Perodua mengumumkan tempahan model Myvi serba baharu dibuka bermula esok.
Myvi baharu didatangkan dengan pilihan enjin 1.3 liter DOHC dengan Dwi VVT-I, 4 silinder (1NR-VE) dan 1.5 liter DOHC dengan Dwi VVT-I, 4 silinder (2NR-VE). Enjin tersebut kemudian dipadankan dengan pilihan transmisi 4-kelajuan automatik dan 5-kelajuan manual.
Pasaran tempatan akan menerima lima pilihan varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT).
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh nama Myvi dikekalkan kerana produk berkenaan sudah mendapat tempat dalam kalangan pengguna tempatan.
“Myvi baharu mengalami revolusi daripada segi desain dan fungsi secara keseluruhannya.
“Ia direka sendiri oleh pereka reka bentuk dan jurutera Perodua,” katanya.
Menariknya selain didatangkan dengan logo Myvi baharu, model hatchback lima pintu itu didatangkan dengan lampu LED bersama fungsi ‘auto off’ dan follow me home, lampu belakang dengan ‘Light guide’, butang start/stop dan rim aloi 15 inci dwi tona warna (model 1.5L) dan rim 14 inci (model 1.3L).
Selain itu, Myvi serba baharu lebih panjang, rendah dan lebar berbanding generasi terdahulu.
HARGA MYVI SERBA BARU:
1.3L Standard G (MT)- RM 44, 300
1.3L Standard G (AT)- RM 46, 300
1.3L Premium X (AT)- RM 48, 300
1.5L High (AT)- RM 51,800
1.5 Advance (AT)- RM 55, 300
PILIHAN WARNA:
1) KELABU METALIK
2) HIJAU PEPPERMINT METALIK
3) MERAH LAVA METALIK
4) UNGU MYSTICAL METALIK
5) PERAK GLITTERING METALIK
6) PUTIH IVORY
CIRI KESELAMATAN:
Myvi 1.3L: 4 beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).
Myvi 1.5L: 6 beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Manakala varian 1.5 Advance (AT) memiliki ciri tambahan iaitu Bantuan Pemanduan Selamat (ASA).
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI