Cillian Murphy seperti dari Jeffrey Wright, Colman Domingo, Paul Giamatti dan Bradley Cooper.
Selain aksi dan kerenah sepanjang majlis berlangsubng di antara tarikan utama pasatinya ketika di permaidani merah.
Adakah kita berada dalam elemen klasik yang lebih tenang, seperti yang kita lihat tahun lepas? Atau adakah ramalan kami akan terbukti betul dengan perarakan hiasan yang menarik dan sut bergaya ’70-an?
Ketahui dengan menyimpannya di sini sepanjang malam sambil kami memecahkan semua penampilan pakaian lelaki Oscar 2024 yang terbesar dan terbaik sebaik sahaja melanda permaidani.
CILLIAN MURPHY
BRADLEY COOPER
COLMAN DOMINGO
RYAN GOSLING
RIZ AHMED
DWAYNE JOHNSON
MATTHEW McCONAUGHEY
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dua hari lalu jenama fesyen sukan dan gaya hidup berpengaruh asal Jepun, Onitsuka Tiger telah memperkenalkan koleksi kontemporari secara eksklusif menerusi persembahan yang cukup menarik. Koleksi terbaru ini dikatakan sarat dengan gabungan isnpirasi fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Di bawah pimpinan artistik Andrea Pompilio, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi Musim Bunga/Panas 2022 di Milan menerusi sebuah filem pendek berjudul ‘Milan-Tokyo’, arahan Hideto Hotta.
Menariknya, jenama fesyen popular Jepun ini menggabungkan trend fesyen sukan bersama keterampilan inovasi telah memilih Milan Fashion Week buat musim kedua untuk mengetengahkan koleksinya yang terkini.
Filem pendek tersebut menggambarkan Andrea melakukan perjalanan dari kota Milan ke Tokyo yang kosong, namun masih belum hilang keunikannya. Rona pengembaraan malam bermula dari lapangan terbang, lalu bergerak pantas ke jalanan metropolis.
Kemunculan lampu isyarat, jambatan, jalan raya dan lebuh raya bertingkat: semuanya tampak kosong. Dengan peralihan pemandangan sekeliling, ia kemudiannya berubah menjadi sebuah landasan fesyen. Ruang yang luas terbentang seterusnya menjadi semakin kecil, menghampiri lorong-lorong Shinjuku dan Shibuya.
Ia sama sekali berbeza dengan keadaan di tengah bandaraya, diterangi lampu neon berwarna-warni milik kedai teknologi dan gajet, juga stesen teksi yang dipenuhi deretan teratur kereta lama serta baharu. Renda putih pada alas tempat duduknya pula memberi kesan bertentangan dengan kemilau LED berwarna-warni pada pintu automatiknya.
Kembara itu berterusan sehingga ke lorong belakang Arked Membeli-belah Ooimachi. Dari kedai kopi dan bar snek, hinggalah ke papan tanda jalanan; semuanya memancarkan cahaya sejuk kehijauan yang menghuraikan perasaan disorientasi, seperti hilang dalam terjemahan (lost in translation). Kembara itu berakhir di ruang atas bumbung salah satu dari bangunan pencakar langit Tokyo
Lampu-lampu yang tidak berhujung mengingatkan semula masa depan dystopia yang digambarkan oleh anime ikonik yang menakluki dunia. Justeru, waktu malam di Tokyo yang menantikan saat bangkitnya dari kesibukan rutin diangkat sebagai simbol tenaga dan kemodenan. Dengan estetik berorientasikan fesyen dan sukan, koleksi Onitsuka Tiger ini nyata sesuai dengan suasana keseluruhannya.
Musim 2022 bakal menjadi Tahun Harimau, simbol teras jenama ini dengan ungkapan tema berterusan iaitu kuasa harimau.
Helaian seleksi serbaguna dan pelengkap gaya dalam koleksi ini menampilkan cetakan haiwan serta geometri, selain garisan mendatar, yang turut digabungkan di dalam himpunan santai ke pantai. Untuk pilihan sepatu, terdapat dua gaya baharu yang menampilkan tapak kaki bercetak dan bahagian atas kasut yang menggambarkan ciri-ciri bulu harimau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.