Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini trend fesyen streetwear terutamanya sneakers telah berkembang dengan cukup pesat bukan sahaja di rantau Asia Tenggara malah di seluruh dunia.
Jika dulu budaya ‘sneakers’ hanya betul-betul diikuti oleh penggemarnya kini ia telah berkembang menjadi trend yang sangat popular. Jadi tidak hairanlah mengapa kajian daripada Piper Sandler mendapati nilai pasaran sneakers pada tahun lalu mencecah USD10 billion. Ia merupakan satu angka yang luar biasa USD4 billion penambahan dari tahun 2019.
Jadi tidak hairanlah mengapa pasaran sneakers kini mampu menjana pendapatan yang sangat baik. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis platform jual bali atau pasaran sneakers di atas talian yang ditawarkan. Di antara platform yang semakin popular di rantau Asia Tenggara pada masa kini ialah Novelship.
MASKULIN telah berkesempatan untuk menemubual Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Novelship, Richard Xia tentang hala tuju syarikatnya serta padangan tentang budaya sneakers pada masa kini dan akan datang.
Pertama sekali, kenapa sneakers?
Saya muka menyukai sneakers kerana seiring dengan cinta serta minat saya kepada muzik hip hop terutamanya Kanye West. Mampu memiliki sepasang kasut Yeezy pada era ini merupakan impian ramai anak muda.
Boleh ceritakan tentang sejarah dan apa maksud di sebalik nama ‘Novelship’?
Novelship merupakan platform yang saya dan rakan baik saya selama 17 tahun, Chris sama-sama tubuhkan. Kami berdua mempunyai minat yang cukup mendalam terhadap sneakers dan juga streetwear. Disebabkan itulah kami ambil keputusan untuk melancarkan Novelship pada tahun 2018.
Perkataan Novelship datang dari budaya sneakers yang ‘novel’ dan dihantar (‘shipped’) kepada pengguna kami di segenap ceruk rantau ini.
Apakah yang membuatkan Novelship menjadi salah sebuah platform atau marketplace paling dipercayai di kalangan peminat sneakers?
Sejak awal penubuhan kami telah jelas dengan mengutamakan sebuah ekosistem yang selamat untuk jual beli di kalangan pengguna. Untuk menghasilkan ekosistem yang selamat kami menetapkan setiap pembeli atau penjual mengikuti peraturan ketat untuk setiap transaksi.
Sebagai contoh pembeli atau penjual harus meletakkan kaedah bayaran, pin OTP dan juga beberapa langkah keselamatan lain bagi mengelakkan berlakunya risiko penipuan. Dengan pemgikuti setiap langkah pengguna platform kami akan dapat membeli-belah dengan hati yang lebih senang.
Bagi penjual pula mereka harus mengikuti jendela untuk penghantaran dengan tepat bagi memastikan ia sampai dalam tempoh masa dijanjikan serta kondisi yang baik. Setiap produk yang diiklankan di Novelsip akan melalui prosos verifikasi bagi memastikan ia bukan produk tiruan atau palsu.
Apakah perbezaan di antara Novelship berbanding platform lain yang menawarkan servis lebih kurang sama?
Salah satu kelebihan yang kami miliki ialah rantaian bekalan yang kukuh terutamanya di rantau ini dengan pengalaman kami selama 3 hingga 4 tahun. Dengan jaminan rantaian bekalan yang baik pengguna kami seperti di Malaysia, Indonesia dan Taiwan boleh dapatkan produk tanpa sebarang ragu.
Kedua, Novelship bukanlah hendak bersaing dengan ‘pemain utama’ di peringat global. Kami merupakan sebuah start up yang lahir dan berkembang di Sungapura dan Asia Tenggara. Kami mahu meluaskan pasaran hingga ke rantau Asia Pasifik namun untuk mencapainya kami harus mengutamakan servis di peringkat lokal.
Apakah bentuk teknologi baharu yang Novelship mahu integrasikan dalam masa akan datang?
Terkini kami sedang berusaha untuk terokai potensi besar ditawarkan menerusi metaverse. Walaupun ia masih di peringkat awal namun sasaran yang kami mahu lihat melalui potensi ini bukanlah gimik malah memberikan nilai jangka masa panjang untuk pengguna.
Di antara pengenalan baharu yang kami cukup teruja untuk perkenalkan adalah transaksi menggunakan mata wang kripto dan ia secara tidak langsung meletakkan Novelship sebagai antara platform pertama di dunia untuk melakukannya.
Dari segi penggunaan teknologi AR, kami masih cuba untuk terokai teknologi ini. Sebagai contoh pengguna boleh ‘mencuba’ kasut yang diminati secara virtual.
Cabaran terbesar anda sebagai pengendali salah sebuah platform marketplace terbesar di Asia Tenggara?
Setiap pasaran pasti akan ada cabarannya tersendiri dengan pelbagai peraturan dan protokol. Bagi Novelship kami harus bijak untuk berdepan dengan pelbagai polisi dan duti kastam. Oleh itu, pastinya kami memerlukan usaha yang lebih baik dalam menawarkan servis untuk pelbagai sempadan. Bagi menguruskan transaksi di antara negara berbeza juga memberikan cabaran tersendiri.
Selain itu cabaran menjalan kempen juga memerlukan terjemahan dalam pelbagai bahasa dengan baik mengambil kira faktor budaya setempat.
Di manakah anda melihat populariti dan trend sneakers dalam tempoh beberapa tahun akan datang?
Kmai menjangkakan trend dan budaya sneakers akan terus menjadi subjek di arus perdana dengan lebih menonjol. Pada masa kebanyakan pengguna platform kami terdiri daripada golongan muda namun kami yakin penyertaan lebih ramai untuk golongan lebih berusia. Begitu juga dengan demografik dari kaum wanita. Ketika kami bermula 90% pengguna adalah di kalangan lelaki namun kini hampir 45% terdiri daripada wanita.
Sneakers kini menjadi trend yang sangat popular berbanding dahulu. Pada pendapat anda, apakan yang menjadi penyumbang utama populariti ini?
Terdapat anjakan dalam cita rasa fesyen di kalangan generasi baharu. Jika pergi ke kotaraya utama dunia seperti di Asia, lihatlah apa yang berada di badan serta kaki pada golongan muda dan penggemar fesyen. Ia sangat jelas bahawa streetwear dan sneakers mempunyai populariti sangat luar biasa.
Malah lihat sahaja jenama mewah seperti Prada dan Gucci yang turut sedar akan potensi besar trend ini dan turut mengeluarkan sneakers. Selain menjadi item fesyen yang menarik, sneakers juga merupakan satu pelaburan yang cukup menguntungkan.
Apakah perancangan Novelship untuk masa akan datang?
Bagi tahun 2022 kami akan terus memasang tekad untuk memberikan khidmat dan servis lebih baik dalam trend pasaran terkini. Kami juga ingin meningkatkan variasi tawaran produk dan memberikan servis lebih kepada keselesaan maksima untuk pengguna. Dari segi mengembangkan Novelship kami sedang cuba meneliti dan menerokai tambahan dua atau tiga rantau pasaran untuk tahun ini.