Memiliki kereta pada masa kini merupakan satu keperluan asas terutamanya buat anda yang sudah berkeluarga. Tanpa kereta mungkin agak sukar untuk melakukan tugasan harian sama ada untuk kerja atau pun hal-hal melibatkan urusan rumahtangga.
Dan satu kebiasaan juga bagi kita rakyat Malaysia yang ingin membeli kereta baharu melakukan pinjaman bank bagi pembiayaan kereta.
Di negara kita rata-rata kadar paling rendah untuk bayaran pendahuluan atau deposit ialah sebanyak 10% dari harga kereta atau kenderaan yang ingin dibeli.
Manakala bakinya adalah berdasarkan pinjaman pembiayaan dari bank. Menariknya kita diberi pilihan untuk membuat pinjaman sama ada selama 5, 7 atau 9 tahun.
Ads
Namun tempoh itu juga bergantung kepada kelulusan bank berdasarkan faktor-faktor kewangan atau ‘credit score’ anda sendiri.
Persoalannya tempoh pinjaman yang manakah lebih baik dan apakah perbezaan di antara melakukan pinjaman tempoh yang lama atau sekejap.
Ads
Untuk mendapatkan jawapan ini, MASKULIN telah menemubual seorang Penasihat Jualan Toyota, Momon Syah yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam perkara melibatkan jual beli kereta.
Temubual yang turut diselitkan sebagai tajuk utama bagi program video terbaru kami iaitu RMaskulin menjelaskan beberapa perkara yang mungkin selama ini menjadi persoalan bagi anda.
Ads
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik ini anda boleh tonton video di bawah;
Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat untuk anda untuk sekarang dan masa akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berdepan pandemik Covid-19 telah menyaksikan pelbagai cabaran kesihatan dan ekonomi yang telah sama-sama kita tempuhi. Sepanjang tempoh ini juga banyak kegiatan sama ada sosial dan ekonomi terpaksa ditutup buat sementara bagi membendung penularannya.
Negara kita kini sedang berada dalam Pelan Pemulihan Negara di mana beberapa buah negeri dikategorikan dalam beberapa fasa tertentu.
Dengan kadar vaksinasi yang semakin meningkat kerajaan telah memutuskan untuk membukan lebih banyak kegiatan ekonomi bagi memulihkan semula negara. Menyahut seruan itu, PERODUA turut mengumumkan bahawa mereka akan memulakan kembali operasi psuat jualan dan selepas jualannya.
Foto: PERODUA
Ia termasuklah khidmat servis serta bengkel Badan Kenderaan dan Cat (B&P) di sekuruh negara. Untuk rekod, PERODUA kini mempunyai sebanyak 191 pusat jualan, 197 pusat servis dan 69 B&P.
Pembukaan semula kesemua pusat jualan dan juga servis ini dilihat seiring dengan kebenaran pembukaan semula fasilitinya di Rawang baru-baru ini. Malah, penghantaran kenderaan telah dikatakan bermula secara berperingkat bermula sejak minggu ini.
Foto: PERODUA
Mereka juga menjangkajan lebih banyak kenderaannya akan dihasilkan serta didaftarkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Menurut residen dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, mereka berterima kasih kepada pelanggang di atas kesabaran, kefahaman dan juga kesetian dalam menerima kenderaan PERODUA.
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad
“Kami berharap dapat menghantar sebanyak mungkin pesanan yang ada dalam tahun ini.
“Kami kini sedang menilai kesan penutupan yang diperkenalkan pada 1hb Jun 2021 terhadap operasi. Perodua kami akan mengumumkan sasaran semakan untuk tahun ini tidak lama lagi,” jelasnya lagi.
Foto: PERODUA
Walaupun PERODUA telah memenuhi kriteria yang diperlukan bagi program vaksinasi pekerja-pekerjanya, pengeluar kereta paling popular di Malaysia itu tetap menggariskan panduan keselamatan buat para pelanggan ketika mengunjungi pusat jualan dan selepas jualannya.
Pusat selepas jualan merangkumi pusat servis serta kemudahan badan kenderaan dan cat. Keperluan-keperluan keselamatan ini termasuklah mendapat vaksin sepenuhnya, memakai pelitup muka, membuat janji temu sebelum mengunjungi cawangan jualan dan/atau servis dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal.
Perodua mempunyai kira-kira 11,000 orang kakitangan. Jika digabungkan dengan para pembekal, pengedar dan kontraktornya, ekosistem Perodua mempunyai lebih 70,000 tenaga kerja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Celebrity Car Wars kembali lagi pada musim ke 3 ini dengan menampilkan selebriti asia yang terdiri daripada Thailand, Filipina, Singapura dan tentunya Malaysia. Kali ini, Channel History saluran 555 menampilkan Hans Isaac sebagai wakil dari Malaysia. Mempunyai minat dalam dunia permotoran, Datuk Hans Isaac mengambil peluang ini untuk terus kekal aktif dan ingin menunjukkan bakat beliau dalam sukan permotoran. Ini merupakan rancangan realiti sukan lasak tanpa skrip pertama yang beliau ceburi dan mencuba perkara baru bukanlah perkara asing bagi dirinya. Pengambaran yang berlangsung selama 2 minggu itu di bumi Filipina, penuh dengan cabaran dan beraksi dengan mereka yang berusia jauh lebih muda dari dirinya bukan satu penghalang.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Musim terbaharu ini akan menyaksikan enam selebriti dari seluruh Asia bersaing untuk muncul sebagai pelumba terbaik. Masing-masing mempunyai kemahiran, ketangkasan dan perancangan tersendiri untuk menghadapi persaingan sengit di litar lumba. Selebriti-selebriti yang bakal berentap musim ini adalah Munah Bagharib, pelakon dan pelawak dari Singapura, Hans Isaac, pelakon, penerbit dan pengarah dari Malaysia, Diego Loyzaga, pelakon, VJ dan anak kepada pelakon terkenal Teresa Loyzaga, Xian Lim, pelakon, model dan penyanyi berdarah kacukan Amerika-Filipina, Matthew Deane, pelakon, penyanyi, dan model berdarah kacukan Thai-Australia, serta isterinya, Lydia Sarunrat, penyanyi R&B, aktres dan personaliti media sosial dari Thailand.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Pernah memenangi anugerah Emmy, musim kali ini akan mengembalikan cabaran-cabaran daripada musim terdahulu, antaranya, perlumbaan Jeepney, perlumbaan secara terbalik (gostan), dan perlumbaan 4X4 di dalam hutan sepanjang Sungai Sacobia di Pampanga. Tidak dilupakan, dinding batu bata yang juga perlu dihadapi para selebriti.
