Pernah dengar tentang amalan diet dengan makan telur ? Diet Telur Rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Tapi tahu tak sebenarnya telur mentah dan telur separuh masak juga boleh membawa kuman? Telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak dibawah umur 5 tahun dan warga emas.
Ini kerana mereka mempunyai sistem imunisasi yang lemah terutamanya ibu hamil.
Secara umumnya, telur mengandungi protein yang tinggi tetapi usus kita tidak boleh menghadam telur mentah atau separuh masak sepenuhnya.
Dari segi khasiat pula, telur mentah dan telur separuh tidak digalakkan kerana ia pembawa kuman bakteria Salmonella.
Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras.
Bakteria Salmonella boleh menjadi penyakit serius, keracunan dan menyebabkan keguguran atau kematian janin.
Oleh sebab itu, telur mentah harus disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pembiakan bakteria itu.