Makan

Telur Mata Goyang Macam Di Kedai Makan, Lelaki Ini Kongsi Tipnya

Share

Boleh dikatakan, telur adalah makanan harian yang akan diambil oleh kebanyakan individu di seluruh dunia selain daging ayam itu sendiri. Malah,  telur ‘mata kerbau’ tentu sahaja menjadi antara lauk favourite rakyat malaysia.

Dapat pula telur mata yang kuningnya masih cair, perghh sedapnya. Tapi, setiap kali kita goreng telur susah betul nak dapat telur kuning cair macam dekat kedai tu.

Nah, rupanya ada cara macam mana nak goreng telur mata. Jom ikut tip menggoreng daripada Wan Luqman yang dikongsi kepada page MAHN.

1. Pertama, kena guna kuali kecil dan kedalam sikit lekuknya sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit, jadi telur tu tak merebak ikut saiz kuali.

 

2. Minyak kena lebih supaya telur akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil terlebih dahulu, jangan pecahkan direct

terus ke kuali.

3. Jangan risau, toskan dulu telur goreng tadi atas sudip bagi untuk tapis sedikit minyak yang ada. Jangan angkat terus ke pinggan. Bila keliling putih tu dah start garing sikit, bolehlah angkat.

Sebaiknya guna telur yang bersaiz D atau E, barulah telur goreng tu nampak molek je. Hiks!

Kalau nak lebih sedap, korang potongkan cili dan letak kicap. Perghh, confirm bertambah-tambah korang makan.

Kadang-kadang tak perlu pun lauk-pauk yang mewah. Dapat makan telur goreng mata kerbau macam ni pun dah cukup nikmat. Okay lepas ni korang boleh try sendiri dekat rumah okay!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Nana