Siapakah yang akan melakar nama di Celebrity Car Wars Hall of Fame musim kali ini? Jangan lupa untuk menonton Musim Ketiga Celebrity Car Wars akan mula ditayangkan pada 9 September di HISTORY Asia (Saluran ASTRO 555 dan 575 HD), setiap Ahad pukul 9.55 malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat Formula 1, nama Lewis Hamilton tidak perlu diperkenalkan. Apa tidaknya jaguh hebat berasal dari United Kingdom ini kini dianggap sebagai di antara pemandu Formula 1 terbaik sepanjang zaman.
Disebabkan itulah dengan apa yang berlaku baru-baru ini ramai melihat ia sebagai satu kejadian atau peralihan yang cukup penting.
Di dalam dunia Formula 1, setiap langkah yang dibuat oleh pelumba dan pasukan merupakan satu peristiwa penting yang boleh mengubah landskap sukan automotif ini.
Berita tentang penghijrahan Lewis Hamilton ke pasukan pasukan Ferrari adalah lebih daripada sekadar perubahan semata.
Bermula musim atau tahun 2025, Lewis Hamilton akan memperagakan sut dan kereta lumba ikonik Ferrari berwarna mereha. Ramai pemerhati sukan automotif paling ulung ini menjanjikan sebuah babak baru dalam dunia sukan Formula 1.
Lewis Hamilton, dengan rekod tujuh gelaran Kejuaraan Dunia — rekod sama yang dipegang oleh legenda Formula 1, Michael Schumacher—adalah seorang ikon dalam sukan ini.
Sepanjang kariernya, Hamilton telah menunjukkan bakat luar biasa, ketabahan, dan kemampuan untuk menang di bawah tekanan.
Keputusannya untuk bergabung dengan Ferrari, sebuah pasukan dengan sejarah dan warisan yang kaya dalam Formula 1, bukan hanya sebuah langkah untuk dirinya tetapi juga satu peristiwa penting yang menandakan gabungan dua legenda dalam sukan ini.
Mengapa Langkah Ini Begitu Signifikan?
Warisan dan Sejarah
Ferrari adalah pasukan dengan sejarah paling lama dan paling berjaya dalam Formula 1. Dengan Hamilton yang bergabung, ini bukan sekadar penambahan pelumba hebat ke dalam pasukan, tetapi juga penyatuan dua ikon sukan yang mempunyai pengaruh besar dalam sejarah Formula 1.
Pertukaran Dinamik Kuasa
Hamilton yang pindah ke Ferrari boleh mengubah secara drastik landskap persaingan dalam Formula 1. Ferrari, yang telah lama berjuang untuk kembali ke puncak, kini dengan kehadiran Hamilton, memiliki potensi untuk menantang dominasi pasukan lain seperti Mercedes, pasukan yang telah Hamilton bawa ke puncak selama bertahun-tahun.
Pasaran dan Peminat
Perpindahan Hamilton ke Ferrari tidak hanya akan menggembirakan peminat Ferrari tetapi juga akan menarik minat peminat Formula 1 di seluruh dunia. Ini dapat meningkatkan popularitas sukan ini secara global, khususnya di pasaran baru dan di kalangan generasi muda peminat.
Legasi Hamilton
Bergabungnya Hamilton dengan Ferrari bukan hanya tentang memenangi lebih banyak perlumbaan atau kejuaraan. Ini adalah tentang membina legasi yang lebih besar dalam sukan ini. Menjadi juara dengan Ferrari, sebuah pasukan yang memiliki tempat istimewa dalam sejarah Formula 1, boleh menaikkan status Hamilton sebagai salah satu pelumba terhebat dalam sejarah sukan ini.
Tekanan dan Cabaran
Cabaran untuk Hamilton dan Ferrari akan menjadi sangat besar. Tekanan untuk mengembalikan Ferrari ke puncak, khususnya mengingat investasi dan harapan yang terlibat, akan menjadi ujian yang signifikan terhadap kekuatan dan kemampuan Hamilton sebagai seorang pelumba.
Kesimpulannya, perpindahan Lewis Hamilton ke Ferrari adalah lebih daripada sekadar perubahan dalam senarai pelumba Formula 1.
Ia merupakan peristiwa yang membawa bersama potensi untuk mengubah sukan ini secara mendasar, memperkukuhkan legasi dua ikon besar dalam sukan automobil, dan menjanjikan sebuah era baru yang penuh dengan persaingan, kejayaan, dan cerita yang akan dikenang selama-lamanya dalam sejarah Formula 1.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.