‘Terbang’ Bersama HOKA Dengan Kempen Larian Global Menampilkan Kisah Atlet Luar Biasa

Share

Bagi peminat larian jenama HOKA pastinya tidak asing lagi buat anda. Jenama yang merupakan sebahagian dari Deckers Brands ini dikenali ramai dengan rekaan kasut lariannya yang bukan sahaja mampu menawarkan keselesaan tetapi sarat dengan inovasi terkini.

Terbaru, HOKA telah melancarkan platform jenama global terbarunya iaitu ‘FLY HUMAN FLY’. Ia merupakan sebuah kempen bersepadu dari HOKA pada peringkat global yang dilancarkan bagi menjemput pelari aktif di Malaysia untuk turut serta menikmati kepuasan, kegembiraan, keyakinan dan kebebasan dalam ekspresi larian.

‘FLY HUMAN FLY’ diangkat oleh HOKA sebagai pemangkin untuk menggalakan orang ramai untuk mendekati gaya hidup cergas dan sihat. Lebih menarik HOKA turut memperkuatkan kempen ini bukan sahaja secara fizikal tetapi paltform digital di seluruh dunia.

Kempen ini turut menampilkan ‘Pursuit’ yang merupakan sebuah filem khas dari HOKA. Filem pendek berdurasi 60 saat ini menampilkan kepercayaan HOKA terhadap kuasa di sebalik pergerakan, iaitu aktiviti berlari.

WIRA LARIAN

Ia menampilkan wira yang memasuki dunia ajaib yang dipenuhi dengan kegembiraan, keyakinan dan kemungkinan luar biasa. Dengan kisah jenama, produk dan manusia, pendekatan strategik dan pelaburan pemasaran HOKA akan memenuhi kehendak pengguna pada setiap langkah dalam perjalanan mereka.

HOKA Bondi 8

“HOKA telah diperjuangkan oleh komuniti atlet ketahanan yang kuat sejak awal lagi. Apabila pengguna mencuba produk HOKA, mereka jatuh cinta dengan inovasi produk kami yang memberikan pengalaman yang selesa dan kepantasan bertaraf dunia. HOKA berkembang ke tahap semasa terutamanya daripada hasil buah mulut peminat kami,” kata Norma Delaney, Naib Presiden Pemasaran Jenama Global di HOKA.

“Mereka yang mengenali kami, adalah peminat seumur hidup. Kempen global FLY HUMAN FLY adalah jemputan untuk mereka di mana-mana untuk menikmati HOKA dan terbang ke dunia yang dipenuhi peluang baharu,” tambahnya lagi.

HOKA membezakan dirinya di pasaran sebagai jenama prestasi yang mengutamakan manusia, yang dibuktikan dengan platform penceritaannya “Humans of HOKA.” Melalui penyampaian kisah manusia, HOKA berkongsi nilai teras dan DNA jenama serta meraikan hati, jiwa dan kuasa kemanusiaan untuk mengubah dunia.

HOKA Mach 5

HOKA akan menceritakan kisah-kisah luar biasa ini tentang atlet dari semua peringkat dan keupayaan melalui video, blog dan saluran utama jenama.

KISAH INSPIRASI

Di Malaysia, artis tempatan yang berbakat, Edward Wong, dipilih secara eksklusif untuk mengambil bahagian dalam “Humans of HOKA” untuk memberi penerangan tentang perjalanan peribadi dan cabaran yang dihadapi beliau sebagai seorang yang pekak, dimana beliau tabah dan kekal berusaha untuk mengatasi dugaan yang melanda.

FLY HUMAN FLY akan terus menyampaikan kisah-kisah yang menginspirasikan yang sejajar dengan DNA dan nilai teras jenama.

Bertepatan dengan pelancaran FLY HUMAN FLY, HOKA memperkenalkan Mach 5, lelaran seterusnya bagi francais Mach yang ikonik. Mach 5 menawarkan kasut larian yang dipacu prestasi. Dengan keseimbangan sempurna antara kelajuan dan keselesaan, Mach 5 memberi tenaga kepada pelari untuk mengejar apa yang diingini, daripada rekod peribadi perlumbaan kepada nikmat kebebasan pacuan pantas.

Selain itu, HOKA juga memperkenalkan salah satu kasut paling lasak mereka iaitu Bondi 8. Kasut inovatif yang berkusyen ini direka bentuk dengan busa tapak yang lebih lembut dan lebih ringan dengan geometri tumit lanjutan yang serba baharu.

Kesan mengepul pada crash pad di bahagian belakang kasut dapat menghasilkan peralihan tumit ke kaki yang lebih lancar untuk pengalaman berlari yang lebih selesa. Dengan gabungan kelembutan dan kelenturannya, Bondi 8 adalah kasut yang sempurna untuk semua peringkat pelari.

Pelancaran ini mengukuhkan lagi kedudukan jenama HOKA sebagai perintis dalam kategori prestasi dan pelancaran ini akan dilengkapkan dengan kempen pemasaran sampingan.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim