Isu telur sedang hangat diperkatakan. Lagi-lagi baru-baru ini kecoh tentang kes pertama kematian yang melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun dan merupakan mangsa keracunan ‘pudding buih’ kerana pembuatnya menggunakan telur tamat tempoh.
Public Health Malaysia mengajar orang ramai untuk memeriksa sebelum membeli telur kerana telur yang rosak mengandungi Salmonella yang boleh menyebabkan demam, muntah, cirit dan kematian.
Namun bukan itu yang MASKULIN mahu bangkitkan. Isu sekarang ini adakah penyediaan telur setengah masak ini baik untuk kesihatan atau tidak.
Menurut video SazOne Channel di Youtube, telur merupakan antara makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan jarang ditemui di dalam diet lain.
Selain mempunyai kandungan kalori yang rendah, ia juga mengandungi vitamin yang diperlukan dalam badan.
Namun telur mentah, lebih terdedah dengan bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan jangkitan dalam badan. Oleh itu, cara memasak telur sangat penting untuk membunuh kuman Salmonella.
Bagaimanapun, telur setengah masak mungkin tidak membunuh kuman sepenuhnya. Maka ada sesetengah individu yang kalah dengan kuman tersebut.
Telur setengah masak ini sangat tidak digalakkan buat golongan seperti wanita mengandung, kanak-kanak di bawah 5 tahun dan pesakit kronik seperti kanser kerana bimbang kesan seperti keguguran kandungan, jangkitan teruk, sawan dan cirit birit.
Namun tidaklah salah untuk anda nikmati telur setengah masak, cuma anda perlu berhati-hati apabila menikmati makanan ini.
Ini penyediaan telur separuh masak yang baik
- Didihkan air terlebih dahulu, tunggu sehingga air menggelegak.
- Basuh telur seberapa banyak yang diinginkan.
- Apabila air sudah menggelegak dengan sempurna, padamkan api.
- Masukkan telur dan rendam selama 7 minit.
- Kemudian angkat dan bilaskan dengan air paip selama 12-15 saat.
- Anda boleh menikmati telur rebus dan siap untuk dihidangkan.
Oleh itu, pilihan lain untuk anda nikmati telur adalah telur rebus dan telur goreng. Namun harus diingatkan, jika digoreng kandungan kalorinya akan meningkat tinggi. Malah, anda juga digalakkan untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk dan jangan dibiarkan ia berada di luar.
Sumber: SazOne Channel
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI