Push Up Boleh Hasilkan Teras Badan Yang Lebih Kuat

Share

Senaman push up merupakan senaman yang menjadi satu rutin yang cukup popular di kalangan penggemar senaman. Apa tidaknya ia mampu memberikan banyak kelebihan kepada sesiapa yang mengamalkannya setiap hari.

Tapi MASKULIN tahu ramai di antara anda sering tergendala hasrat untuk mulakan aktiviti senaman. Alasan biasa yang selalu kita dengar ialah tak sempat dan tak ada masa. Sibuk dengan kerja dan kegiatan harian. Walaupun sebenarnya tidak perlu ambil masa lama pun untuk lakukan senaman.

Tapi jika anda tak mulakan sampai bila-bila pun tak akan jadi.

Buat anda yang ingin mula bersenam mungkin boleh mulakan dengan senaman ini. Tak perlu banyak, hanya lakukan sebanyak 10 push up setiap hari sahaja selama sebulan beturut-turut.

MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental.Di antara kesan utamanya ialah teras badan menjadi semakin kuat dan stabil. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!

LEBIH BERTENAGA

Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 10 rep, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’.

Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.

PUSH UP PERUBAHAN LUARAN

Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.

BADAN LEBIH KUAT

Antara kelebihan melakukan senaman ini adalah ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda.

Ramai orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 10 kali selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.

JADI MAKIN SENANG

Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah senaman kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.

MENTAL LEBIH TENANG

Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.

Anda boleh dapatkan peralatan senaman pada harga berpatutan di sini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim